Wednesday, August 7, 2013

#230 Wang

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.

Hari itu saya ke Galleria Lodzka, salah satu shopping mall terdekat dengan rumah. Bertemankan Pidah. Bila, saya sudah tidak ingat. Untuk beli apa, juga sudah saya tidak ingat. Saat mahu pulang, kami sudah menjinjit beg-beg plastik yang sarat dengan barang yang dibeli. Groceries mungkin. Berat. Lalu jalan mudah untuk pulang tanpa perlu berpenat lelah adalah dengan menaiki teksi. 

Walaupun dekat, tambang teksi selalunya berjumlah kira-kira 10 złotych. Tapi hari itu, tiba-tiba sahaja teksi yang kami naiki mengambil jalan jauh untuk ke destinasi. Meter tambang menunjukkan harga yang semakin meningkat, dan sudah tentu lebih dari yang sepatutnya. 

Teringat pesan seorang senior ketika kami masih di tahun pertama.

"Hati-hati apabila menaiki teksi di sini. Kadang-kadang mereka suka mengambil jalan jauh bila membawa foreigners kerana tahu foreigners kurang arif dengan selok-belok jalan di sini."

Saya sudah tidak senang duduk berada di dalam teksi itu. Hendak menyoal si pemandu teksi, saya sendiri tidak tahu apa perkataan yang harus saya ucapkan dek penguasaan bahasa negara itu yang sangat limited. Salah sendiri. Lalu saya hanya mampu meluahkan rasa tidak puas hati pada Pidah. Geram bila rasa ditipu hidup-hidup oleh si pemandu. Seingat saya meter tambang menunjukkan hampir ke 30 złotych, tiga kali ganda lebih dari harga biasa.

Saya membebel-bebel tanpa henti di dalam teksi menggunakan bahasa Melayu. Pidah mendengar, dan kadang kala menyampuk. Pidah juga tidak puas hati tetapi saya yang lebih radikal meluahkan segala rasa. Geram dan marah menguasai diri saat itu.

Saat teksi berhenti di luar bangunan apartment yang kami duduki..

"Ile? (berapa?)" soal kami, walaupun mata jelas menangkap nombor-nombor yang terpapar di meter tambang. Hampir atau lebih 30 złotych, saya sendiri kurang ingat.

"Tylko dziesięć złotych." balas si pemandu.

Saat itu, saya sebu dengan seribu satu rasa. Walaupun meter tambang menunjukkan harga yang agak tinggi untuk kami, pak cik si pemandu sekadar meminta kami menghulurkan 10 złotych. 'Hanya 10 złotych' katanya.

Bersalah. Sudah tentu. Entah apa yang saya dan Pidah hamburkan kepadanya di dalam teksi sebentar tadi. Sedih. Dengan diri sendiri yang mudah melatah dan susah benar mahu berlapang dada dan bersangka baik pada tamparan pertama. Geram. Juga dengan diri sendiri. Kerana wang, saya bertindak seperti manusia yang langsung tidak pernah menerima tarbiyyah. Allahu.

"Rasa macam nak bagi je 30 dekat pakcik tadi." sebaik sahaja teksi pak cik meluncur pergi.

***

Point saya dalam entry ini:

Wang bukan segala-galanya, namun segala-galanya mampu berubah kerana wang.

Wang bukan benda paling penting dalam dunia, tapi ada negara yang tergadai kerana wang, maruah yang tergadai kerana wang, hubungan yang tergadai kerana wang. 

Bila manusia bertuhankan wang, inilah yang terjadi.

Wang boleh merubah sikap manusia. Dari lemah-lembut menjadi bengis dan tidak berhati perut. Seperti saya, yang begitu mudah melenting dalam situasi di atas.

Namun..

Sikap manusia juga boleh merubah bagaimana pandangan kita terhadap wang. Seperti saya dan Pidah, juga dalam situasi di atas. Kerana ketulusan si pak cik teksi, serta-merta saya dan Pidah tidak kisah jika perlu membayar lebih dari yang sepatutnya.

Lihatlah di mana kita meletakkan kedudukan wang dalam kehidupan kita. Sedih dan sadis jika wang membuatkan kita membenci seseorang, atau memutuskan hubungan kita dengan seseorang. Wang itu keperluan untuk hidup, namun sedikit pun tidak dipandang oleh orang yang bakal mati. Ada beza antara orang yang merasakan dia hidup dan orang yang merasakan dia bakal mati. ;)

post script 1: tiba-tiba teringatkan kisah ini, kerana sesuatu yang terjadi pada saya hari ini. Muhasabah. Sabar. Cool. Eceh.

post script 2: semoga pak cik teksi memaafkan saya dan Pidah, walau pak cik teksi mesti macam termangu-mangu saat kami mengucapkan 'przepraszam' instead of 'dziękuję' semasa menghulurkan wang tambang.

