Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.
Hari ni 27 September 2010, 18 Shawal 1431, pukul 5:29am.
Sepanjang kehidupan seorang manusia, kita akan melalui beberapa fasa yang menjadi turning point dalam hidup kita. Dari budak2 masuk sekolah rendah, turning point sebagai seorang pelajar. Dari sekolah rendah masuk sekolah asrama, turning point dalam usaha hidup secara independent. Dari sekolah asrama nak masuk kolej, turning point dalam menentukan hala tuju hidup yang kita mahu. Tu baru cakap pasal turning point dalam study, tak sentuh lagi turning point dari aspek lain kan.
Hari ni, aku anggap sebagai turning point untuk aku. Something is going to happen, cuma aku belum tahu Allah tentukan arah perjalanan aku ni ke utara atau selatan, bahkan mungkin barat ataupun timur. Hari Isnin aku bermula dengan hujan rahmat pada musim luruh. Jadi jakun kejap aku dengan Fadh pegi mengintai hujan dekat balkoni. Bukan senang nak jumpa hujan bila dah start nak sejuk ni! Seingat aku, ni la hujan pertama aku kat Poland masa waktu2 macam ni.
Semoga hari aku hari ini diliputi rahmat Allah sepenuhnya sampai la hari menjejak 28hb, dan semoga berterusan sepanjang aku hidup. InsyaAllah. Pagi2 ni liat sikit otak nak jalan, mata pun dah macam batu belah batu bertangkup. Tunggu masa je nak tertutup. Tapi tidur subuh2 ni orang kata rezeki mahal (walaupun dah berhari-hari jugak la aku sengaja belagak kaya nak rezeki mahal).
Ouh, Mashi! Kalau ko baca ni, happy belated 20th birthday ye! Aku ingat dah nak wish semalam, tapi sebab semalam malas nak menulis so aku postpone kejap. Nak wish dekat Facebook dah aku tergedik deactivate FB kejap. Huhu. Selamat menjangkau usia 20 ye, exactly sebulan sehari lepas aku lahir! Semoga dengan bertambahnya usia, bakal bertambahnya amal dan iman. Semoga dengan bertambahnya usia, bertambahnya pengalaman, lagi2 dah nak fly ke Germany tak lama lagi kan. ^^ Semoga dengan bertambahnya usia, bertambah erat ikatan persahabatan. Semoga dengan bertambahnya usia, makin cepat menjejak era perkahwinan. Hoho. Cheesy dowh aku~
Ha, ni aku letak gambar yang lama ko ngidam suruh aku upload tu kan, tapi aku bab2 upload ni memang siyes malas. Tapi hari ni aku upload la, demi kau.
2 comments:
hahahah .
thanks so much dear !
i miss you too .
nanti ade kelapangan n kewangan yg mencukupi aku g poland okay syg .
lepas tu no more rindu2 .hehehe ;))
hee. same2. insyaAllah kalau ada rezeki kan..^^
Post a Comment