Saturday, November 12, 2011

#177- 1 cent sometimes worth more than its value

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani. Alhamdulillah, aku masih diberi kesempatan untuk merapu hari ini. :)

List of things to do today:
Basuh bilik air, siapkan presentation pasal mushroom poisoning, call En Farzamie pasal passport, usrah, kemas bilik dan lipat baju...and the list can go on and on for days. But who cares, sesibuk atau selapang manapun aku, kalau dah hati tu bergejolak nak blogging kan, tetap akan ada waktu diperuntukkan untuk blogging walau hanya 5 minit. Hehe. Ketagih blogging dah macam ketagih coffee heaven. :)

Coffee Heaven. Ketagihan ahli2 Fatihah w Lodzi. Aku ketagih sangat sampai kena buat mutabaah amal, tak boleh lebih dari sekali seminggu nak minum ni. Sadis much? >.< But but..slurp, it's creamy and it's yummy xD

Just my 1cent hari ni. 1 sen je, takde lebih2. Rasa nak share hadith ni.

"Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah, terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham."

Dan hadith ini.

"Hampir tiba suatu masa di mana bangsa2 dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang2 yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka." Maka salah seorang sahabat bertanya, "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih pada waktu banjir, dan Allah mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh2 kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati
kamu penyakit wahan." Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Baginda menjawab, "Cinta dunia dan takut mati."

Jadinya, soalan aku untuk diri sendiri dan untuk anda-anda yang membaca.

Kita ni dekat zaman yang manusia tengah jadi logam ke manusia tengah jadi buih?
Kita ni manusia logam atau kita ini manusia buih?
Kita ni dalam keadaan faham, atau kita ni dalam keadaan happy suka-suki tgh mencintai duniawi?

T__T Hati kita, sunnatullahnya adalah untuk mengikut perintah Allah. Hati kita ini dicipta sebagai makhluk Allah yg sentiasa akan mahu mengikut perintah Allah. Dan bila kita manusia, mencalari dan mengotori hati kita dengan perkara2 yg bertentangan dengan perintah Allah, maka rosaklah hati itu. Yup, hati itu boleh dicuci, selagi mana hati itu masih belum mati.

"Carilah hatimu di 3 tempat. Cari hatimu sewaktu membaca al-Quran. Jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui, juga carilah hatimu ketika kau duduk bertafakur mengingati mati. Jika tidak kau temui juga, maka berdoalah kepada Allah, mintalah hati yang baru kerana hakikatnya pada masa itu kau tidak lagi mempunyai hati." -Imam Ghazali.

"Sebahagian daripada tanda matinya hati iaitu jika tidak berasa sedih kerana tertinggalnya suatu amalan kebaikan, juga tidak menyesal jika berbuat sesuatu dosa." -Sheikh Ibn Ata'illah.


Salam penuh kasih, cinta dan sayang :)

2 comments:

Amalina Ali said...

ooo, fatihah tu nama umah akk2 lodz eh..erm, first time dtng, tercari2 jgak mana akknya yang nama fatihah nie, sbb ada blog fatihah w lodz kan..hu3:)

Lemonades Of Life said...

haha. bila orang dah jumpa blog dia, baru dia berani nak komen sini ye. heee. ^__^

sila datang lagi ke fatihah w lodzi ye nik. sy tunggu awak dtg ni! ^^