Do not underestimate the power of doa. Doa bukan senjata terakhir umat islam. Bukan bila dah usaha dah tak tahu nak buat apa baru nak berdoa. Doa itu senjata utama kita. Sepanjang masa. Sampai bila-bila. Bercakaplah dengan Allah, Narshiela Saad. Itu lebih baik dari bercakap sorang-sorang. Kan?
"Ya Allah ya Tuhanku, ampunkan dosaku, dosa penulis blog ini, dosa ahli keluargaku, dosa sahabat-sahabatku, dosa guru-guruku, dosa seluruh umat islam yang sedang berjuang menegakkan agama-Mu walau di mana sahaja mereka. Janganlah Engkau putuskan hidayah dan rahmat-Mu ke atas kami. Tetapkan kami di atas jalan yang Engkau redhai.
Ya Allah ya Tuhanku, kurniakan juga hidayah-Mu kepada saudara-saudara kami dan mereka yang kami sayangi. Jadikanlah rasa cinta dan sayang kami semata-mata kerana cinta terhadap-Mu. Janganlah Engkau biarkan kami dikaburi perhiasan dunia sehingga kami lupa pada perjanjian kami dengan-Mu.
Ya Allah, ikhlaskan niat kami dalam setiap perbuatan dan amalan kami. Sesungguhnya kami hanya ingin mencari redha-Mu. Ya Allah, Kau permudahkanlah urusan kami.
Ya Allah, Kau jadikanlah Narshiela Saad seorang muslimah yang beriman dan istiqamah dalam mencari redha-Mu. Kau berikanlah dia kekuatan untuk meninggalkan jahiliyyah. Kau permudahkanlah urusannya, Kau jauhkanlah dia dari bisikan-bisikan syaitan yang bakal mengganggu amalnya. Kau ikhlaskanlah niat Narshiela Saad untuk bekerja semata-mata kerana-Mu. Kau pertemukanlah dia dengan jodoh yang Kau redhai.
Ya Allah, tempatkanlah kami di dalam syurga-Mu ya Allah. Pertemukan kami semula di akhirat kelak. Jadikanlah kami manusia yang saling mencintai kerana-Mu di dunia serta di akhirat sana."
Ameen, ya rabbal 'alamin.
Do not underestimate the power of doa. Kita semua tahu Allah itu sifatnya Maha Mendengar. Dia mendengar segala rintihan dan permintaan kita. Dia hanya menunggu masa yang sesuai untuk memberikan apa yang terbaik untuk kita. Mintalah pada Dia. Walau kita rasa permintaan kita itu kelihatannya seperti mustahil untuk benar-benar berlaku, mintalah pada Dia. Dia Yang Maha Kuasa yang mampu melakukan apa sahaja sesuai dengan kehendak-Nya. Dan percayalah, doa kita itu sentiasa didengari Dia. Percaya dengan apa yang kita minta. Percaya bahawa Dia akan memakbulkan permintaan kita.
Siapakah orang yang sombong?
Siapakah orang yang sombong?
"Dan Tuhanmu berfirman, "Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mahu menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina-dina." -40:60
post script 1: Jazakumullah khairan katheera atas doa. :) Bacalah entry ni banyak-banyak kali. Hehe.
0 comments:
Post a Comment