Monday, August 5, 2013

#229 Rooftop Rant

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.

#np Hai Sahabat.


Rooftop Rant

Tadi ingat nak selitkan sekeping gambar novel Rooftop Rant ni, tapi rasanya ramai je tahu benda apa Rooftop Rant ni. Google je, insyaAllah jumpa apa yang dimaksudkan. 

Hmm. Entah mood apa. Tiba-tiba je datang rasa sedih bila baca tweet budak tomato tadi. 


Memang sedar je selama ni, yang dalam banyak-banyak novel Hlovate tu, tak ramai kot yang akan suka Rooftop Rant as their number one. Banyak jumpa orang paling suka Contengan Jalanan atau aA+bB, and sometimes Versus. Tapi Rooftop Rant..Nad pernah cakap this novel is something, dan Wan pun I think likes Rooftop Rant the way I do. Dan itu je. Tak ramai orang aku boleh buat sembang pasal Rooftop Rant, melainkan rant sorang-sorang dekat twitter bila rindu pada novel ni tiba-tiba datang menjengah.

Aku faham. Lain orang lain preference. Dan, mungkin aku pun bukanlah tipikal sangat untuk minat apa yang orang lain minat? 

Sungguh. Besar influence novel sebuah ni pada aku. Kuat attachment novel sebuah ni dengan aku. Orang takkan faham. Orang pun mungkin akan pandang pelik bila kita mengaitkan kehidupan kita dengan watak-watak novel yang hanya wujud dalam dunia imaginasi si penulis dan dunia imaginasi si pembaca, yang most of the times, walaupun bahan bacaannya sama, apa yang diimaginasikan pasti berbeza. 

Dan orang mungkin tak boleh mengaitkan cerita hidup Trisy dan Jade dengan kehidupan mereka. Tapi aku boleh. Dan mungkin kerana itu Rooftop Rant ni beri impak besar pada aku. 

1. Aku faham bila Trisy tak nak balik KL walaupun berkali-kali ditanya Pak Su. Walaupun diri dah berubah, walaupun dah dapat tarbiyyah, walaupun kepingin pada suasana keluarga yang bahagia, nak menjadi pemula dan nak mula melangkah ke arah perubahan itu perlukan kekuatan yang super strong. Sebab kita akan rasa berseorangan, bila kita seorang je yang berubah, sedangkan keluarga kita masih macam dulu. Kita mahu mengubah tapi kita masih mencari-cari sumber kekuatan untuk merapati keluarga sendiri. 

2. Aku faham bila Trisy buat stunt pegi entah hotel mana-mana, disconnect sekejap dengan keluarga. Kerja gila macam tu, aku pun pernah buat. Bezanya tak ada yang akan call bertalu-talu tanya aku kat mana. I treasure those rare moments I can be alone without people asking me where am I. Aku suka bersendirian, untuk muhasabah balik dan perbetulkan apa yang perlu dibaiki.

3. Aku faham bila Trisy sangat sangat sangat susah nak bukak cerita tentang diri sendiri pada orang lain. Manusia semua pun ada their own skeletons in the closet kan, dan kita akan takut pada impression dan layanan orang terhadap kita bila mereka tahu pasal jerangkung-jerangkung yang kita cuba sembunyikan tu. Untung sangat kita ni, Allah tutup aib kita. Maka janganlah kita membuka aib kita pada manusia lain. 

"Ya Allah, aku terjaga (tertidur) olehmu dalam nikmat afiat (keselamatan dari mara bencana) dan terjaganya rahsia-rahsia (dosa-dosa)ku, maka sempurnakan nikmat-Mu, afiat-Mu dan penjagaan-Mu itu atasku, di dunia dan akhirat."

4. Being a girl, I dream of a relationship macam Jade dan Trisy. Bukan part dorang spill on each other, atau part dorang rindu each other ke apa. Tapi the way Hlovate potrays how strong their trusts are towards each other. Bertahun-tahun tak contact, in any means possible, traditionally or non. Mungkin hanya dihubungkan melalui doa. Tapi they trust each other that one will wait for another no matter how long it will take. 

