Wednesday, November 9, 2011

#175-Tentang Takdir

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.


Takdir: Cahaya Yang Tidak Terpadam. Buku pertama dari trilogi Takdir karya Hilal Asyraf.

Untuk orang yang layan novel tapi tak kenal siapa Hlovate, aku dengan confidentnya akan suruh orang tu pegi carik novel Hlovate sebuah and try baca tengok. Bagi aku, novel2 Hlovate mudah lekat pada jiwa seseorang yang suka membaca. Ayat yg sempoi, jalan cerita yang realistik..rasa dekat dengan kehidupan kita. :) Tapi untuk orang yang layan novel tapi tak kenal siapa Hilal Asyraf, aku tak boleh lagi dengan confident suruh dia pegi carik buku Hilal Asyraf sebuah dan try baca tengok. :)

Novel2 Hilal Asyraf, bagi aku are more than what meets the eyes. Tak mudah untuk jatuh cinta pandang pertama dengan novel2 beliau, sebagaimana orang senang untuk jatuh cinta saat kali pertama membaca novel2 Hlovate.

Sorang kawan aku pernah cakap, "Buku2 Hilal Asyraf ni kebanyakannya mengetengahkan watak2 yg perfect, yg well-rounded." Dalam erti kata lain, kurang realistik dengan kehidupan kita sekarang. Tak boleh nak diasimilasi dalam kehidupan.

Aku angguk2. Setuju. Aku jatuh cinta dengan Sinergi. Dan tak ada yang lebih aku inginkan dari memiliki seorang sahabat sebaik Irfan Hakimi dan sesetia Rasyid Zakwan. Aku jatuh cinta lagi dengan Takdir. Angkasa Sakti. Aizan Fahmi. Khalid al-Walid. Mughirah Syu'bah. Ashoka dan Arnav. Malah Maisarah. Watak2 ini bagi aku dibentuk dengan penuh kesempurnaan.

Sebab tu aku rasakan tak mudah untuk seseorang yang suka membaca, just for the sake of reading, untuk jatuh cinta dengan karya2 Hilal Asyraf. Karya2 beliau, bagi aku bukanlah dicipta sekadar untuk menjadi hiburan masa lapang penggemar2 novel. Orang yang baca novel sebab dia suka baca novel tak akan suka novel Hilal Asyraf. Novel2 Hilal Asyraf kelihatan terlalu sempurna, kerana kesempurnaan itu adalah impian seorang muslim. Di sebalik setiap jalan cerita, terselit hasrat, harapan dan impian seorang muslim, yang mahu memanjat tangga maratib amal sehingga ke puncak!

Takdir menggerakkan aku untuk menulis kali ini. Aku jatuh cinta pada Takdir. Cerita yg mungkin, bagi sesetengah orang kurang realistik. Susah nak suka cerita lawan2 ni, lagi2 bagi perempuan macam aku. Tapi perempuan macam aku pun boleh jadi ketagih dengan Takdir ni sekarang ni. Bukan sebab lawan2 tu, tapi sebab ideologi yang diketengahkan Hilal Asyraf dalam novel ni.

Takdir: Cahaya yang Tidak Terpadam. Cerita tentang agama islam yang semakin dilupakan. Cerita tentang kemusnahan yang disebabkan tangan2 manusia. Cerita tentang keyakinan yg utuh tanpa goyah terhadap Tuhan sekelian alam. Cerita tentang takdir, tentang percaturan dan perancangan Tuhan yang tercatat di Luh Mahfuz, yang tak akan mampu diubah manusia. Takdir memperkenalkan aku pada ayat 9 surah al-Hijr, ayat yang paling terkesan untuk aku.

You have to wake up to make your dream a reality. Aku rasa bertenaga, bila aku tahu ada manusia2 lain yang punya impian dan harapan yang sama di seluruh pelusuk dunia. Dan mungkin sekarang ni Takdir, Sinergi, VT, Hero...hanya novel2 yang tidak realistik, namun dengan izin Tuhan yang tidak realistik itulah yang ideal, yang menjadi keinginan dan impian setiap individu muslim di atas muka bumi. Yang tidak realistik itulah yang diredhai. Yang tidak realistik itulah yang bakal membuka mata manusia. Yang tidak realistik itulah yang menyatukan kita. Yang tidak realistik itulah yang bakal kita capai bila masanya diizinkan Allah.

Maaf, aku merapu lagi malam ni. Perkara biasa la untuk aku bila quizzes and tests semakin dekat. Huhu. ^__^

5 comments:

Anonymous said...

i look diz book at the store, and i bought it. x menyesal pon beli. cinta pandang pertama. :D

Aura Besi said...

Takdir: Pertama kali baca, dekat langitilahi.blogspot.com. Terasa bagai menonton dragon ballz, tapi ade kelainan yang mendalam. Islam itu di julang tinggi. Pergantungan pada Allah itu yang teratas. Memang, tak ramai yang meminati novel sebegini. Watak2 yang 'perfect' pada pandangan mata manusia sekarang.Namun, percayalah, manusia-minusia yang diaanggap 'perfect' itu wujud. Dan saya pernah menemui mereka. Bersahabat dengan mereka.

Adakah 'perfect' itu bilamana individu itu sedaya upaya menegakkan ma'ruf dan m'halang mungkar dalam diri? Hidup mengikut neraca Allah. Sedangkan berlambakan lagi manusia yang hidup mengikut arus semasa. Menjadi yang lain itu sakit, malah sedikit pula. Heh!

Pertama kali membaca novel yang mengangkat islam di tempat yang tinggi (Seindah Mawar Berduri-secara online), perspektif yang sama seperti orang kebanyakan timbul. Adakah wujud lagi manusia2 sebegini. Setelah beberapa ketika, timbul semangat untuk mencari mereka2 ini. Akhirnya, Allah lorongkan untuk 'menghidupkan' diri sendiri supaya menjadi 'perfect' seperti mereka.

Allah Maha Baik. Dia takkan kecewakan hamba-hambaNya.

Membaca, bukan sekadar santai2an, tetapi usahakan untuk menjentik minda dan hati. Agar menjadi yang dicintai oleh Rabb. Lantaran ilmu yang menyuluh halatuju perjalanan.

Nice sharing~ Moga Allah redha dengan usaha kita. Amin. ^^

Lemonades Of Life said...

to anonymous: alhamdulillah. tak menyesal sbb mmg best dan bermanfaat kan ^_^

to aura besi: jzkk khair atas pandangan. "menjadi yang lain itu sakit, malah sedikit pula." :) dan di akhirnya, terpulang pada diri kita sendiri untuk memilih menjadi manusia seperti logam atau manusia seperti buih di lautan.

Amin ya rabbal alamin..

Hafizhahullah said...

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=194409617305758&id=1395571657

Yang tidak realistik = betul
Realiti zaman sekarang = kebiasaan

Jadi kita kena betulkan yang biasa.
Biasakan yang betul. (Realitikan perkara yang tidak realistik tu).

Lemonades Of Life said...

to hafizhahullah: jazakallah khair atas pandangan. setuju 100%. :) insyaAllah usaha mereka (dan kita) yang berusaha merealitikan yg tidak realistik tu takkan sia2.