Sunday, January 10, 2010

Saya Pura-Pura Tengah Tak Ada Kerja

1. What have you been doing recently?
Duduk depan laptop layan segala yg ada dalam internet (huhu)

2. Do you ever turn your cellphone off?
Time nak charge handphone, and kalau rasa cam takde mood tu off lah

3. What happened at 10.am today?
Saya selamat berada kat depan laptop (ngee,dan kemudian ada orang call cakap rindu nak makan nasi goreng saya~)

4. When did you last cry?
Dua hari lepas! Sebab tengok ending cite IRIS.. Huu,sedih~

5. Believe in fate/ destiny?

I believe in Allah, definitely I have to believe in fate and destiny as well.

6. What do you want in your life now?
Saya just nak hidup yg saya takkan regret

7. Do you carry an umbrella when it rains or just put up your hood?
Kalau saya pakai coat yg ada hood, guna la hood. Tapi I prefer umbrella kot.

8. What’s your favourite thing to do on the bed?
Tidur la. Bed mmg dicipta uk org tidur pun. Buat apa nak buat benda lain??

9. What are you wearing now?
Pakaian, cekak dan saya tgh pakai earphone ni. Dengar FlyFm online. Masyuk~

10. What’s the nicest thing in your inbox?
Game!! Saya suka main sudoku and that bubble town time kelas History of Medicine. Yeahh

11. Do you tend to make the relationship complicated?
What relationship exactly??

12. Are you wearing anything borrowed from anyone?
Semua saya beli sendiri oke~

13. What was the last movie you caught?
Hurm, movie ye? I can't recall any lah. Tapi kalau drama; Wish To See You Again.

14. What are you proud of?
Can I be proud of myself?? Lalala~

15. What does the oldest text message in your inbox say?
Panjang la! From Kak Yana on 28th Sept; "Wslm adik, akk.............. Santan ke?" Dah..haha!

16. What was the last song you sang out loud?
Aku Ingin Mencintaimu by Edcoustic.

17. Do you have any nicknames?
Most people panggil saya Shiela.

18. What does the newest text say?
"Shiela, Np sdeh? Mai gtau ak. Willingly lend my shoulder." Hahah...by Wani on 8th Jan.

19. What time did you go to bed last night?
Erk, dekat2 pukul 12 kot

20. Are you currently happy?
I'm trying to.

21. Who gives you the best advise?
Ramai. Tapi I think the best one is the one coming from my own heart.

22. Do you eat whipped cream straight from the can ?
How does whipped cream look like exacty??

23. Who did you talk on the phone last night?
Ouh, semalam takde cakap dgn sapa2 la on the phone. Last time dgn Dolly on 7th Jan.

24. Is something bugging you now?
Physics Physics Physics!!!

25. Who was the last person to make you laugh?
Xiao Gui and Show Luo kat Youtube. Hee~

26. Choose your lucky friends and tag them.
Nak tag Mashi, Apple, Pkah, Alyaa, Nada boleh?? hee..

Saturday, January 9, 2010

SaYa NaK KaHWiN <3

Hoho. Lamanya tak blogging kat sini. Sekali dah rasa nak menulis masuk topik merapu pulak dah. Hee~ Semalam saya YM Jimah. Saya cakap kat dia; "Saya nak kahwin." Dia cakap; "Gaya macam desperate je ni." Saya pun balas; "So what kalau desperate? Mmg desperate pun." Pastu dia balas lagi; "Kalau desperate,pegi la buat advertisement kat mana2." Dan saya pun ambil inisiatif ni, ADVERTISE KAT BLOG SAYA!! Yea, ada sapa2 nak kahwin dengan saya tak?? Hee~

Okey, enough merapu! Masuk topik yg sedikit serius dari topik di atas. Hari tu saya bagitahu Pidah. Saya cakap; "Saya rasa saya ni orang yg senang nak give up. Saya juga orang yg low self-esteem. Saya selalu tak yakin dgn diri sendiri." Contoh paling tepat, time exam anatomy hari tu. Saya nangis before dapat keputusan sbb saya rasa saya akan failed simply sebab the previous exam tu saya failed. Tapi; lagi saya bagitahu Pidah; "Satu benda je yg saya buat yg berlawanan dgn sifat yg dah sebati dgn diri saya tu." Which means, kalau saya buat benda tu, saya failed for the first time, saya lagi eager utk cuba kali kedua. Saya sendiri pun sebenarnya baru je sedar benda ni, sejak fly.

