Sunday, October 3, 2010

Nak biar takde tajuk je ke??

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Maha Mengasihani.
02 Oktober 2010, 23 Shawal 1431, 1933.

Dah tiba2 laptop ni pasang lagu Ayah pulak dah... Saje je, time aku start nak menulis jugak la dia nak tune lagu2 sentimental penyentuh jiwa. Hari ni aku bermalasan je kat rumah. Penat semalam travel sorang2 ke Warszawa buat aku rasa tak berminat nak keluar Galleria dgn yg lain hari ni. Masuk petang Kak Dina dgn Kak Wani pulak buat surprise lawatan mengejut. Even sekejap je pun, banyak jugak benda dapat sembang tadi.


Entah la. Tengah sedap2 mengadap laptop sambil tengok2 Facebook tadi, aku tiba2 terjadi sentimental. Macam Kak Dina cakap tadi, "Shiela memang suka menangis tanpa sebab." Yang manja tu aku la, yang suka menangis tu aku la, yang suka merengek2 tu aku la, yang paling tak matured tu pun aku la. Dalam rumah 4 orang ni, walau aku yg kedua paling tua, tapi aku la adik agaknya. Dah aku macam tu kan, nak buat macam mana. Aku bahagia je jadi budak manja yang sememeh dan tak penah2 nak matang walau dah usia dua dekad.


Wani sms tadi. Wani bagitahu dia dah habis baca Sinergi. Wani propose nanti nak cari pakwe yg kembar, so bila raya boleh raya sama2. Aku melawak dgn Wani, aku kata nanti aku nak kembar yg lagi hensem. Wani balas, "Demi hang aku sanggup yang kurang hensem. Asalkan bole raya sama2." Walaupun sekadar angan2 Mat Jenin, tapi aku yakin waktu aku dok bermesej dgn Wani tu, ada la dalam 3,4 saat yang aku betul2 mengharapkan angan2 tu jadi kenyataan. Seronoknya kalau dapat beraya dengan Wani macam satu family.


Frankly aku cakap, time Kak Dina dgn Kak Wani dtg tadi, aku macam jadi kekok sekejap. 2 bulan tak jumpa dorang. Aku jadi tak tahu nak cakap apa, aku jadi lupa macam mana aku layan dorang dulu. Padahal dorang bukan orang lain pun, siyes aku dah anggap dorang macam kakak aku sendiri. Dorang yang Allah hantar sebagai pengantara dalam mengubah aku yang dulu jadi aku yang sekarang. Somehow, aku rasa macam dah betray dorang bila aku refleks balik diri aku sekarang. Macam banyak yg kurang berbanding dengan diri aku sebelum summer. Allah...


Aku tau Kirah takkan baca blog aku. Lepas apa yg jadi, aku tak terkejut kalau tiba2 dia remove aku as friend dekat Facebook sekali pun. Tapi sebab aku tahu dia takkan baca yang aku berani tulis kat sini. Aku menyesal dgn apa yg jadi. Tapi Allah takdirkan benda tu terjadi supaya aku sedar tentang sesuatu. We won't miss the water until the well runs dry. Aku bukan selalu contact hg. Ada la kot 2,3 kali setahun. Tapi the fact yg aku tahu hg ada bagi aku some sense of security. Aku jarang contact hg, tapi lepas apa yg jadi ni then only i realized the importance of your existence. Aku rindu hg, walau aku takkan berani nak cakap ni depan2 hg lagi dah lepas ni.


Aku dah pesan kat diri sendiri masa kat Malaysia dulu, the only thing I am allowed to miss in Malaysia adalah bapak aku. Aku tak boleh rindu rumah. Kalau aku rindu rumah, aku mesti rasa nak balik. Dan aku tak boleh balik. Aku hanya boleh rindu Pak. Sampai aku tua pun aku tetap nak jadi anak manja Pak. Walau Pak lepas aku buat semua benda sendiri, walau dari satu sudut aku lebih berdikari dari anak2 sulong, tapi aku tetap anak Pak yang paling bongsu, yang manja tu. Rindu la kat Pak. Hari tu call rumah Pak pesan, "Adik nanti bila2 tepon la lagi." Allah, setahun aku dok oversea, tambah setahun aku dok MSU, tambah 5 tahun aku kat Jenan, tu la first time Pak menzahirkan yg dia nak aku selalu contact dia.


Laptop aku tune lagu sedih lagi. Mau meleleh air mata tengah2 malam ni. Okay, tak la tengah malam, tapi dah malam la. Kawan2 aku yang dah kapel tu, cepat2 la korang kahwin ye. Lepas tu bagi turn aku yang dah bertahun teringin nak kapel tapi tak dapat kapel ni untuk kahwin pulak. Aku rasa bersalah pulak macam nak langkah bendul kan, so korang cepat2 la kahwin. Kapel lama2 pun bukan bawak faedah pun kan. Terkeluar topik kejap. Tapi ni memang post untuk aku merapu pun. Masalah betul font ni, aku tukar pergi jadik trebuchet dia tukar balik jadi font biasa. Malas ah, lantak la jadi tulisan apa pun. Ouh, dan gambar2 autumn yg aku sempat snap kat Warszawa semalam. Ada satu gamba autumn dari balkoni rumah. Pak suruh amik gamba rumah, entah la bilaaaaa..

2 comments:

Nazrin Saad said...

henset rosakkkkkkkkkkkk!!!!!!!!

Lemonades Of Life said...

=,="" beli je ah baruuu