Assalamualaikum wbt. ^_^
Bagus la kalau sibuk. Sekurang-kurangnya, masa kita tak banyak habis buat benda2 lagha yang entah apa2. Bagus la kalau sibuk. Masa kita terisi sepenuhnya. Bagus la kalau sibuk. Nanti dekat Mahsyar bila ditanya Allah sudah ada alasan konkrit untuk apa masa kita digunakan.
Tapi tak bagus juga bila sibuk. Tak bagus untuk orang yang tak pandai organize masa sendiri. Dan bila tak pandai atur masa sendiri, maka hampir sebulan jugak la blog ni kena abandoned. Huhu. I'm so sorry http://shielasaad.blogspot.com/. I am at fault. T__T Masuk tahun keempat tak stress mana, cuma penat melampau sikit la. Sibuk. Dan terkejut dengan kesibukan yang tiba2. Masih menyesuaikan diri dengan definisi sibuk itu sendiri. Semoga Allah permudahkan, insyaAllah.
Kalau tak kerana message mengejut seorang sahabat di Facebook pagi tadi, agaknya blog ni masih penuh sawang dan habuk. Jazakillah khairan katheera untuk sahabat itu. Allah mengirim dia untuk memberi teguran secara halus ke atas diri ini. :)
Kepada yang sibuk, tak kisah la betul2 sibuk atau merasakan diri sibuk atau sibuk menyibukkan diri, at some points, berhenti sejenak dan pandanglah sekeliling. Dunia ini bukan cuma ada kita. Ada manusia lain yang sama2 mendiami bumi. Hidup bukan sekadar perlu peduli diri sendiri. Hidup juga untuk saling membantu dan saling mengisi.
Untuk saudara2 di Palestin, Syria, Rohingya...seluruh dunia amnya. Semoga Allah memberkati setiap satu perbuatan kita. Semoga perbuatan kita tidak menjadi penyebab kita terlempar ke dalam neraka. Semoga perbuatan kita Allah kira sebagai ibadat yang memberatkan timbangan pahala. Biarlah kita dilontar kata2 kesat, batu mahupun peluru, Allah ada bersama kita.
Percaya pada janji Allah, yang kemenangan itu semakin mengahampiri. Persiapkan diri. Perbaiki diri. Agar nanti kita mampu sama mendabik dada berkata, kemenangan ini, aku juga ada saham di dalamnya!
Happy New Hijrah Year!! ^_^ 1 Muharram 1434H.
0 comments:
Post a Comment