Hari itu hari Isnin. Isnin yang tenang dan damai. Tapi hatinya tak setenang hari yang baru sahaja bermula itu. Dia gelisah. Dia sedih. Sekejap2 dia berlari masuk ke bilik. Sekejap2 dia duduk pula di ruang tamu. Beg bagasi 24" ternganga luas di depan mata. Selesai solat subuh, ayahnya merapati.
"Abg Zami nak datang pukul 8. Cepat2 la simpan barang tu."
Peringatan ayahnya mengusutkan lagi kepala yg sedia kusut. Apa sahaja yg dilakukannya hari ini dikerjakan hanya sekadar separuh hati. Dia berat hati sebenarnya, mahu meninggalkan keluarga, mahu meninggalkan rumah yang selama ini menjadi saksi pada 20 tahun hidupnya. Rumah yg merupakan satu-satunya tempat yg masih kekal kukuh akan memori arwah ibunya. Dia meluaskan pandangan ke segenap isi rumah. Sayu.
Bandar Kangar sesak. Hari raya ketiga. Mereka yg pulang beraya sudah mula kembali ke bandar semula. Stesen bas Kangar juga penuh dengan bermacam-macam jenis manusia. Lumrah. Yang menghantar selalunya 3x ganda jumlah yang dihantar. Dia hanya bersama ayahnya. Bas Transnasional WNX 2606 dipandang sepi. Terasa berat kaki ingin melangkah masuk ke perut bas yg bakal menghala ke Shah Alam itu.
"Pak jaga diri elok2 tau."
Ayahnya hanya tersenyum kecil sambil mengangguk. Ditahan dengan segala kudrat agar mutiara jernih dari kedua belah mata tidak tumpah di hadapan ayahnya itu.
9:56 pagi. Dia bergerak ke seat 6A. Ayahnya melambai dari luar bas. Dan saat itu, air mata yg sedaya upaya ditahan tumpah jua sedikit. Ayahnya ketawa kecil dari luar, masih kekal melambai dalam kalangan manusia lain yg turut sama menghantar ahli keluarga masing2. Kangar masih sesak.
Saat bas Transnasional itu belok memasuki jalan raya yg penuh dengan pelbagai jenis kenderaan yg bersesak-sesak, dia terpandang akan kereta MyVi hitam di barisan paling hadapan. Si pemandu kelihatan melambai ke arahnya. Ah, dia! Dia yg terperangkap dalam kesesakan lalu lintas bandar Kangar yg luar biasa hari itu ketika dalam perjalanan ke stesen bas untuk menemuinya.
Dia membalas lambaian si pemandu. Tanpa sedar, dia sudah teresak-esak menangis. Mp3 di telinga cepat2 dipasang ke volume paling kuat agar tangisannya tidak sampai ke telinga sendiri. Terkilan. Si pemandu hanya mampu dilihat dari jauh. Terkilan. Wajahnya yg basah dengan air mata adalah wajah terakhir yg dilihat oleh si pemandu. Tangisannya masih lebat saat kereta MyVi semakin mengecil dari pandangan.
Perlahan-lahan zip backpacknya ditarik, dikeluarkan buku tebal hijau sebesar tapak tangan itu. Tidak dipedulikan langsung akan tanggapan perempuan yang berkongsi seat kembar di sebelahnya. Apa yang difikirkannya saat itu hanya untuk menenangkan hati yang semakin sayu.
Dan saat itulah matanya tertancap pada ayat pertama pada muka surat yg mula2 dibukanya secara rawak itu.
"Kami berfirman,"Turunlah kamu semua dari syurga! Kemudian jika benar2 datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barang siapa mengikuti petunjuk-Ku, tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati."" -2:38
Dan tangisan yg semakin reda bermula semula. Tangisan yg bukan lagi kerana sayu terpaksa berjauh dengan keluarga. Tangisan yang bukan lagi kerana terpaksa meninggalkan bumi Malaysia. Tangisan yang bukan lagi kerana terkilan dihantar sahabat hanya dengan pandangan mata. Tapi tangisan kali ini...terzahir dengan 1001 makna yang berbeza.
0 comments:
Post a Comment