Monday, October 11, 2010

belogku sayang

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.

Aku sayang blog ni. My first blog ever. Aku tak nak delete blog ni. Dan aku tak nak jugak blog ni penuh dengan lintasan hati penuh keduniaan. Aku tumpahkan segala apa yang aku rasa pada blog ni, sebab aku sangat tak reti meluahkan perasaan pada manusia. Aku boleh meluahkan, tapi aku tak pernah mampu sampaikan apa yang sebenarnya aku rasa pada manusia lain. Sebaik-baik pendengar hanyalah Allah. Walaupun tanpa sepatah perkataan, Dia mengenali aku luar dan dalam, malah Dia lebih memahami aku berbanding diri aku sendiri. Kerana tempat-Nya lebih dekat dari urat leher aku sendiri.

Kerap benar aku sarankan pada diri sendiri; belajar bersyukur, jangan merungut, semua ada hikmah. Tapi kerap benar jua aku tersungkur. Ada masa, aku mampu mengumpul kudrat untuk bangun sendiri, namun ada masa, aku perlu sepasang tangan untuk menarik aku kembali. Jahiliyyah itu, bukan sesuatu yang mampu aku tinggalkan sekadar dengan keiginan untuk meninggalkan. Aku masih perlu azam, aku masih perlu usaha dan aku masih perlu istiqamah. Kerana itu aku perlukan tangan2 yang sudi menghulur.

Aku tidak hidup untuk memuaskan hati manusia. Hati aku sendiri juga belum tentu aku mampu puaskan. Aku hanya mahu hidup untuk mencari redha Allah. Aku mahu setiap apa yg aku lakukan ada sahamnya di akhirat kelak. Namun, aku sedar penekanan islam terhadap konsep jemaah. Kerana itu aku dambakan ukhwah fi sabilillah. Hubungan erat yang berbekalkan iman dan takwa semata-mata kerana Allah, semata-mata untuk berjuang di jalan Allah. Hubungan erat antara dua hati manusia yang kerap kali mengingatkan antara satu sama lain.

Allah, suburkanlah cinta aku terhadap-Mu, rasul-Mu dan agama-Mu. Jadikan aku seorang hamba yang hanya mendambakan cinta hakiki di sisi-Mu. Jauhkanlah aku, ya Allah dari cinta dunia yang hanya bakal mengaburi perasaan cintaku terhadap-Mu. Dekatkanlah hatiku dengan hati-hati mereka yang bersama-sama menginginkan cinta-Mu. Jika redha-Mu adalah bila aku dalam kefakiran, aku rela kehilangan harta dan pangkat. Jika redha-Mu adalah bila aku dalam kesakitan, aku rela kehilangan nikmat sihat. Jika redha-Mu adalah bila aku dalam kehibaan, aku rela kehilangan nikmat gembira.

Allah, jangan Kau biarkan perasaan seorang anak sepertiku terhadap keluargaku menjadi penghalang antara cintaku terhadap-Mu. Allah, jangan Kau biarkan perasaan seorang manusia sepertiku terhadap wang, harta dan material dunia menjadi penghalang antara cintaku terhadap-Mu. Allah, jangan Kau biarkan perasaan seorang perempuan sepertiku terhadap seorang lelaki ajnabi menjadi penghalang antara cintaku terhadap-Mu.

2 comments:

Shuq Immortal said...

ello...

nice.. http://tomok123.blogspot.com/2010/10/blog-tapi-jangan-jadi-goblok.html

Lemonades Of Life said...

terima kasih sudi singgah^^