SAYA SUKA MASAK!!! Haih, tapi saya tak pandai masak. Kak Nini pernah cakap; "Perempuan yg bekerjaya ni, kalau reti masak kira advantage la." Ouh kakak, kalau suka masak tp tak pandai masak masuk jugak tak dalam kategori ni? Kalau nanti mak mertua tanya, "Pandai masak tak?" Saya dgn konfidennya blh jawab; "Ouh, sy mmg suka masak!" Kira statement tu tak la dikira sy menipu kan? Oit Shiela! Apa masuk isu kahwin balik ni??

Okey2, saya sedang cuba keluar dari isu tersebut. Sekarang dah tahun baru! Alhamdulillah, saya masih dipanjangkan umur utk melihat dunia. Tahun baru Hijrah datang a few days sebelum tahun baru Masihi. Waktu tahun baru Hijrah, saya dan rakan2 baca doa akhir tahun kat hospital, and doa awal tahun kat dalam tram. Kiranya saya sambut tahun baru Hijrah dgn kawan yg lagi 3 org tu. Waktu tahun baru Masihi, sy ceroboh bilik Yuyu tgk bunga api sama2 dgn dia dari tingkap bilik. Kalau nak ikut tahun Hijrah, birthday saya tinggal lagi lebih kurang 10 hari. So rakan2, wish la birthday dekat saya on 3rd of Safar ye. =) Azam tahun baru? Hurm, saya nak at least khatam al-Quran sekali. Tu je yg saya terfikir setakat ni.

Monday, December 7, 2009

..::PeoPLe CoMe & PeoPLe Go::..

Takziah untuk Kak Dina atas pemergian insan tersayang. Saya tahu Kak Dina akan tabah menghadapi ujian Allah ini. Sebab Kak Dina bukan insan biasa. Kak Dina insan istimewa; istimewa di hati saya. Kerana Kak Dina adalah insan yg membuka hati saya tentang persaudaraan sesama Muslim. Kak Dina adalah insan yang menyedarkan saya ttg hubungan kekeluargaan sesama Muslim. Kerana itu Kak Dina adalah insan yg istimewa. InsyaAllah, akan saya upload gambar mereka yg menjadi keluarga saya di Bumi Poland ini; kalaupun tidak sekarang, satu hari nanti.

Dan apa yg terjadi buat saya terfikir sejenak. Dan sudah tentu mengingatkan saya pada seorang insan yg juga istimewa pada saya. Seorang insan yg juga sudah pergi menemui TuhanNya. Dan menyedarkan saya, kita tidak akan pernah tahu apa yg berlaku kelak. Walaupun dalam tempoh sesaat selepas ini juga kita tidak akan tahu apa yg bakal berlaku. Kita bukanlah makhluk yg mampu merangka dan melaksanakan segalanya, bukan? Kita makhluk lemah, yg memerlukan pegangan sbg rujukan. Dan bersyukurlah jika pegangan itu adalah islam, agama yg diredhai Allah.

Saya kurang berfikir ttg ini. Tetapi kejadian yg menimpa Kak Dina membuatkan saya terfikir ttg ini. Tentang 18 hari dari hari ini. Tentang 25hb Disember. Bukan sambutan Krismas, tetapi sambutan kelahiran ibu saya yg ke-55; jika ibu ini masih hidup. 8 tahun bukan? Rasanya baru sebentar ibu ini pergi, tetapi masa takkan pernah menipu. Saya sudah byk berubah sepanjang 8 tahun ini. Saya sudah dapat 5A dlm UPSR. Saya sudah dapat 8A dlm PMR. Saya sudah dapat 10A dalam SPM. Dan tiada satu pun yg saya sambut dgn ibu ini. Mungkin satu-satunya kejayaan yg saya sambut dgn ibu ini adalah PTS. Tapi, maafkan saya ibu, saya kecewakan ibu. Saya belum bersedia ketika itu untuk meninggalkan rakan2 sebaya.