Aku bukan Trisy, sebab aku tak ada JadeTapi aku ada mata untuk observe rakan-rakan di sekeliling aku, and I came to a conclusion. Lelaki zaman sekarang banyaknya payah nak setia kalau tak contact dan terpisah antara benua. Lelaki, untuk steady dengan seorang perempuan tu kena selalu jumpa atau selalu contact. Dan sesungguhnya, jangankan jumpa, setakat nak bersms bertukar khabar tu pun bagi aku adalah satu kesalahan. Aku bukan feminist yang pandang serong pada golongan lelaki..ada je lelaki yang macam Jade in this context. In fact i knew one, yang dah selamat pun menikah dengan his other half. Tapi susah kot nak jumpa lelaki macam ni sekarang?

Novel ni bukan macam kehidupan. Novel itu ada permulaan, klimaks dan pengakhiran. Kehidupan pun sama, ada permulaan, klimaks dan pengakhiran. Bezanya, klimaks dalam novel diperkenalkan, bahawa itu klimaks. Dalam kehidupan, kadang-kadang kita tak sedar pun kita ni sedang diuji Allah. Perang pemikiran berlaku sepanjang masa dan apa yang betul itu kadang-kadang dipandang pelik dan apa yang biasa itu banyaknya salah dari segi agama. 

Dan novel ada pengakhiran. Banyaknya bahagia, tapi kehidupan? Mampukah kita kata kita akan ada pengakhiran yang baik? Happy ending for Trisy and Jade, but for us? Novel hidup kita ni tak ada limit pages. Tak tahu pun bila akan habis. Tak tahu pun habis masa kita tengah bahagia atau tengah kecewa atau tengah tak peduli apa-apa. 

Bukalah hati kita untuk menerima dan mengamalkan islam sepenuhnya. Jangan tunggu sampai seru. Sebab seru dah lama sampai, lebih 1400 tahun lepas. Bukalah hati kita untuk mula mencari. Bukalah hati kita untuk tidak rasa puas dengan apa yang kita miliki dan lalui kini. Bukalah hati kita untuk mula mempersoalkan apa yang terjadi. Jangan rasa puas dengan kehidupan kita..belajar, kerja, kahwin, beli rumah, dapat anak, pencen, dapat cucu, mati. Itu kita yang menjadi robot pada dunia, hidup berdasarkan skema yang ditetapkan dunia untuk kita. Kita bukan macam tu. Kita manusia, khalifah Allah, sebaik-baik kejadian. Sampai bila nak biar hidup kita diatur oleh sistem sebegitu? Kita lebih baik daripada itu! 

Berubahlah, dan dunia akan berubah bersama kita. Jangan bila disoal di hadapan Tuhan kelak, kita terkial-kial mencari apa sumbangan kita pada agama. 

Luar tajuk dah ni. Baik aku stop sini. 

post script: masa sekolah dulu, pernah dapat teruk english sebab salah buat kajian novel. ingat cerita the lotus eater? for people it has a sad ending. for me, it was a happy ending. terus Mdm Art pangkah awal2 sebab tulis cerpen tu happy ending. mungkin betul aku punya cara fikir salah wiring sikit. huhu.

Sunday, August 4, 2013

#228 Selamat Beraya!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.

#np Gelombang Keadilan.

Menggila sekejap. Haihhh. Semangat semangat semangat! Semoga bukan sekadar semangat nak menyanyi je. Eheh.

Ramadhan dah nak habis. Dah nak masuk Syawal. Pernah la terbaca somewhere dulu-dulu ni, 1 Syawal tu kita panggil aidil fitri kerana kita meraikan kembalinya kita kepada fitrah sebenar kita. Sebulan kita dilatih dengan intensifnya dalam Ramadhan, kita keluar dari madrasah Ramadhan ni dengan bekalan yang cukup untuk menghadapi 11 bulan yang mendatang.

Itu pun kalau kita sedar Ramadhan itu sekolah kita. Nabi saw dan para sahabat bersiap sedia nak masuk Ramadhan ni sejak bulan Rejab lagi. Kita? Mungkin prepare nak sambut Syawal tu lebih awal dari prepare nak sambut Ramadhan. Mana taknya, raya bulan 8 bulan 1 dah beli baju raya. Lagi sebulan nak puasa hari ni dah order kek lapis sarawak, baulu ikan, maruku bagai. Huhu. 

Masuk je Ramadhan, kita hanya ada iman dan nafsu yang mengawal kita. Syaitan memanglah diikat, jadi bolehlah reflect balik ayat Allah...

"Tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan (sekadar) aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku, tetapi cercalah dirimu sendiri." -14:22

Sesungguhnya kita hanya ada diri kita untuk disalahkan atas dosa-dosa kita. Bukan persekitaran, bukan godaan manusia mahupun syaitan, bukan iman yang sedang menurun tetapi diri kita semata-mata. Sekuat mana kita menahan nafsu, semua teruji dalam bulan Ramadhan ni. 

Saya hormat pada mereka yang bila je masuk Ramadhan..yang tak bertudung cuba bertudung, yang merokok memanglah takkan merokok kan sebab puasa, yang baca Quran sikit2 mula menderas nak habiskan satu juzu' sehari, dan yang tak pernah menjejak kaki ke masjid mula memenuhi rumah Allah itu untuk terawih dan iktikaf. Alhamdulillah. Sesungguhnya Ramadhan itu sekolah pada saya, melatih dan mendidik kita.

Yang tak bestnya, bila berakhir je Ramadhan maka amalan-amalan yang kita amalkan selama sebulan itu kita tinggalkan. Tak bestlah macam tu. Macam orang kata, itu kita yang menjadi hamba Ramadhan, bukan hamba Allah yang cuba memanfaatkan Ramadhan. Seharusnya Ramadhan itu melatih kita, agar bila kita keluar dari Ramadhan, amalan-amalan itu mampu menjadi bekalan untuk kita.

Menangis kot dengan hadis Nabi saw;

"Menyesallah dan rugilah..menyesallah dan rugilah..(Dalam riwayat lain: “Hingus mengalir di hidungnya”) Lalu mereka bertanya: Siapakah mereka wahai Rasulullah? Jawab Rasulullah saw: “Orang yang masuk ke bulan Ramadhan hingga ke penghujung bulan tetapi dosanya tidak diampunkan." (At-Tirmizi dengan sanad Hassan)

Sebulan kita bebas dari bisikan syaitan. Sebulan yang memang seharusnya diperuntukkan sepenuhnya untuk ibadah semata-mata. Sebulan tak perlu fikir nak makan/masak apa di masa siangnya. Sebulan Allah menghadiahkan kita dengan ibadah terawih, dan ibadah-ibadah lain yang berkali-kali ganda lebih pahala. Rugi sungguh-sungguh la kalau kita keluar dari madrasah Ramadhan sebagai manusia yang sama sepertimana kita sebelum memasukinya. T.T

Bercampur-baur emosi hendak meninggalkan Ramadhan dan memasuki Syawal. Ada yang happy dapat berkumpul satu family. Alhamdulillah. Tak salah untuk rasa gembira, kerana aidil fitri itu sendiri adalah hari kemenangan umat islam. Yang sedih sebab Ramadhan dah berakhir pun boleh. Entah hidup lagi atau tak nak menanti Ramadhan yang seterusnya, bulan yang free-free je pahala Allah nak bagi.

Bagi saya, seharusnya perasaan itu bercampur-baur. Sedih dalam gembira. Gembira dalam sedih. Seharusnya kita keluar dari Ramadhan sebagai seorang yang lebih kuat azamnya untuk melawan syaitan yang akan terus menghasut dan menggoda. Seharusnya kita keluar dari Ramadhan sebagai seorang yang mensyukuri peluang kurniaan Allah yang berkesempatan menemui bulan mulia penuh barakah itu. Seharusnya kita keluar dari Ramadhan dengan rasa puas kerana kita sudah menggunakan sepenuhnya sebulan itu untuk mempersiapkan diri!

Tapi...sejauh mana kita memanfaatkan Ramadhan kita yang hanya berbaki tiga hari lagi? Huhuhu. InsyaAllah masih belum terlambat untuk memohon keampunan Allah. Biar bagaimana sekalipun kita di permulaannya, what counts is how we are at the end. 

Err. Selamat menyambut 1 Syawal, bulan kita kembali kepada fitrah kita, yang mudah-mudahan kita kembali dalam keadaan bersih dari dosa dengan timbunan pahala yang bakal membantu di akhirat sana. 

 ..............




post script 1: double beruntung students yang bercuti masa tengah bulan puasa ni. free tak payah fikir study boleh focus ibadah je. :D
post script 2: tak sabar nak makan ketupat dengan rendang tok. bukan rendang tok, tapi rendang yang Tok Leha buat. eheh.

Saturday, August 3, 2013

#227

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.

