Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Rasanya agak lama jugak blog ni tak diupdate dgn kisah kehidupan saya hari2 di Lodz, Poland. Dah lama rasanya zaman upload gambar2 kat Lodz. Hee. Dulu time awal2 sampai rajin, sekarang saya dah malas nak upload gambar, baik di blog mahupun kat Facebook. Nak tengok gambar2 masa winter dulu, jangan harap nak jumpa kat page saya even seketul salji sekali pun. Tapi insyaAllah ada dekat gambar2 yg rakan2 tagged. Eheh. Okey2, 1st paragraph dah keluar tajuk.
Semalam hari Khamis, saya keluar pergi Galleria sorang2. Rakan2 yg lagi 3 orang tak ikut. Disebabkan saya ni hantu movies dan series, laptop saya dah terlalu sesak dgn segala jenis cerita; menyebabkan saya berkeputusan utk beli hard disk. Yuyu cakap hard disk ni cantik. Hehe. Saya pun rasa camtu. Kan? Kan? Lepas selesai beli hard disk, saya masuk Tesco utk beli sedikit groceries. Everything was fine. Bagi saya, ini adalah hari yg sama seperti semalam. Typical life of an oversea student.
Tetapi, perancangan Allah tu lebih besar. Hari saya diindahkan dgn satu kejadian kecil yg langsung saya rasa tak signifikan, tapi memberi satu impak maha besar bg saya. Lepas je bayar segala beras, minyak, telur yg saya beli tu, dan saya on the way nak keluar dari Tesco, beg saya telah menyebabkan alarm Tesco berbunyi. MashaAllah tak pernah seumur hidup berlaku dalam hidup saya kejadian macam ni. Tapi, alhamdulillah Allah bersama saya saat tu. Sedikit pun saya tak rasa gementar dan takut, saya berlagak macam manusia yg innocent yg tak tahu apa2 waktu saya dipanggil security guard di situ untuk diperiksa. (mesti la, sebab saya mmg innocent!)
Okey, bukan kisah beg saya berbunyi atau pun kisah saya dipanggil security yg saya mahu tekankan kat sini. Main point saya adalah; sejak saya sampai di bumi Lodz September 2009 dulu, ini adalah kali pertama saya perasan akan pandangan2 manusia yg memandang saya bukan kerana saya orang Asia atau saya pakai tudung. Saya dipandang sebagai seorang pencuri yg pakai tudung a.k.a orang islam yg mencuri. Dan saat beg saya diperiksa ketika itu, hanya dua perkara yg bermain di fikiran saya. Satu, drama Love Story in Harvard, tentang kisah seorang remaja yg dilayan secara tidak adil kerana mencuri hanya disebabkan dia berkulit hitam. Dua, explosion di Moscow beberapa hari lalu.
One thing tentang diri saya, saya jarang pedulikan pandangan orang tentang diri saya. Pandangan di sini maksud saya adalah bagaimana orang melihat saya menggunakan mata. Awal2 sampai dulu, Yuyu, Fadh dan Pdah selalu cakap yg mak cik ni usha, pak cik tu tengok pelik dan bagai2 la lagi. Tapi saya tak pernah peduli semua tu. Saya boleh berjalan sorang2 di tengah2 umat Poland yg membanjir tanpa sikit pun mempedulikan sama ada saya menjadi bahan ushaan dan sebagainya. Tapi, peristiwa yg terjadi pada diri saya semalam sedikit sebanyak menyedarkan saya. Tak kisah sama ada saya dipandang pelik atau sebagainya, tapi being a Muslim who is an Asian here, saya pasti rakyat di sini mempunyai satu impression yg tipikal ttg identiti saya. Faham tak?? Huhu.
Semalam juga, time tunggu tram untuk pulang ke hostel selepas kelas First Aid and Nursing, kami berempat sempat bertukar pendapat.
Kata Pdah,"Aku takut orang sini nak bom kita."
Kata Yuyu,"Aku takut dorang tangkap kita sebab kita orang islam."
Kata Fadh,"Aku takut dorang ingat kita ada bom."
Dan saya jadi speechless. Lalu saya sendiri terfikir. Adakah dorang yg berfikiran extreme, expecting only the worst case scenario to happen atau saya yg kurang ambil peduli ttg isu ni? Ramai yg tahu pasal Moscow explosion tu saya kira, dan rata2 article about the incident stated that female suicide bombers were likely to be involved, an act of terrorism etc. And there was only one article that stated; the act of terrorism was likely done by female Muslim suicide bombers (ke Muslim female suicide bombers ek? Adoi, english terabur!). Secara terang-terangan ye, nama agama kita diletakkan sebagai saspek yg paling disyaki. And it was Poland's newspaper. Saya dan Fadh berusaha sedaya-upaya translate artikel tersebut ke dalam Bahasa Inggeris sbb nak sangat baca. =)
Dan saya sendiri pun tak tahu, adakah saya ignorant atau saya optimistik. Nak kata sangat ignorant tu tak jugak, sbb in a way, saya mmg terkesan dgn apa yg terjadi dekat Moscow. Walaupun saya tak ada kenalan kat sana, tapi Yuyu cakap at least three Malaysian students were injured because of the explosion. Saya terfikir macam mana pandangan Russian terhadap mereka. Saya secara tak langsung rasa dekat dgn isu2 yg melibatkan agama kita. Kalau dulu, saya hanya mampu menyampaikan doa utk bumi Palestin, saya hanya mampu mengambil berat tentang rakyat2 Palestin melalui bacaan, tapi kini saya merasakan saya sudah involve secara langsung dalam peperangan ini. Saya merasakan peranan saya bukan sekadar berdoa dan mengambil tahu.
