Friday, May 3, 2013

#224 - Perihal Pilihanraya

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.

Rasa matang bila baca tajuk. Pilihanraya. Politik. Eheh. Kali pertama saya berkelayakan untuk mengundi. Secara peribadi, saya sudah diberi mandat untuk memilih pemimpin negara. Secara figuratif, saya sudah rasmi menjadi rakyat Malaysia yang berhak bersuara, dan suara saya diambil kira. Tak ke rasa matang macam tu? v(^_^)v

Tapi. Entah apa yang merasuk, entah dari mana datangnya kekuatan (atau ketakutan?), saya akhirnya memilih untuk tidak mengundi. Ramai yang berbeza pendapat tentang ini. Sedangkan saya dan tiga ahli serumah pun punya pendapat berbeza berkenaan hal ini. Ada yang rasa lebih baik mengundi, ada yang tidak. Apa2 pun, insyaAllah, kebenaran itu satu, namun tidak semestinya apa yang baik untuk mereka baik juga untuk kita. 

Saya anggap ini satu tarbiyah untuk saya. Saya tidaklah mengabaikan tanggung jawab sebagai seorang rakyat Malaysia. Di akhirat kelak, saya akan ditanya perihal perbuatan saya ini. Dan sudah tentu, saya takut, kerana saya tidak tahu apakah tindakan saya ini diredhai Allah atau sebaliknya. Doakan saya. Jika saya berdosa, semoga Allah ampunkan saya. 

Mungkin, saya sendiri keliru sebenarnya. 22 tahun saya hidup di bawah pentadbiran kerajaan yang sedia ada. Dan saat ini, seolah-olah pemuda-pemuda seangkatan dengan saya sudah celik mata. Mereka tahu mereka mampu melakukan perubahan. Pemuda-pemuda Malaysia mampu mengubah negara, suara mereka bukan sekadar jeritan biasa. Suara mereka menjadi pemangkin kepada sebuah perubahan. 

Saya juga, insyaAllah mahu tergolong dalam kelompok itu. Namun, saya tidak mahu sekadar menjadi pemuda yang bersemangat tanpa fikrah dan hala tuju yang jelas. Semangat berkempen sini sana, namun sekadar fanatik berlebihan tanpa tahu apa sebenarnya yang ingin dibawa. Kita ada akhlak dalam menyampaikan ideologi kita. Dan sudah tentu akhlak yang baik itu bukanlah dengan memenangkan pihak kita dan mencari kesalahan pihak lawan.

Saya merasakan debaran itu. Debaran yang sama hebat tatkala saya menyaksikan live streaming di Tahrir Square saat pilihanraya Mesir berlangsung. Akan berlaku perubahankah pada pucuk pimpinan negara? Tiga hari lagi untuk tahu. Eheh. 

Mungkin saya masih keliru. Benarkan saya untuk menjadi pemerhati saat ini. Semoga Allah mengampunkan dosa saya. Tindakan-tindakan saya, insyaAllah adalah atas keizinan Allah, dan saya harap Allah juga redha ke atas setiap perbuatan saya. Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat, tunjukkan pada saya dan seluruh rakyat Malaysia tentang islam yang sebenarnya.

Tawanlah hati rakyat dengan ketelusan dalam memerintah. Mampukah untuk telus memerintah jika proses pilihanraya sendiri masih ada cacat-cela merata-rata?

post script: saya suka bermimpi yang ideal-ideal. Saya yakin mimpi saya yang ideal itu akan berlaku, cuma entah saya masih hidup atau tidak saat itu. :D

0 comments: