Friday, February 17, 2012

#190-Erti Syukur

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.


Situasi 1:
Nona: Jamilah, awak cantiklah hari ni.
Jamilah: (sambil tersenyum) Alhamdulillah.


Apakah agak2 reaksi yang bakal ditunjukkan oleh Nona kemudiannya? Hm, satu situasi yang diutarakan Fadh masa usrah hari tu. Situasi yang kemungkinan menampilkan dua reaksi berbeza si tukang yang memuji, dan yang membezakan hanyalah sama ada kalimah alhamdulillah itu betul2 difahami maksudnya atau tak. Ayat dah berbelit-belit. Ampun. :)


Tergerak untuk menulis tentang syukur saat saya selesa di Poland yang suhunya sudah menurun ke -6 celcius hari ini, bukan lagi suhu mencecah -26 degree. Poland sekarang lebat dengan salji, bukan lagi disinari cahaya matahari yang membeku. Dan saya rasa saya tahu kenapa Allah memberi satu pengalaman winter yang belum pernah lagi saya alami sebelum2 ini. Allah mahu saya menghargai salji mungkin. 





Saban tahun mulut saya ringan sahaja dengan rungutan yang pelbagai saat salji turun menyiram bumi. Sejuk. Beku. Licin. Kotor. Dan saya juga ringan menuturkan pada kawan2 di Malaysia, "salji ni best untuk first timer je, lepas2 tu kalau takde salji dah pun takpe. sejuk." Kata2 angkuh. Bongkak.


Allah kemudian memberikan saya musim sejuk tanpa salji. Cahaya mentari sepanjang hari, tanpa ada seketul pun salji jatuh ke bumi. Dan musim sejuk tanpa salji itu adalah musim sejuk paling dingin untuk saya buat masa ini. Menggigil sepanjang masa walaupun tubuh dibaluti selimut tebal. Bilik yang dipanaskan heater juga seakan tiada kesan.


Dan saat Allah mendatangkan salji yang turun lebat kemudiannya, buat pertama kali saya menghargai dan mensyukuri kedatangan salji. Walaupun salji tebal menutupi jalan, cuaca tidaklah beku seperti dulu. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. Untuk setiap apa yang berlaku, Allah mengaturkan sebegitu kerana itu adalah yang terbaik untuk mendekatkan kita kepada syurga dan redha-Nya. Hari ini dan seterusnya insyaAllah, saya adalah penggemar salji. ^_^


"Sedangkan kaum 'Ad, mereka telah dibinasakan dengan angin taufan yang sangat dingin, Allah menimpakan angin itu kepada mereka selama tujuh malam lapan hari terus-menerus; maka kamu melihat kaum 'Ad pada waktu itu mati bergelimpangan seperti batang2 pohon kurma yang telah kosong. Maka adakah kamu melihat seorang pun yang masih tersisa di antara mereka?" -69:6-8