Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.
06 September 2010, 27 Ramadhan 1431, 10:38pm.
I am definitely ashamed of myself for talking and thinking about duniawi while I am supposed to fill the remaining days of Ramadhan with amalan and ibadah. Astaghfirullahalazim. Tahun depan tak tentu lagi boleh jumpa balik ke tak Ramadhan ni. Jangan la nak berlagak macam umur kau panjang sebab genetik dalam family memang semua umur panjang.
Hidup ni, jauh sekali dari kehidupan yang dipotretkan dalam novel2 atau drama2 atau movie2. Kalau novel, drama, atau movie tu, memang sebelum siap lagi pun dah ditetapkan siapa hero dan siapa heroin, apa konflik dan bagaimana penyelesaiannya. Tapi dalam hidup, yang kita tahu kita adalah watak utama. Aku heroin, tapi aku tak tahu bila masa hero nak muncul, entahkan knight in shining armour entahkan mamat karok kat tepi jalan. Konflik dalam hidup pulak bukan setakat satu terus jumpa jalan penyelesaian, bukan jugak masalah bertimpa-timpa macam dalam drama Melayu sampai nak tengok pun dah tak sanggup sebab kesian dengan hero yg bukan je dah jatuh ditimpa tangga, malah tergolek lagi atas tanah lagi digelek lori dan dimakan burung. *sigh*
Hidup ni, walaupun dikatakan cuma satu perhentian, tapi merupakan satu perhentian yg penting. Perhentian yang bakal menentukan mana pulak destinasi kita selepas di situ. Dan dalam perhentian hidup ni, macam2 la boleh jadi. Sebab macam2 boleh jadi la Allah bagi kita Quran dan sunnah untuk kita pegang kan. Hidup ni melibatkan perhubungan, bonding, relationship dan apa2 jela yang sama waktu dengannya.
Hidup bukan sorang2. Orang kata, kita datang ke dunia dari perut mak sorang2, nanti nak mati pun dalam kubur sorang2. Tapi bila tengah hidup, kita bukan sorang2. Dalam islam sendiri pun dah ditegaskan tentang kekuatan dan kebaikan berjemaah. Sebab hidup bukan nak ambik kisah hubungan kita dengan Allah je, hidup jugak perlu kita titik berat pada hubungan dengan manusia.
Hidup kena ada ukhwah. Kena ada kesepakatan. Kena ada rasa sayang pada saudara seagama. Hidup dalam jemaah kena pandai bawak diri. Kena pandai jaga hati. Kena ada tolak ansur. Kena amalkan konsep give and take. Kena terima buruk baik, dan pada masa yang sama berusaha untuk memperbaiki dan improve diri dan orang lain.
Dan kalau tiba2 ada orang terasa dengan kita, macam mana orang yg hidup dalam ikatan ukhwah sebegini akan react? Perlukah dibiarkan, takut kalau nanti nak membalas sekadar menambah minyak ke dalam api? Perlukah dipertahankan bermatian-matian bahawa kita bukan berada di kedudukan pesalah, walaupun hubungan itu mungkin bakal retak yang menanti belah? Tak pun, perlukah beralah, sekalipun tindakan itu hanya menambah garam pada luka yang sedia berdarah? (okey, adakah peribahasa yg last sekali ni? huhu)
Okay, puas sudah bermadah, merapu dan mengarut. Masalah tak selesai jugak walau blogging 8jam sekalipun, tapi dapat la clear sikit mind yg tadi dah diselaputi kabus tebal. Hoho. Maaf, tambah lagi satu entry tak bermanfaat.
0 comments:
Post a Comment