Dan apa akan ibu kata pada hari ini jika ibu ini masih hidup? Banggakah dia dengan saya? Rindukah dia pada saya? Mungkin saban hari akan menangis teringatkan anak bongsu yg manja ini. Kerana itulah ibu ini. Mudah tersentuh. Mudah menangis. Penyayang. Ibu yg tak berpelajaran tinggi tetapi sanggup menemani anaknya sehingga ke pagi utk menyiapkan kerja sekolah Pendidikan Seni. Ibu yg memuji lukisan Mickey Mouse anaknya yg dilukis senget dan diwarna terlalu gelap. Ibu yg menyebelahi anaknya ini dgn menyokong N'sync dan bukan Westlife. Ibu yg menyanyikan lagu "Bangau Oh Bangau" sambil menyisir rambut anaknya yg tak suka menyisir rambut. Ibu yg berkata, "Kalau kita ambik satu hak orang, nanti Allah ambik 10 hak kita balik" ketika anaknya ini terjumpa syiling 10sen di tengah jalan. Ibu yg saban hari mencium pipi anaknya sebelum ke sekolah. Ibu yg saban tahun hadir ke sekolah melihat anaknya menerima anugerah. Ibu yg tolong memasangkan kelambu dan menemani anaknya lena. Ibu yg setiap hari Sabtu akan membelikan laksa dan ais kacang dari Nat Balai Baru. Ibu yg tahu anaknya suka makan sayur yg dinamakan gitu-gitu sebab anaknya minat Saiful Apek ketika itu.

Saya rindu masakan ibu ini. Saya rindu ciuman ibu ini. Saya rindu melihat keputihan wajah ibu ini. Saya rindu membelai rambut ibu ini. Saya rindu pelukan ibu ini. Saya rindu kata-katanya yg penuh kasih dan sayang. Saya rindu hilai tawa ibu ini. Saya rindu segala-galanya ttg ibu ini. Saya sangat rindukan ibu ini. Sangat sangat sangat.

Saturday, December 5, 2009

..::SeKePiNG WaRKaH BeRNaDa sYaHDu::..

If you are so badly want to know what is exactly happening to me, I'll tell you this. Do not get dissapointed. Because I don't actually know what is happening to me! In about 6 hours, masuk ni dah dua kali aku blogging. First one in my private blog and this is the second. From that, I can say that something is definitely wrong. Sebab aku tak senang2 nak blogging kalau tak ada something in mind. And two things je yg blh buat my mind filled up with something. 1st-bila aku dapat pengetahuan baru and I'd like to share that. 2nd-bila aku tak tahu nak turn to whom to throw out and spill. And in this case, it's the latter. *sigh* I've deactivated my Facebook. I deleted my Frienster and MySpace. Maybe I just need some space. Dan aku jugak rasa aku perlu explain. To Wani. If only she will ever come across this lah.

Wani, we are each other balloons; the analogy that you created. And my analogy; "If I am Meredith Grey, you are my Christina Yang." "If I am Johanna, you are Yaya." Confirm la hg macam blur2 je ntah sapa la yg aku sebut ni. Biarlah aku je yg tahu Wani. Biarlah aku je yg tahu how much you are important to me. You don't have to know the amount, cukuplah hg tahu that i appreciate your presence. Belon ak yg hg pegang bukan dah terlepas. Mungkin belon tu tergelincir sikit dari pegangan hg, tapi belum lg terlepas. Belon tu tak mungkin blh terlepas Wani. Never.

Jangan sedih sebab aku. Jangan nangis sebab aku. Live your live happily, and HEALTHILY please. (betul ke ak eja tu? hurm..) I'll be back. Tapi benarkan aku cari diri aku dulu. Benarkan aku cari tempat aku dulu. Sebab aku rasa aku messy sekarang. I need time. Nak baiki hubungan aku dgn Dia, nak baiki hubungan aku sesama manusia, nak baiki diri aku sendiri. And I'll be coming back fresh and new. InsyaAllah.

Tuesday, December 1, 2009

ReSaH..

When it's about hati, semua orang kata susah untuk berubah kan. Cth terdekat kawan2 kat sini. Even determined mcm mana pun, still akan rasa susah jugak. And they'll say, "Shiela, jagalah hati. Tak payah nak suka2 orang buat masa ni. It'll hurt you even more." But who says they are the only one having this kind of problems? I do have my own problem too. Mungkin bukan dalam situasi yg sama, tapi melibatkan benda yg sama; HATI.

Kenapa susah ye nak kawal hati ni? Adakah sebab saya manusia yg kurang azam? Saya mahu jadi wanita itu. Tapi kenapa ye saya rasa jauh sangat utk saya capai matlamat tu? Ya Allah, saya tak tahu. Apa perlu saya buat? Perlu menangiskah? Apa yg saya perlukan? Bagaimana harus saya bantu diri saya sendiri? Allah sayang saya,kan? Saya hanya perlu mengadu kepadaNya kan?

Shiela, you are rambling. Keep on track please.