Kali pertama. Kali pertama saya mahu menulis tentang seorang lelaki. Yang hidupnya tidak memberi apa-apa makna kepada saya, namun kematiannya amat bererti untuk saya.
Saya menangis membaca ini sehari selepas kematiannya. >> Iman Si Mujahid Setia
Dan hari ini saya menangis lagi saat saya membaca artikel ini >> Thanks Akh Iman
Dia bukan siapa-siapa dalam hidup saya. Dirinya tidak saya kenali. Riwayat hidupnya juga tidak saya ketahui. Saat dia pergi menemui Ilahi, itulah kali pertama saya dikenalkan dengannya. Namanya disebut-sebut, bukan sekadar di Malaysia malah juga di luar negara. Namanya disebut-sebut, bukan sekadar oleh kenalannya malah oleh mereka yang juga tidak mengenalinya.
Namanya disebut-sebut. Pemergiannya ditangisi. Bukan kerana terkenalnya dia semasa kehidupannya. Bukan kerana kisah kemalangannya yang menyayat hati. Bukan kerana sumbangannya kepada manusia. Tetapi semata-mata kerana keikhlasannya berjuang dalam jalan dakwah dan tarbiyyah ini.
Saya menangis, kerana pemergiannya membuka mata saya. Dia tidak melihat bagaimana ikhwah akhwat serata dunia menangisi kehilangan seorang pejuang dakwah yang tegar di jalan ini. Pemergiannya merubah sedikit sebanyak kehidupan saya. Apa yang telah saya lakukan untuk agama ini, yang jika saya ditakdirkan mati, saya punya sesuatu yang berharga untuk dibawa bertemu Allah?
Pemergian dia tidak mencacatkan gerakan dakwah. Dakwah masih dan akan terus dilaksanakan. Islam akan terus ditegakkan. Saat kita hidup atau setelah kita mati. Saat kita menyertai gerabak ini atau saat kita meninggalkannya.
Hidup dia diabadikan untuk dakwah dan tarbiyyah. Perginya dia sudah pasti disambut meriah oleh golongan-golongan di atas sana. Hidupnya dia penuh keberkatan kerana Allah. Matinya dia, membuatkan kita yang masih hidup tidak lagi merasa sama.
Terima kasih akh Iman. Saya tidak mengenalinya, namun kisah kematiannya sampai ke pengetahuan saya. Dan kematiannya bukanlah kematian yang sia-sia. Hidupnya penuh usaha mahu mengajak manusia mengenal Sang Pencipta. Matinya juga membuka mata manusia seperti saya.
Dia seperti si Ghulam dalam hadis Nabi saw. Dia hidup semata-mata mahu menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi. Setiap kata-katanya untuk dakwah. Setiap perbuatannya fi sabilillah. Dan saat Allah mengambil nyawanya, dia masih berdakwah. Membuka mata kita. Allah mencintai-Nya, dan kerana itu kita turut mencintainya.
Ukhwah kerana Allah. Bukan sekadar dengan mereka yang kita kenali, yang kita temui. Kita tahu kita tidak berseorangan di jalan ini. Serata dunia, ada mereka yang seperti kita, mahu melihat agama Allah tertegak di muka bumi. Saya mencintai mereka kerana Allah. Dan saya mahu bersama mereka hingga ke syurga. Saya mahu diri saya ditarik kepada Allah jika saya leka. Saya mahu diri saya diingatkan jika saya lupa.
Semoga kita mampu saling mencintai kerana Allah. Semoga setiap perbuatan kita, dilakukan semata-mata kerana Allah. Semoga setiap hembusan nafas kita Allah kira sebagai ibadah. Kerana kita tidak tahu saat mana ajal akan datang menjengah...
post script: laju mode blogging. kenapa? sebab exam hari rabu. escapisme is sweeeeet. eheh.
0 comments:
Post a Comment