Sunday, November 13, 2011

#178-Germany

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.

ALERT:ENTRY PANJANG. Baca kalau mampu ^^

Tengah kusut dan sesak, tapi bak kata Saidina Ali (tapi ayat aku sendiri la ni), jangan mengadu dekat Allah yang kita tengah ada masalah..tapi berdepanlah dengan masalah sambil bersifat arrogant mengatakan aku ada Allah bersama aku untuk menghadapi kau, masalah! :D

Hari tu Allah izinkan aku dan sahabat2 ke Munich, Germany. Sempat la snap a few pictures dalam tengah risau passport hilang dan mood swing tak kenal tempat masa tu. Ini, a few of my favourite pieces. :)

Snapped in the train to Fussen. I particularly liked the clouds in this.

Oh someone, I so want a beautiful mansion that looks like this one. Nak guna buat bisnes bookshop with a coffee heaven inside. >.~

Neuchwanstein Castle surrounded by the nature. It's beautiful indeed, but I so prefer the beauty of the colourful leaves in front. Hehe.

Hah! My favourite picture! Kyaaa~~ ^^ Wani praised my photography skill thanks to this picture~ xD

When it's autumn, everything on earth is gold. Oh how can anyone dislike autumn, right? :D

Germany's version of Dataran Merdeka, says Kak Mima :)

Nature di tangan kananmu, buildings di tangan kirimu, aku tak tahu mana yg akan kau beri padaku. Oh oh...

=.= .....

How can one conquer the world? Place the world within the grasp of your hands, while the akhirah within your very own heart.

This is Salzburg of Austria.

High up in Festung Hohensalzburg. The view of a king from his isolated palace. xD

Alah kacau betul asap kilang, masa ni jugak nak mengganggu =.=

Mirabellgarten, its beautiful nature, and my beautiful sisters..

O Allah, "show us the straight path." -1:6

My second favourite piece. In a garden where red roses were grown, there's one pink rose in the corner. No one seems to notice the presence of it..

Seribu satu cerita berlaku sepanjang 5 hari menjejak Germany dan Austria, banyak yang menguji dari yang membahagiakan. Yang pada aku, adalah cara Allah mahu menegur. Dead worried bila mana terlintas dalam fikiran, what if Allah tak redha dengan perjalanan aku kali ini. Tapi, sahabat2 setia tetap ada di sisi almost 24/7. Alhamdulillah.

And one-day trip to Salzburg, for me, was the most valuable. Started the day in the police station, running here and there in the Hauptbanhof dah macam tgh filming explorace. Kemudian mood swing seorang Narshiela yg emotional menjengah. Dan Allah pujuk hati melalui pertemuan dengan seorang pak cik, yg aku kira dah menjangkau setengah abad.

Surah Saba'. Aku tengah tadabur surah Saba' masa tu, dekat bus stop, menunggu sahabat2 lain yg tgh memborong souvenirs. Dan pak cik itu tiba2 mendekati. "Arabic?" soalnya, merujuk pd al-Quran yg aku pegang. Terkejut, tapi aku angguk2 sambil tersenyum. Dia alih pandang pada al-Quran di tangan aku, merangkak-rangkak dia cuba membaca ayat 8, dan aku spontan membetulkan bila sebutannya lari sedikit dari bunyi yg sebenar. Seketika, aku menyoal, "Muslim?" Dan sambil tersenyum dia bertahmid, mengiyakan soalan aku.

Dah macam lembu bercakap dengan ayam aku cuba memahami butir kata pak cik tu. Kalau betul pemahaman aku, dia orang Turki. Terkeluar jugak perkataan "Malezji" dari mulut aku bila pak cik tu bertanya aku dari mana. Bila macam dah mati kata, dan pakcik itu masih ralit memerhatikan al-Quran di tangan aku, aku menawarkan untuk membaca sepotong ayat dari surah Saba'. Didekatkan telinganya, dan terangguk-angguk kepalanya mendengar aku membaca tanpa alunan (suara tak sedap kan). Selesai ayat 16, dia bertahmid lagi.

Aku tahu dia gembira berjumpa aku. Biarlah aku nak perasan, sebab aku pun memang gembira jumpa dia. Agak2 kalau aku baca Quran dekat stesen bas Kangar tu, ada tak mak cik pak cik nak mai menegur? Pengalaman yg hanya Allah beri untuk aku, ekslusif untuk aku. Pengalaman yg Allah datangkan bila mana aku bersendirian, walhal sepanjang hari tu aku bersama sahabat2 yg lain. Lembut cara Allah menegur, lembut juga cara Allah memujuk. Terpulang pada kita je nak buat2 tuli atau tidak.

"Maka apakah mereka tidak memerhatikan langit dan bumi yang ada di hadapan dan di belakang mereka? Jika Kami menghendaki, niscaya Kami benamkan mereka di bumi atau Kami jatuhkan kepada mereka kepingan-kepingan dari langit. Sungguh, pada yang demikian itu terdapat tanda (kekuasaan Allah) bagi setiap hamba yang kembali (kepada-Nya)." -Saba',34:9

2 comments:

subaili said...

prof aku ada ckp pasl offer smbung master kat german, tp pointer kna 3++ la..haha..azam baru..hoho

Lemonades Of Life said...

hehe. mudah-mudahan ^_^