Saturday, September 4, 2010

Lalala.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.
04 Ogos 2010, 25 Ramadhan 1431, 12:29pm...

Dengar lagu raya pun tak ada apa2 perasaan. Agaknya sebab aku kat Malaysia kot. Dulu time nak sambut raya haji dekat Lodz pun tergedik-gedik mintak mp3 audio takbir raya dari Fadh, dengan planning buat nasi lemak semua. Haha. Tempat pun memainkan peranan eh.


Sapa2 yang tengah cuti tak ada keja, ataupun yang tengah cuti tapi ada kerja tapi buat2 macam tak ada kerja macam aku, kalau ada masa terluang lebih2 sikit tu kan sila la visit
[SINI]. Cerita baru dari penulis Hlovate sempena Ramadhan, "Contengan Jalanan [Ramadhan] Fend". Cerita dia santai je, biasa2, tapi sedikit sebanyak dapat jugak reflect balik diri sendiri tengah2 bulan puasa ni. Cerita tentang mereka yang tengah cari erti hidup.

Berapa hari lagi eh nak raya? Aku dah lost count, sebab focus sangat countdown nak balik Poland and countdown nak retake Biophysics. Patut tak aku rasa happy nak balik Poland eh? Poland tu bakal jadi medan perang aku at least untuk 6 tahun. Siapa sangka kan, dekat negara yang majoriti penduduknya menganut agama Kristian, yang baru langkah setapak dah nampak macam2 bentuk gereja...yang seumur hidup selama ni aku tak pernah terfikir pun nak jejakkan kaki, tapi negara tu yg buat aku feel safe and secure.


Ada bunyi macam pengkhianat negara tak? Baru pergi tak sampai setahun dah berani buat statement macam tu! Haha. Allah sendiri cakap dalam Quran kan, bertebaranlah kita di atas muka bumi ni mencari rezeki Allah. Bila kita gerak keluar dari zone selesa kita, baru kita dapat compare and contrast. Tak kira la dah berapa kali aku dengar people saying going to Poland was a mistake, bagi aku there's no such thing as mistake.


You have to experience it yourself to understand. Hanya mendengar dari mulut2 manusia tak sama dengan keadaan bila kita mengalaminya sendiri. I should start packing about now, and list all the things yg nak bawak balik sana. 80% of my bag penuh dengan makanan, segala belacan ikan bilis semua. Citarasa aku masih lagi ketimuran, tak kira la berapa tahun aku di barat. No wonder sampai sekarang pun aku tak lalu nak makan pizza. ^^

4 comments:

A. Y. said...

samela macam ade yg cakap india sucks ke hape, tp for me, setahun tu mengajar byk benda, n i look forward lg 4tahun kt sana, wondering what else the place's gonna teach me of :D

mari kite berusaha lillahi-taala ye shiela! ^^

kz said...

same!walaupun depan rumah aku hidup seekor keldai. As ugly as people might see. mesr is my home =)

binnagah sheila!

SUHAIMI RAMLI said...

Wah...tak sabar nak balik Poland eh..btw, slmt berpacking yeah :)

Lemonades Of Life said...

thanks untuk dania, kucai dan suhaimi. moga kita semua dapat sebanyak-banyaknya ilmu dan pengalaman, tak kira la kat malaysia ke, even india, poland, mesir and US sekalipun. hee~

di mana bumi dipijak, di situ islam dijunjung, aite? insyaAllah tak tersesat walau duduk hujung dunia sekalipun.^^