Wednesday, October 27, 2010

Quick update T__T

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.
Hari ni 27 Oktober 2010, 19 Zulkaedah 1431, pukul 8:55am.

Petang ni ada kuiz Biochem. Aaaa, tak habis baca. Macam mana ni??
Tapi, rasa bersalah pulak sebab lama kot tak update blog ni. So nak tulis panjang2 pun macam taktau nak tulis apa. T__T Nak share article ni je ah, yg aku dapat masa bukak Facebook Fathin...

SILA KLIK SINI

Aku nangis kot baca. Rasa macam...erm, berat? Tak, aku tak patut rasa berat. Bila berhadapan dengan tanggung jawab yg diamanahkan Allah, aku tak patut rasa berat. Amanah Allah tu tak berat. Sebab apa? Sebab bagi aku Allah bukan demand. Dalam surah al-Zalzalah pun Allah kata, kebaikan sebesar zarah pun Allah akan balas. Sebab Allah bukan tengok pada hasil, Allah tengok pada usaha. So, amanah Allah bagi tu tak berat pun sebenarnya, amanah Allah bagi tu Allah akan nilai berdasarkan tahap kemampuan kita. Cumaa...tahap kesanggupan kita tu je ah yang kita kena nilai sendiri.

Jadi, apa aku rasa bila baca article tu? Mungkin...aku rasa, apa je yang aku dah buat selama 20 tahun hidup ni? Jangankan nak tanya kebaikan apa yang aku dah buat pada orang lain...aku tertanya-tanya, apa yang aku dah bagi pada diri aku sendiri selama 20 tahun ni? Aku bersikap adil ke terhadap roh dan jasad yg Allah pinjamkan untuk aku ni??

0 comments: