Sunday, August 4, 2013

#228 Selamat Beraya!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.

#np Gelombang Keadilan.

Menggila sekejap. Haihhh. Semangat semangat semangat! Semoga bukan sekadar semangat nak menyanyi je. Eheh.

Ramadhan dah nak habis. Dah nak masuk Syawal. Pernah la terbaca somewhere dulu-dulu ni, 1 Syawal tu kita panggil aidil fitri kerana kita meraikan kembalinya kita kepada fitrah sebenar kita. Sebulan kita dilatih dengan intensifnya dalam Ramadhan, kita keluar dari madrasah Ramadhan ni dengan bekalan yang cukup untuk menghadapi 11 bulan yang mendatang.

Itu pun kalau kita sedar Ramadhan itu sekolah kita. Nabi saw dan para sahabat bersiap sedia nak masuk Ramadhan ni sejak bulan Rejab lagi. Kita? Mungkin prepare nak sambut Syawal tu lebih awal dari prepare nak sambut Ramadhan. Mana taknya, raya bulan 8 bulan 1 dah beli baju raya. Lagi sebulan nak puasa hari ni dah order kek lapis sarawak, baulu ikan, maruku bagai. Huhu. 

Masuk je Ramadhan, kita hanya ada iman dan nafsu yang mengawal kita. Syaitan memanglah diikat, jadi bolehlah reflect balik ayat Allah...

"Tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan (sekadar) aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku, tetapi cercalah dirimu sendiri." -14:22

Sesungguhnya kita hanya ada diri kita untuk disalahkan atas dosa-dosa kita. Bukan persekitaran, bukan godaan manusia mahupun syaitan, bukan iman yang sedang menurun tetapi diri kita semata-mata. Sekuat mana kita menahan nafsu, semua teruji dalam bulan Ramadhan ni. 

Saya hormat pada mereka yang bila je masuk Ramadhan..yang tak bertudung cuba bertudung, yang merokok memanglah takkan merokok kan sebab puasa, yang baca Quran sikit2 mula menderas nak habiskan satu juzu' sehari, dan yang tak pernah menjejak kaki ke masjid mula memenuhi rumah Allah itu untuk terawih dan iktikaf. Alhamdulillah. Sesungguhnya Ramadhan itu sekolah pada saya, melatih dan mendidik kita.

Yang tak bestnya, bila berakhir je Ramadhan maka amalan-amalan yang kita amalkan selama sebulan itu kita tinggalkan. Tak bestlah macam tu. Macam orang kata, itu kita yang menjadi hamba Ramadhan, bukan hamba Allah yang cuba memanfaatkan Ramadhan. Seharusnya Ramadhan itu melatih kita, agar bila kita keluar dari Ramadhan, amalan-amalan itu mampu menjadi bekalan untuk kita.

Menangis kot dengan hadis Nabi saw;

"Menyesallah dan rugilah..menyesallah dan rugilah..(Dalam riwayat lain: “Hingus mengalir di hidungnya”) Lalu mereka bertanya: Siapakah mereka wahai Rasulullah? Jawab Rasulullah saw: “Orang yang masuk ke bulan Ramadhan hingga ke penghujung bulan tetapi dosanya tidak diampunkan." (At-Tirmizi dengan sanad Hassan)

Sebulan kita bebas dari bisikan syaitan. Sebulan yang memang seharusnya diperuntukkan sepenuhnya untuk ibadah semata-mata. Sebulan tak perlu fikir nak makan/masak apa di masa siangnya. Sebulan Allah menghadiahkan kita dengan ibadah terawih, dan ibadah-ibadah lain yang berkali-kali ganda lebih pahala. Rugi sungguh-sungguh la kalau kita keluar dari madrasah Ramadhan sebagai manusia yang sama sepertimana kita sebelum memasukinya. T.T

Bercampur-baur emosi hendak meninggalkan Ramadhan dan memasuki Syawal. Ada yang happy dapat berkumpul satu family. Alhamdulillah. Tak salah untuk rasa gembira, kerana aidil fitri itu sendiri adalah hari kemenangan umat islam. Yang sedih sebab Ramadhan dah berakhir pun boleh. Entah hidup lagi atau tak nak menanti Ramadhan yang seterusnya, bulan yang free-free je pahala Allah nak bagi.

Bagi saya, seharusnya perasaan itu bercampur-baur. Sedih dalam gembira. Gembira dalam sedih. Seharusnya kita keluar dari Ramadhan sebagai seorang yang lebih kuat azamnya untuk melawan syaitan yang akan terus menghasut dan menggoda. Seharusnya kita keluar dari Ramadhan sebagai seorang yang mensyukuri peluang kurniaan Allah yang berkesempatan menemui bulan mulia penuh barakah itu. Seharusnya kita keluar dari Ramadhan dengan rasa puas kerana kita sudah menggunakan sepenuhnya sebulan itu untuk mempersiapkan diri!

Tapi...sejauh mana kita memanfaatkan Ramadhan kita yang hanya berbaki tiga hari lagi? Huhuhu. InsyaAllah masih belum terlambat untuk memohon keampunan Allah. Biar bagaimana sekalipun kita di permulaannya, what counts is how we are at the end. 

Err. Selamat menyambut 1 Syawal, bulan kita kembali kepada fitrah kita, yang mudah-mudahan kita kembali dalam keadaan bersih dari dosa dengan timbunan pahala yang bakal membantu di akhirat sana. 

 ..............




post script 1: double beruntung students yang bercuti masa tengah bulan puasa ni. free tak payah fikir study boleh focus ibadah je. :D
post script 2: tak sabar nak makan ketupat dengan rendang tok. bukan rendang tok, tapi rendang yang Tok Leha buat. eheh.