Jam kat blog ni tak boleh pakai! Sekarang ni pukul 6.16am. Hari Jumaat, 12hb Februari 2010.. Selamat hari ulangtahun yg ke-20 buat De' Nah, Athen, Fasha dan Didie. Even rasanya dorang ni takkan tiba2 terbukak pun page ni tapi takpelah, tak salah untuk wish kan. Semoga dipermudahkan hidup kawan2, miss you all big time! Semoga kejayaan mengiringi kalian, duniawi dan ukhrawi.
Okey la, sebenarnya tadi ni plan nak tidur. Dah siap kunci jam pukul 7.30am dah, and dah separuh dah tarik selimut. Then tiba2 terfikir sepotong ayat yg pernah diucapkan oleh seorang kawan ni. And then terpikir, disebabkan lately ni saya selalu sangat down, why not buat sekejap sesi motivasi untuk diri sendiri? Haha.
Dulu seorang kawan ni ada masalah. Jadi, saya pun, atas rasa tanggung jawab seorang kawan (haha, yela sangat!), menasihati dia. Saya cakap sebaris ayat ni kat dia. Dan lepas tu, tak bilang la pulak berapa lama, saya pulak ada masalah. Dalam banyak2 orang yg saya seek advices, dan dalam banyak2 advices yg saya dapat, advice kawan saya sorang ni la yg saya paling ingat.
Dia cakap,"Shiela, dulu ko yg bgtahu ak camni. Skrg ak pulangkan balik nasihat ni pd ko." (ayat dia tak lah sejibik gini, saya ubah suai sikit2 tanpa mengubah maksud ayat utk kesan lebih dramatik.) Err, dramatikkah??
Dan tadi time tengah tarik selimut, sy tb2 teringat ayat ni. Maybe sbb tengah down sangat kan. Dan hidayah dan ilham Allah tu blh dtg bila2 masa. Huhu. Sweetnya Allah. Dah la bagi saya petunjuk, pastu at the same time prevent saya dr tido lepas subuh gak. Ouh, insaf2. Ok2, back to the topic. Sebaris ayat tu sebenarnya tak la ayat puitis yg ada maksud mendalam mana pun. Dan bg sesetengah orang, mungkin takkan ada kesan pun. Tapi bila saya terfikir je ayat ni, saya tb2 rasa soothed. Saya angguk2 kepala dalam hati (er,camna tu?) sambil berkata2 dalam hati "betul betul betul!". Bagusnya hati saya, boleh mengangguk dan berkata-kata. Hee~
Nasihat tu bunyinya camni je. "Jangan sangat fikir pasal apa yg akan jadi nanti, sebab tanpa sedar sikit demi sikit ko dah tempuh pun masa depan tu."
Ha, faham tak? Agak2 straightforward je kan sebaris ayat ni? Tapi, dah alang2 saya tgh rajin nak menulis ni, saya explain la sikit. Kalau tak faham, harap2 explanation ni membantu untuk lebih faham. Kalau dah faham, harap2 explanation ni membantu untuk lebih ingat. Macam ni la. Senang cerita sy ambik contoh real punya. Pasal saya sekarang ni. Hari Rabu depan ni ada test anatomy. Ngaa~ Upper and lower limbs. (Doakan ye) Asal ingat je pasal tu mesti berdebar-debar kalah nak tunggu keputusan pilihan raya. Dan rasa takut and cuak kalah nak tunggu keputusan SPM. Tapi, nasihat ni, motivate saya untuk tak payah nak susah2 fikir pasal test tu. Sebab saya nak ke tak nak ke, tanpa sedar saya akan lalui jugak. Sebab susah macam mana pun, kalau dah Allah dah bagi jalan, akan jadi jugak kan.
Macam dulu la. Bila habis Form 5, dah macam2 fikir. Apa la nak jadi kat aku ni? Bila reject offer UTP tu, resah gelisah jadi. Ada lagi ke rezeki lain Allah nak bg ni? Dalam dok resah gelisah fikir tu, tiba2 dah pergi MSU. Penat je pikir susah2, kalau dah Allah nak bagi tu, ada jugak. Kan? Rasa macam tak complete la explanation ni, tapi tak tahu dah nak explain mcm mana. Huhu. Yg penting, besar impak sebaris ayat tu pada saya.
Okey2. Panjang benar dah ni. Sebagai penutup, nak share satu ayat boleh? Jom check surah az-Zumar, ayat 53. Kalau tafsir Quran macam saya ni, page 464. Allah pesan dekat hamba2Nya yg melampaui batas, janganlah berputus asa dengan rahmat Allah, sebab Allah tu akan ampuni jugak dosa2 kita. Sweetnya. Allah tak pesan macam tu dekat hamba2Nya yg beriman (explanation berdasarkan ayat yg dirujuk sahaja ye), tapi dekat hamba2Nya yg melakukan kesalahan. Siapa je yg bermurah hati sangat sampai macam tu sekali? Kalau manusia ni, tak banyak pun mesti ada sikit rasa revenge dalam hati. Dah la mula2 tu lupa kat aku, buat salah kat aku, ada hati nak mintak maaf konon?? Haa, tula manusia! Dan mungkin, tu la saya. Astaghfirullahalazim...
P/s=Kulit gatal2. Haa, ni mesti sebab dah dua hari tak sapu lotion ni! Tapi to think back, tu sebab yg nampak je. Sebab sebenar, Allah nak tegur la tu. Shiela..shiela..
8 comments:
Ok. Saya tarik balik kata2 saya. Jam kat blog betul. Isk3. Anda betul, jam kat blog. Saya yg salah. Maafkan saya, jam kat blog.=[
shiela...
nape sedih ni??
mind to share..?
:)
ape2 pm me kat fb
take care sis
shielaaa!!
aku paham ayat sebaris hng tuh
even hng x xplain pn aku paham
pandai x aku?
clap clap clap
hahaha
ayat tu sgt2 le mendalam
sp laa kan kawan yg ckp kt hg tuh
ap2 pn chill out babe!
kak aiman! ya Allah, cmne leh jumpa blog sy ni? hee. saya ok je. juz kdg2 tu mood tb2 jd suwey. thanks for ur concern! mish u!!
wani,ye, anda sgt pandai.
clap clap clap...
haha. tu nad yg cakap. remember nad??
ow. mesti laaa aku ingt nad. girlfren hng kan? hehehehe. tq puji aku pandai. hahahahahah
girlfren ak?? uish. org baca blh salah paham ni. haha. ye2,hg pandai. tu sbb ak puji. ak puji mnda betoi ja. hee
kepada pelawat blog ini..
aku la orang yang dimaksudkan tu..
lawatlah blog saya..ha3!!!!!!
shiela..ayat hang salah..
"Jangan sangat fikir pasal apa yg akan jadi nanti, sebab tanpa sedar sikit demi sikit ko dah tempuh pun masa depan tu."
bukan patutnya camni ke??
"Jangan fikir sangat pasal apa yg akan jadi nanti, sebab tanpa sedar sikit demi sikit ko dah tempuh pun masa depan tu."
x sampai setahun kat poland..dah lupa bahasa melayu.. =P
keh3..
syamil: alah,ak sedar la! tp sbb time tu dah post so malas nak edit. haha. sikit je pun. berkira! =) Apakah hg org yg dimaksudkan? GEDIK! PERASAN! =)
Post a Comment