Hari ni 10hb September 2010, 01 Syawal 1431, pukul 09:06am kat Malaysia.
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat islam yang tersinggah kat sini!! Orang beraya pergi ziarah rumah orang, aku beraya depan laptop. Good for you. Okey2, kejap lagi kena keluar la ni. Nak pergi kubur Mak, nak pergi rumah Tok, Wa semua insyaAllah. Dan nak kena balik study biophysics T__T
Selalu kalau raya ni orang sambut dengan segala benda baru. Baju raya baru, kasut raya baru, langsir baru, and the list goes on and on. Tapi bagi aku raya tahun ni ada satu je yang baru. Bulan baru, Syawal. Yang lain semua lama. Tapi Aidilfitri bukan tentang memperagakan segala benda baru yang cantik2. Aidilfitri never means that. Tu kalau nak translate Aidilfitri dari maksud yang sebenar-benarnya la kan, bukan berdasarkan definisi rakyat Malaysia yang semakin hari semakin menjadikan Aidilfitri sebagai hari yang disambut kerana adat.
Aku tak nak la raya2 ni menulis pasal benda2 yang mengkritik ke, berbaur negatif ke apa. Aku mana reti nak kritik2 ni kan. Aku tak pernah salahkan mana2 pihak, apa yang aku tulis adalah pendapat aku semata-mata. Aidilfitri tu hari untuk kita bersyukur. Sebab kita berjaya berperang dengan nafsu for a whole month, lalu dijadikan 1 Syawal sebagai hari untuk kita bersyukur sebab Allah panjangkan umur, dan Allah permudahkan kita menelusuri hari2 dalam Ramadhan dengan penuh sabar dan hikmah.
Aidilfitri jugak bagi aku adalah hari untuk kita muhasabah. Ramadhan tu Allah limpahkan berkat, kepada siapa2 yang mengejar pahala. Tapi mungkin ada sesaat sepanjang Ramadhan tu yang kita tergelincir sekejap daripada niat mahu mencari keredhaan Allah. Mungkin ada sesaat kita terlampau fikir nak buka puasa makan segala jenis kuih dengan lauk kat bazar Ramadhan tuh. Lalu Allah jadikan Syawal supaya kita boleh pandang balik bagaimana amal dan ibadat kita sepanjang Ramadhan. Supaya apa yang baik kita boleh kekalkan hingga sampai Ramadhan tahun depan (dengan izin Allah), manakala yang tak berapa nak baik kita cuba tinggalkan dan diganti dengan yang lebih baik.
“Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi saw telah bersabda : “Apabila datangnya Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai/dibelenggu para syaitan”.
Aidilfitri juga sepatutnya hari untuk kita menginsafi diri sendiri. Macam ayat dalam surah ar-Rahman yang Allah ulang banyak2 kali tu, Ramadhan ni adalah salah satu nikmat yang Allah bagi pada kita. Kita nak ke, kita tak nak ke panjang umur kita jumpa jugak dengan Ramadhan ni tiap2 tahun. Ramadhan ni bulan yang kita boleh nampak dengan jelas kasih sayang Allah. Allah beri kita tarawih, yang langsung tak ada pada bulan2 lain. Allah bagi lagi Lailatul Qadr, yang lebih baik dari 1000 bulan, Allah buka pintu syurga, Allah belenggu syaitan, dan Allah mustajabkan doa orang2 yang berpuasa; to name a few la kan.
Berlalunya Ramadhan adalah sesuatu yang patut kita tangisi. Entahkan berjumpa ke tidak kita dengan Ramadhan yang seterusnya. Berlalunya Ramadhan adalah sesuatu yang patut kita renungi. Apa yang kita lakukan sepanjang sebulan itu yang bakal menjadi saham pada akhirat nanti? Untuk mereka yang benar2 mencari redha Allah sepanjang sebulan itu, sesungguhnya Ramadhan ada barakahnya yang tersendiri. Ramadhan mampu mematangkan kita, Ramadhan mampu membesarkan kita, Ramadhan mampu meluaskan pandangan kita, Ramadhan mampu melahirkan kita yang serba baru, Ramadhan mampu mengecas sekaligus menaikkan tahap amal dan iman kita.
Dan berdoalah agar segala amal ibadat yang kita lakukan dalam mengejar pahala sepanjang Ramadhan tu mampu kita maintain sampai kita berjumpa Ramadhan yang seterusnya insyaAllah. Macam apa yang aku dapat bila baca LangitIlahi; penurunan iman tu adalah satu dosa. Kita tak ada ukuran yang tepat nak tentukan hari ni iman kita level mana, kita hanya mampu agak2 je berdasarkan amal kita, oleh itu sekurang-kurangnya kita berusaha untuk beramal agar iman kita tak jatuh. At least kalau iman terjatuh jugak, ada la alasan nak jawab kat akhirat nanti, "aku dah try dah tak nak bagi dia jatuh."
Dan macam aku dapat di LangitIlahi jugak, Allah itu membolak-balikkan hati manusia. Tak semestinya hari ini kita macam ni, esok lusa kita masih maintain macam ni. Semua boleh jadi in a blink of an eye. Oleh itu, berdoalah agar pembolakan hati kita bakal mendekatkan lagi diri kita kepada matlamat mencari redha Allah dan kepada destinasi syurga. InsyaAllah.
Peringatan juga kepada aku yang tengah fikir nak pakai baju raya tahun bila bagi jadi baju raya tahun ni. Walaupun nampak gaya kena pakai baju kurung dengan sport shoes, harung jela. Ouh, maaf la, terwarna-warni pulak entry kali ni, ganti lampu lip lap lip lap yang tak pernah pun dipasang kat rumah ni. Okey lah, at least blog aku ada mood raya sikit bila ada lip lap lip lap ni kan.
Salam aidilfitri semua!! Aku nak mintak maaf, kalau ada penulisan aku dalam blog ni atau dalam blog2 aku yang lain sama ada yang masih wujud atau tak yang mungkin ada mengguris perasaan pihak2 tertentu, sama ada yg aku sengaja ataupun tanpa sedar. Maaf juga atas segala tindak-tanduk mahupun kata2 aku yang mungkin melukakan mana2 pihak, sama ada secara maya ataupun dalam dunia sebenar pada bila2 masa sekalipun. Halalkan segala-galanya boleh? Kalau tak boleh halalkan atau nak aku mintak maaf depan2 ke, bagitau. Okeh, mahu pergi siap2. Nak jumpa Mak! ^^
P/s=rujukan:anzsensei, langtilahi
0 comments:
Post a Comment