Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.
04 November 2010, 27 Dzulkaedah 1431, 4:52pm.
Miracle? Dah macam tajuk lagu Super Junior. Ops. Yeah, I did listen to some of Super Junior's songs. Haha. Okay, bukan miracle itu yang nak diutarakan pada hari ini, setelah berhari-hari tak update blog. Dan rasanya akan berterusan macam ni la, walaupun dulu tak selalu jugak update blog tapi sekarang ni macam akan semakin jarang. Maaf ye, kalau2 ada yg baca blog ni, maaf ye. ^^
Ada tak orang yg percaya pada miracle? Aku percaya. I believe that miracle does happen, tapi kita tak pernah tahu bila, dan pada siapa. Kadang2 kita mengharap miracle tu terjadi pada kita, dan kebanyakan masanya kita hampa dan kecewa. Kita punya la mintak doa bagi tak ada kelas hari ni, sekali siap ada extra class lagik. Tu contoh la kan. Kita percaya adanya miracle, tapi most of the times, kita sentiasa berfikiran realistik, tak terlalu anticipate akan datangnya miracle.
Lagi satu, miracle yang jenis selalu sangat terjadi sampai kita tak anggap tu sebagai miracle lagi dah. Contohnya, macam kelahiran. Miracle tu kot. Kelahiran manusia baru dari badan seorang manusia. Tak ke macam ajaib? Kan? Kan? Tapi sebab hari2 ada orang give birth, so sekarang ni kelahiran dah macam dianggap perkara biasa. Lagi, ibu dan ayah. Sangat la satu benda yg sangat ajaib. Ajaib sampai ayat aku pun dah macam keling2 sikit. Semua manusia dalam dunia ni ada satu je ibu dan ayah yang betul. Hilang sorang ni, tak ada la yang baru. Dan sebab semua orang dapat, ibu ayah ni pun tak dianggap ajaib lagi dah.. Tapi bila dah hilang, macam aku, baru la korang rasa. Baru la korang tahu macam mana rasa bila orang2 kat sekeliling korang sikit2 "Mak aku pesan macam ni, Mak aku kata macam ni, Mak aku cakap macam ni etc". Mak aku pesan apa? Macam la aku ingat. Muka Mak aku pun dah samar2 dah.
Lagi satu miracle yang buat aku jadi remang bulu roma sikit macam yang terjadi kat Ruben Abu Bakr masa beliau mula2 nak peluk islam tu. Famous kot cerita ni, korang konfem tahu. Tapi kot la ada yg buta kelam macam blur je sapa Ruben Abu Bakr tu, rajin2 la KLIK SINI. Agak2 ada dua reaksi la lepas tengok video ni kan. Satu, subhanallah, chanteknya aturan Allah. Dua, alah, entah2 kebetulan je kot. Suka saya mengingatkan ye, tak ada menda yg terjadi dalam dunia ni semata-mata kerana kebetulan. Ha, tapi walau apa pun reaksi orang, aku yang mula2 dengar dan mula2 tengok video ni rasa macam...bestnya kalau jadi kat aku. Bestnya kalau Allah cakap direct kat aku macam tu. Sekali bukak Quran, fuh...Allah pesan ni rupanya hari ni. Aku rasa macam payah je nak jadi dekat aku.
TAPI....macam aku cakap kat atas tadi, miracle does happen. Kan? Walaupun tak pernah la terjadi kat aku secara obvious, kot tiba2 aku bangun tidur tinggi aku bertambah 15cm ke..tapi kalau la kita observe betul2 setiap benda yg berlaku sekeliling kita, kita akan tahu yang miracle mmg terjadi. Okay, tak nak guna perkataan ajaib. Aku rephrase balik. Kalau la kita observe betul2 setiap benda yg berlaku sekeliling kita, kalau kita fikir betul2, kita akan tahu..ada organizer yg buat benda tu berlaku macam ni, bukan macam tu. Kita akan tahu yang Allah tu ada, wujud, dan sedang memerhatikan kita. Kita akan sedar yg Allah tu sedang mengaturkan sesuatu untuk kita.
Macam aku, tertadabur surah ni, dan terbaca terjemahan ayat ni.
"Demikianlah, Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan tempat kembali mereka, lalu Dia akan memberitahukan kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan."
Sekurang-kurangnya aku tahu dalam 5 kali aku berjumpa Dia tiap-tiap hari tu, hari ni Dia bercakap dengan aku. Aku tahu Dia ada setiap masa, tapi aku kan manusia. Kadang2 aku tersasar gak. Kot time tengah layan lagu Miracle Super Junior tu, aku lupa sat kat Miracle Allah kan. Allah tu..sweet tu mmg la, dan lagi Allah tu sangat baik. Faham tak apa aku nak cakap ni? Lantak la kalau kita tak bersyukur ke, kita tak ingat Dia ke..tapi bila kita perlukan Dia, bila kita mohon ampun dari Dia..Dia sedia mengampunkan kita.
Subhanallah. Aku malu dengan Dia. Serius.
0 comments:
Post a Comment