Sunday, October 10, 2010

Demanding! Ouh, thats soooo meee~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.
09 Oktober 2010, 01 Zulkaedah 1431 (Shawal dah abes T__T), 07:46pm

Wani texted me saying that she felt something has been happening to me, and I didnt tell her about it. Haishh. Wani memang suka pikir bukan2 dowh. Aku rasa tak ada la benda jadi pun yang sangat2 special these few days. Except isu karta pobytu yg tanak setel. Ouh, and except physiology class semalam. Tapi tak la as interesting yang nak buat aku kecoh satu dunia.

Minggu ni start usrah. Alhamdulillah, sangat looking forward to it. Practically dua bulan lebih jugak la tinggal usrah ni. Iman pun dah macam ECG orang heart attack (bajet aku tahu je macam mana rupa ECG org heart attack kan). Seriously, there are still a lot of things yg aku rasa aku perlu perbaiki pada diri sendiri. Dan walau aku tahu aku tak sebagus mana, aku masih pasang angan2 untuk bawak kawan2 dan keluarga aku sama2 ke arah yg lebih baik di sisi Allah.

Okay, wanna talk BFF? Acronym utk bestfriend forever. I wanna talk BFF right now. Maksud BFF ni, kawan sampai mati ke? Kalau macam tu, lepas mati apa jadi? Dah tak kawan la ye? Kau dekat kubur kau, aku dekat kubur aku. KIta kan kawan sampai mati, lepas mati kau kisah la pasal diri sendiri je. Tu ke maksud BFF sebenarnya? Best friend forever. Exactly how long is forever??

Aku bagi two choices: Pilihan A, korang ada sorang kawan ni. Baru je korang kenal dia. Tapi dia banyak tolong korang dari segi tarbiyah. Bila korang ada masalah, dia ingatkan balik dekat korang pasal kasih sayang Allah, kenapa Allah menguji korang. Bila korang jatuh cinta dekat seorang lelaki ajnabi, dia ingatkan korang tentang zina hati, tentang cinta yang lebih agung dari tu. Tapi baru setahun dua kenal korang lost contact dekat dia. Pilihan B, korang ada jugak sorang kawan ni. Memang kawan yg paling korang rapat dari zaman dalam lampin, masuk tadika, sekolah rendah, menengah sampai la ke u sampai la bila dah kahwin sampai la bila dah beranak cucu. Dulu bila korang ada crush dengan seorang lelaki ajnabi, dia sentiasa di sisi bagi korang semangat utk confess. Bila korang down, ada masalah, dia bawak korang keluar jalan2. Dia belanja korang makan, tgk movie, main bowling. Memang korang kekal la bersahabat dgn dia ni, langsung tak sempat nak lost contact la kan.

Korang rasa, yg mana satu yg masuk dalam istilah BFF? Mana ye yg korang nak pilih? Forever sampai ke syurga ke, forever sampai mati? Aku tak kata pilihan B tu tak elok, terpulang pada pendapat masing2 la kan. Tapi kalau aku, biarlah atas dunia ni bertegur sapa 2,3 kali je, ulang jumpa sekali dua je, asal dalam syurga setiap saat jumpa.

Aku mengaku kalau dalam bersahabat, aku sedikit demand. Aku mengaku aku jenis yang demand untuk ada kawan yang ada kualiti. Tapi bukan la bermaksud aku nak kawan dgn org pandai je, ke org cantik je, ke org kaya je, ke org yg sama minat dgn aku je, ke org yg selalu contact aku je, ke org yang selalu blnja aku je. Dengan nama Allah, aku langsung tak pernah demand untuk kawan dengan org yg ada personaliti yg mcm tu. Satu je yg aku demand. Aku nak kawan yg boleh membawa aku ke arah kebaikan, yang boleh mendekatkan aku kepada Allah. Dan ini pun bukan la bermaksud aku tak nak kawan langsung dgn org Cina, ke orang India ke, ke orang Polish ke. Aku kawan semua. Serious. Tapi terhadap kawan2 yang rapat dgn aku, tambah2 lagi kawan2 lama aku, yg konon kenal aku luar dalam, yg konon teman aku masa senang susah dulu, yang konon sayang aku, yg konon BFF aku; aku memang akan demand terhadap korang. Apa segala benda yg aku dapat, aku akan share dgn korang. Peduli apa aku korang suka ke tak dengar aku membebel pasal ISK dulu. Sebab bila dengan kawan yg macam tu, aku rasa tanggungjawab aku naik satu level. Aku nak bawak korang sama2 aku ke syurga, dan kalau aku yang tersesat aku nak korang tarik balik aku, pimpin aku masuk syurga sekali dgn korang.

Dan walaupun macam tu, aku masih seorang manusia yang mungkin ada lagi banyak kekurangan dari kelebihan. Aku sayang korang, tapi aku tak mudah nak bagitahu. Aku rindu korang, tapi aku tak selalu contact. Yang contact aku, dapat la update pasal hidup aku. Yang tak contact aku, memang la aku susah saja2 nak pegi carik korang bagitahu pasal hidup aku. Tapi, dengan nama Allah aku langsung tak pernah lupa korang! Aku positif, yang aku bukan manusia yang lupa kawan. Tapi mungkin cara aku yang senyap2 buat orang anggap aku macam tu. Orang panggil aku sombong, orang panggil aku lupa kawan. Orang tak faham sebab orang bukan aku. Hidup yang aku lalui sepanjang 20 tahun ni membentuk aku jadi seorang yang lebih suka simpan apa aku rasa dari bagitahu orang. Kalau tak, tak ada la Zatil sampai buat status kat fb, quote balik kata2 aku yang aku sayang dia. Bukan senang aku nak cakap aku sayang org walhal hakikatnya kasih sayang aku dekat org tu hanya Allah je tahu macam mana. Sedangkan nak dengar mulut sendiri cakap sayang dekat bapak aku pun aku rasa macam payah kot.

Ouh tidak, entry kali ini penuh emo. Aku start menaip dari pukul 9.30 pagi kot, dah dekat 12 jam kemudian dah, tak siap2 lagik. Aku mahu bersahabat untuk mencari redha Allah. Aku mahu bersahabat untuk menimba pahala dari Allah. Darjat paling tinggi dalam ukhwah adalah bila kita sanggup mengorbankan diri sendiri untuk kebaikan saudara kita. Tapi, sebelum nak capai darjat yang paling tinggi tu, make sure yang bawah2 tu pun dah pass. First thing first adalah kita mampu untuk bersangka baik terhadap saudara kita, sebab itu pun adalah selemah-lemah ukhwah. Aku tak berani nak categorize diri aku dalam golongan yang sanggup berkorban demi sahabat bila there were times yg aku masih belum mampu untuk bersangka baik dengan sahabat aku.

Maafkan aku terhadap kekasaran yag disengajakan mahupun yang tidak disengajakan. Maafkan aku atas penggunaan kata2 yang mungkin tak berapa nak sesuai dgn situasi. Maafkan aku sebab membiarkan perasaan emo menguasai penulisan aku. Maafkan aku atas entry ni. Hari ni first day of Zulkaedah, lagi dua bulan je dah nak abes tahun. Aku nak la habiskan sisa2 dua bulan ni dgn happy2, lepak2. Entah aku ada lagi ke tak tahun depan kan.

2 comments:

Adek Nada said...

Nice post...
Sgt menyentuh jiwa aku...

Lemonades Of Life said...

ouh Nada. tersentuh ke? hee. terima kasih ye~