Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Hari ni Selasa, 20 Julai 2010 bersamaan 8 Shaaban 1431. Sekarang pukul 8:07pm waktu Malaysia. Post ni konfem2 nanti letak jam waktu Poland sbb tak tukar. Biar jela.
Bila lama2 tak blogging ni dia jadi malas jap nak start balik. Tapi bila bukak je, tengok orang lain mesti update. Hatta Apple yg dulu duduk KYUEM naik berabuk blog dia sekarang ni pun dah semakin lincah blogging. Hehe. As, Kirah takyah kata la kan, asal bukak ada je post baru. Bagus betul rakan2 tercinta ni, memberi saya peluang untuk mendekati life dorang yg kalau nak contact tu payah la sikit. Through blogging jela dapat catch up sikit2.
Malam ni pening kepala tiba2. Lama dah jarang pening, selalu pening ni sebab baca buku, sekarang ni cuti mana la rajin nak pegang buku. Kalau kat Poland ni rasanya dah lama telan painkiller. Tapi duduk sini takde pulak stok, selamat la sikit. Kalau bergantung sangat pada medication pun tak bagus jugak kan. Haihh. Entah2 sebab kerap sangat mengadap laptop tak..bukak laptop pun kadang2 melagha bukak entah apa2. Tak memberi manfaat, tu pasal kot.
Nak tulis amende ni eh? Allah, dulu ni ada je idea mencurah2, sekarang ni jenuh pulak nak pikir. Praktikal lagi dua minggu setengah. Nak balik rumah! Bosannya sorang2, kawan tak ada nak buat sembang, tu yg agaknya desperate sangat terngorat patient umur 9 tahun. Hehe. Hari tu waktu awal2 masuk ada sorang MA tgh buat praktikal jugak ngejek sbb saya tak berani dukung baby. Baby baru sehari takut ah nak pegang, lembik longlai lagi. Tapi sekarang ni dah boleh sikit2, seronok tengok baby hari2. Bahagiaa~ ^^
Ouh lupa. Kalau la tiba2 Mizah terbukak page ni, Happy birthday the 20th ye. Semoga Allah memmberkati hidup 20 tahun yg lepas serta tahun2 yg mendatang. Sayang sangat sama anda~
Nak tido, tapi belum masuk Isya', nanti terlajak, tapi pening. Tak bermanfaatnya penulisan kali ni. Teringin nak menulis cerita macam zaman sekolah and MSU dulu, tapi sekarang ni entah ke mana dah hilang bakat menulis tu.
0 comments:
Post a Comment