Dan sepanjang hidup saya mengenal diri sebagai seorang yg pesimis, lalu susah utk anggap diri sendiri berfikiran optimis bila berhadapan dgn isu ini. Optimiskah saya bila saya langsung tak pernah terfikir the way rakan2 saya fikir? Optimiskah saya bila saya rasa incident yg terjadi di Moscow takkan terjadi ke atas diri saya? Help me to figure it out, will you? Adakah saya optimis atau saya ignorant??
Rakan2 yg saya kasihi, especially yg jauh di Malaysia sana, ini bukan satu isu yg harus dipandang remeh. Saya sendiri sebelum ini kurang mengambil berat sebenarnya tentang perkara2 sebegini. Namun Allah memberikan jalan kepada saya, alhamdulillah. Allah mencelikkan mata saya. Sedikit demi sedikit saya cuba membaiki diri yg masih lopong di serata tempat. Kata2 yg paling terkesan saat saya mengikuti program Shahadatul Haq di Warszawa beberapa minggu lepas; "Tak apa kalau kita tak mampu membantu meningkatkan maruah agama kita, tetapi jangan pula kita menjadi orang yg mencalari agama tersebut."
Tak apa kalau kita tak mampu mengahadapi musuh sambil mengangkat pedang, tetapi jangan pula kita jadi pengkhianat menghasut orang islam untuk lari dari medan perang. Tak apa kalau kita tak mampu mengangkat tangan berdoa untuk saudara2 kita, tetapi jangan pula kita sibuk bersuka ria sampai lupa solat segala. Tak apa kalau kita tak mampu mengambil tahu tentang agama sendiri, tetapi jangan pula sampai hal duniawi disanjung lebih tinggi.
"Allah telah menjanjikan kepada orang-orang di antara kamu yang beriman dan mengerjakan kebajikan, bahawa Dia sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka dengan agama yang telah Dia redhai. Dan Dia benar-benar mengubah (keadaan) mereka, setelah berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa."- 24:55
Fahamkah anda perasaan saya dan rakan2 bila ditanya mereka yg bukan islam,"I thought wearing hijab is obligatory to u Muslims, but why are there Muslims who don't?"
13 comments:
insyaAllah anda akan selalu dilindungiNya..
salam
np alarm tesco tuh bunyik shiela?? citer xhbs.. huh.. suspen jerr
sbb nila setitik, hbs rosak susu sebelanga
tp susu yg sebelanga nie pown xamik kisah n xpedulikn nila yg setitik tu
cmtu la jadiknya
im talking n remembering myself..
btw thnx for sharing
aku baru taw pasal moscow tuh..
huhu..
salam
np alarm tesco tuh bunyik shiela?? citer xhbs.. huh.. suspen jerr
sbb nila setitik, hbs rosak susu sebelanga
tp susu yg sebelanga nie pown xamik kisah n xpedulikn nila yg setitik tu
cmtu la jadiknya
im talking n remembering myself..
btw thnx for sharing
aku baru taw pasal moscow tuh..
huhu..
umai: jazakillah untuk doa ye. semoga Allah makbulkan, semoga anda pun dilindungiNya. insyaAllah..
as:wsalam. thanks for reading. hee. insyaAllah sama2 kita amik pngajaran. kita mungkin bukan nila, kita mungkin susu. tapi kita ni susu yg sedap ke susu yg masham?? hee~
eyh as! lupa nak jawab. pasal alrm tu, mmg saja nak bg saspen. haha
shielaaa
huiisshhh
menarik post hng kali neh
takut aku dgr
kcian aku
aku xtau pn psal moscow tuh
:(
haha. wani, kiranya ak baca utusan dulu la dari hg neh. hehe.
hahahahhaa!
perli ke ap?
toek!
erk?? terasa ke weh?? hahaha. tak brmaksud pun, tp bila hg ckp tu maybe ada la kot sikit. =p
aku nak external hd!!!!
haha. beli la sendiri. ngeh3. tapi ak punya tu mmg lawa kan. =)
ces...brapa gb? ke tera?
tak la sampai tera. 500gb je. huhu. terbang duit ak 400. =)
Post a Comment