Monday, February 22, 2010

Sekarang pukul 7.04am 22hb Februari 2010M, bersamaan 8 Rabiulawal 1431H. Seperti biasa, kenapa saya tulis blog pada pagi2 ini? Kerana saya telah dgn berjayanya mendistractedkan diri saya dari study Organic Chemistry. Clap clap utk saya. Kalau failed lagi, salahkan diri sendiri ye, frust lagi ye dan tidur lagi 11 jam setengah ye. Haha. Penat dah menatap beliau dari pukul 3am tadi. Huhu. Konon la dari pukul 3, padahal ada je selang-seli dgn perkara lain gak sepanjang tempoh tersebut. Harap maklum... =)

Dan antara perkara2 tersebut adalah Facebook. Saya terbaca status seorang sahabat ni. Beliau cakap beliau jahat, sebab there are people yg tak mampu terima perubahan pada diri beliau, dan people keep criticizing beliau (betul ke eja kritik dlm BI tu?). Hurm. Kenapa orang mengkritik? Ke orang nak menegur tapi disalahertikan sebagai mengkritik? Ke memang dasar tak puas hati?

People say, kritikan yg membina tu takpe. Tapi pada saya, there's no such thing. Siapa suka dikritik? Saya tak suka. Beliau tak suka. Anda-anda saya tak tahu la, tapi saya rasa ramai je tak suka kan. Kritikan tu macam warna kelabu; di antara warna putih dan hitam. Boleh jadi putih, boleh jadi hitam. Boleh jadi dgn niat nak menegur, boleh jadi dgn niat nak menyakitkan. Tapi kelabu tu tetap bukan warna putih, tetap jugak bukan warna hitam. Kalau niatnya baik untuk menegur, saya rasa caranya salah. Kalau niatnya memang busuk untuk menyakitkan, renung2kan dan selamat beramal la ye awak.

Saya tak suka orang kritik saya. Mungkin sebab tu entry ni bersifat bias. After all, everything's here is based on my point of view kan. Tak kisah la anda-anda nak setuju ke tak, sebab semua orang ada opinions masing2 kan. Tapi, not that saya tak boleh terima orang cakap pasal kelemahan saya. Saya okey je kalau orang nak menegur, tapi perlu kena dgn caranya. Jangan tegur saya in a way yg buat saya rasa anda-anda nak menyakitkan saya. Kalau saya ditegur macam tu, lagi saya nak rebel ada la kot. Hee.

Saya pernah ditegur zaman sekolah dulu. Well, niat beliau nak menegur, tapi cara beliau-MENENGKING. Isk3. Saya kena tengking tau dulu oleh seorang beliau ini kerana niat beliau nak tegur saya. Memang berhasillah teguran beliau tu, sebab lepas tu saya akan fikir dua kali sebelum melakukan apa yg ditegur oleh beliau itu. Dan memang berhasil jualah tengkingan beliau, sebab lepas tu berbulan-bulan jugak saya tak boleh nak jumpa dia, rasa nak marah sampai terkeluar biji mata je jegil kat dia! Hee. No offense okay. Sekarang dah okey dah dgn beliau ni. Jangan tengking2 saya lagi ye. Ayah saya pun saya tak ingat bila last beliau tengking saya. =p

Okey, jauhnya saya terpesong. Balik ke pangkal jalan. Saya rasa tak wajar untuk saya atau beliau atau sape2 jela cakap yg diri sendiri jahat dalam nada pasrah dan redha. Contohnya, "Nak wat cmna. Aku kan jahat, tak baik mcm orang lain." Kenapa tau? Sebab kalaulah betul anda jahat, tahniah! Anda sedar yg anda jahat. Dan consciousness is just the beginning of the journey. Banyak lagi step selepas anda sedar yg anda jahat tu. Anda kena la berubah. Takkan nak stay in the state of kejahatan kan. Dan kalau anda sebenarnya tak jahat, niat anda cakap camtu sebenarnya untuk put full stop to the topic without making anything clear. Mana boleh macam tu! People akan pandang sinis dekat anda tau. Ish3.

Rasanya usrah hari tu Kak Dina dah cakap something yg buat saya nak lari masuk bawah katil and tak nak keluar2 dah. Huhu. Which is, jangan fikir pandangan orang kat kita; fikir pandangan Allah kat kita dulu. Kita couple, Allah suka ke tengok kita melayan jiwang dgn org yg masih belum berhak terima nikmat cinta yg Dia bg kat kita? Kita tinggal solat, Allah suka ke bila kita missed date dgn Dia? Kita tak study, Allah suka ke tengok kita buat sambil lewa terhadap amanah dan peluang yg kerajaan dah bg kat kita?

Dan tentang ikhlas (16:66). Semalam, sebelum saya solat Zohor, saya rasa malas nak baca Quran. Tengah2 solat, Fadhlina datang bilik. Dan usai solat, saya sangat teringin nak baca Quran. Tapi saya terfikir tentang ikhlas ni. Adakah saya rasa teringin nak baca Quran ni sbb saya nak tunjuk kat Fadhlina yg saya ni rajin baca Quran sebenarnya? Astaghfirullah. Saya jadi takut waktu tu. Kalau saya baca ni, agak2 Allah terima tak ibadat baca Quran saya ni? Saya rasa saya ikhlas, lagipun kalau saya baca bukan Fadhlina tahu pun sbb dia kat bilik Yuyu. Tapi.... Dan akhirnya I ended up not reading the Quran. Besar jugak impak ikhlas ni lepas kena basuh dengan Kak Wani hari tu. Haih.

Ha, melalut! Organic Chem tak habis baca lagi! Debush3!!

7 comments:

Syamil said...

nice post..terasa gak r..
and tu semua..
sbnarnya..aku yang tengking shiela!!
baik x aku!
hahaha! =D

Anonymous said...

pnjang nye...x igt pun bla last kena tengking...kna tegur byk..haha..nampak sgt ada byk benda yg x kena..

Lemonades Of Life said...

gedik ar syamil! semua mesti hg. adoyy. ak rasa kalau hg tengking ak,ak nangis pastu, hg mesti join aku nangis skali. =)

subaili,ak pun slalu je kena tegur. xpela, at least ada org brniat ikhlas nk tlg betulkan kita kan. hee. btw,bukan entry ak yg panjang. entry hg je yg pendek sgt. =p

Anonymous said...

wah...teguran membina...haha

Lemonades Of Life said...

haha. membina ea? adakah akan merubah entry anda mnjadi lebih panjang?? hee.

Anonymous said...

insyaallah, akan diusahakan..

Lemonades Of Life said...

amin...
mudah-mudahan. tringin nak tgk subaili mengarang. hehe