Hari ni 16 Julai 2010, bersamaan 4 Shaaban 1431.
Alhamdulillah, tiba2 je ada mood nak menulis. Lama dah blog bersarang ditinggalkan, kesian blog. T_T Hari ni diberi kesempatan masa dan kesempatan jiwa untuk menulis. Lama tak menulis, bukan sebab tak ada benda best berlaku. Malahan dalam tempoh beberapa minggu ni tak menulis, banyak sangat benda yang terjadi.
Alhamdulillah, dah selamat pindah rumah. Alhamdulillah, dah selamat menetap dengan selesa di rumah baru. Alhamdulillah, dah selamat merasmikan dapur baru masak nasi goreng kampung. Alhamdulillah, dah selamat lepas security check kat airport ;Warsaw dan Heathrow..punya la cuak takutkan luggage exceed berat. Alhamdulillah, dah selamat jejak KLIA seawal pukul 5pm 1 Julai hari tu. Alhamdulillah, dah selamat jumpa dan makan2 dengan Abg E, Kak Ieda, Kak Nini, Abg Saiful, Lis dan Lissa. Alhamdulillah, dah selamat jugak jumpa Nada dgn Mashi masa meronggeng ke Mid Valley sampai pukul 10pm baru balik rumah. Alhamdulillah, dah selamat jugak sampai ke Perlis, kemudian pergi Ipoh jumpa Zatil, Wani dgn Husna. Pastu selamat balik ke Perlis balik. Alhamdulillah, dah selamat jugak makan ikan bakar dan side dishes yg sangat banyak kat Kuala Perlis dgn As dan Wani. Alhamdulillah, akhirnya selamat jugak berpraktikal dekat Yan ni sorang2. Dan sekarang tgh membilang hari nak balik ke Perlis balik, membilang hari nak bertemu Ramadhan balik. Membilang hari nak balik ke Poland balik.
Hm, tu la ringkasan apa yg berlaku sepanjang saya tak menulis blog ni, dah masuk 2 minggu lebih. Macam tak lama sangat, tapi kenapa rasa lama ye? ^^ Sedih sedikit, esok walimah Kak Izzat dengan Uncle Izmil, tapi keadaan tak membenarkan saya hadir. Takpe la, walaupun tak hadir, saya mendoakan yang terbaik untuk kedua-kedua pengantin baru. Semoga kehidupan bergelar suami isteri bakal diberkahi, insyaAllah. Pastu tak dapat jugak hadir ke daurah kat Serdang. Oh, ni lagi sedih. Rasa macam tak patut sangat tak hadir. Dah la Spring Camp hari tu pun tak berkesempatan pergi, kali ni pun tak dapat. Allah, takut2 kalau lama sangat hati ni dibiarkan tak terisi dan tercaj, lama2 berkarat.
Seminggu hidup di Hospital Daerah Yan, saya dah macam masuk Jenan balik. Hari2 pakai baju kurung, kebiasaan yang dah lama tak diamalkan sejak bergelar pelajar oversea. Hari2 mandi awal2 pagi, kebiasaan yang dah lama jugak sengaja dielakkan sejak dah tak ada kelas Polish pukul 8pagi. Yang paling tak tahan tiba2 je terasa sengal2 bila basuh baju pakai tangan. Huh, last basuh baju pakai tangan masa kat MAIS dulu. Manja sangat Shiela ni..
Even baru seminggu praktikal, saya dapat pengalaman yg sangat2 berharga. Awal2 dulu selalu jugak mengadu dekat Iffah, Fadhlina dgn Pdah..bosannya praktikal sorang2, dah la macam blur tak tahu nak buat apa. Tapi lepas tu, tertunduk kejap kena sepak. Perancangan Allah tu sangat perfectlah, Dia ada sebab mengaturkan semua supaya jadi macam ni. Saya dapat tgk kesakitan ibu masa nak bersalin, secara live. Macam mana ibu2 terpaksa tahan sakit semata2 agar anak2 dorang dapat tengok dunia. Macam mana ibu2 paksa diri untuk ignore kesakitan yg dorang rasa semata2 untuk baby kat dalam rahim. Allah, tak tahu macam mana saya nak lampiaskan dgn kata2. First time saya tengok memang saya bagitahu diri sendiri sampai bila2 pun tak nak mengandung dan bersalin!! Tapi, bila terpandangkan baby yg baru berusia 5 minit, bila terpandangkan baby terkial2 nak celik mata, bila first time si baby pegang jari telunjuk saya dlm genggaman dia, i decided that it’s worth all the pain and exhaustion.
Seminggu ke hulu ke hilir dalam wad O&G buat saya banyak berfikir. Ruginya rasa kalau kita membesar jadi manusia yg tak mengikut syariat dan perintah Allah. Sebelum kita lahir, kita berjanji dengan Allah untuk menjadi khalifah di muka bumi, untuk menjalankan amar makruf nahi mungkar. Ruginya rasa kalau kita membesar dalam keadaan kita ingkar terhadap janji tu. Bukan senang nak jadi manusia terpilih untuk tengok dunia. Bila dah terpilih pulak, bukan sedikit kesusahan yg perlu ibu kita hadapi selama lebih kurang 37 minggu mengandungkan kita. Ruginya rasa kalau tiba2 kita membesar tanpa sedikit pun memikirkan semua tu. Allah sendiri menyeru kita untuk berfikir dan bermuhasabah dengan setiap sunnatullah kan, sebab kalau kita perhati betul2, ada pengajaran yg kita boleh dapat dari sekeliling kita..
Ouh, ni gambar dari balkoni hostel. Sawah padi yg mendamaikan mata yg memandang. Nama pun negeri jelapang padi, padi jela kiri kanan. Saja2 je nak letak ni..
Kan kuukir namamu di awan Gunung Jerai..
Bersaksikan padi daun nyiur melambai..
Katakanlah (Muhammad), “Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang megikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan yakin. Mahasuci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang yang musyrik.”- 12:108
2 comments:
salam..
sihat? bestnya dgr..
everyday is a learning day full of experience.. keep on ur good work
brp lama balik perlis? tgk ym bz je.. kdg2 idle.. take care ok.. seronoknya lah kan pgg baby betol2 baru lahir.. mest panas g kan.. xtau nk ckp pe g.. take care.. salam
ym tu sbb tak bz yg idle. haha. ak on9 je, pastu tak bukak2 dah ym. hehehe. u take care too. mishh u~ wsalam
Post a Comment