Nak menulis pun kena ada mood. Alahai. Respect dengan mereka yang mampu istiqamah menulis. Kerana apa ya mereka menulis? Kerana banyaknya pembaca? Kerana pujian-pujian yang menghujan? Kerana komen yang mencecah ratusan? Kalau menulis semata-mata nak kumpul followers, sila check balik niat. Tajdid semula niat Narshiela oiii. OTL

Beberapa hari lepas, Allah mengizinkan saya bertemu dengan beberapa orang sahabat yang kencang jugak la dalam medan dakwah dan tarbiyyah ni. Bezanya saya dengan mereka adalah pada wasilah. Namun, larut juga saya dalam perbualan dengan mereka, berkongsi rasa dan pengalaman. Bahagia, bila saya dengan yakinnya mampu berkata saya benar-benar menyayangi mereka. Ukhwah antara saya dan mereka bukan ukhwah plastik yang sengaja diada-adakan. 

Perebutan 'adik' antara jemaah adalah satu fenomena biasa di Malaysia, saya kira. Walaupun saya tidak merasa ketegangan itu, sedikit sebanyak saya tahu bahawa masalah ini berlaku. Mungkin saya yang terlalu ideal, tetapi bila kerap kali diingatkan bahawa kita ini mengajak manusia pada islam dan bukan pada jemaah, saya jadi tertanya-tanya, kita ini sudah jelas dan terangkah dengan perjuangan yang kita bawa? Betulkah apa yang kita buat selama ini, semata-mata kerana Allah? Tajdid semula niat Narshiela oiii. OTL

Kata seorang akhawat, "Jangan sekadar menjadi akhawat di tepi-tepian." 

Jadilah akhawat yang berdiri teguh di perbarisan, yang jelas benar tentang fikrah yang diperjuangkan, yang mampu bergerak sendiri dan mampu menggerakkan yang lain, yang bukan sekadar mengisi masa lapang dengan aktiviti dakwah dan tarbiyyah. Kerana hakikatnya, ia bukan sekadar aktiviti masa lapang malah bidang kerja yang memerlukan perhatian sepenuh masa. 

Susah. Saya tahu, kerana saya sendiri juga sedang berperang dengan diri sendiri. Antara cinta Allah dan cinta dunia. Dan ubatnya hanya satu. Fokus. Abaikan apa yang tidak penting, fokus pada apa yang dituntut. Easier said than done, ey? But not impossible at all. 

Bak kata Dr Munawwar, prioritize and sacrifice! Nak mengutamakan yang penting itu tidak senang bila kita sendiri tidak tahu apa yang penting apa yang tidak, namun nak mengorbankan apa yang tidak penting itu lebih sukar. Kerana kita tahu apa yang tidak penting tetapi kita sayang mahu meninggalkannya. T.T




Maksud focus berdasarkan kamus Narshiela Saad: 

Sungguh-sungguh menumpukan perhatian tanpa terdistract dengan benda-benda yang tak sepatutnya. Sungguh-sungguh menyiapkan amanah dan kerja tanpa terdistract dengan virus procrastination. Sungguh-sungguh memahami apa yang sedang diperjuangkan tanpa terdistract dengan hal ehwal dunia yang menghanyutkan.

All in all, focus is when you do something whole-heartedly without giving in to distractions all around you..

Macam mana nak focus?

Jawab soalan ini. What is your purpose in life?

Tahu dan sedar apa yang penting dan urgent dalam hidup kita. Hidup biar ada matlamat, bukan setakat bangun dan kemudian tidur semula untuk bangun keesokannya. Tahu dan berkeinginan untuk menjadi lebih baik; dengan cara meninggalkan habit yang tak membawa faedah. And so, try to define apa maksud faedah dalam konteks ni.

Saya juga masih susah untuk fokus. Lihat saja pada entry ini, merata-rata saya melalut tanpa ada titik fokus yang satu. Apa yang saya cuba sampaikan sebenarnya?

Saya sekadar mahu menyampaikan; raikan perbezaan dan jangan membenci dan memandang rendah mereka yang tidak sependapat dengan kita. Focus pada tujuan hidup kita tanpa membiarkan diri distracted dengan perkara-perkara remeh yang tak buat kita lebih baik hatta sedikit pun. 

post script 1: hari-hari pun kita bersungguh-sungguh (a.k.a berjihad). Berperang dengan nafsu sendiri, keinginan sendiri. Di akhirnya, siapa yang menang siapa yang tumpas?
post script 2: harap tak ada yang takut saya bawa ajaran sesat. eheh. v(^_^)v