Friday, November 5, 2010

Bapak Saya Nama......

Saya rindu bapak saya dekat Perlis.

Semua anak rasanya akan cakap bapak dorang la yang paling best. Aku pun!! Bapak aku la yg paling best dalam dunia, walau beliau keja motong getah ja. Walau beliau dah umur 65 tahun ni. Walau kawan2 aku yg beliau kenai Mizah dgn Wani ja. Walau beliau tak reti apa2 pasai teknologi ni. Jangankan nak tau pasal Facebook segala, nak guna henpon pun beliau tak reti. Nak suruh topup pun beliau tak reti macam mana nak sebut perkataan topup tu.

Agaknya bapak aku la yang paling kuno antara bapak2 rakan2 sebaya aku. Tapi bagi aku, bapak aku tetap paling masyuk! Boleh layan je aku dok cerita angan2 nak kahwin. Boleh lepen je aku dok cerita nak keluar dating dgn boyfriend. Boleh santai je aku cerita nak pi meronggeng travel mana hala sorang2. Boleh lepak je buat lawak bodo dengan aku sampai aku rasa aku tengah cakap dengan budak belum mumaiz. Ouh bapak~

Pak, Adik rindu ni ha. Biasa la, hari ni ada test Physiology. Kalau bagitau Pak pun bukan Pak tau natang apa Physiology tu. So Adik bagitau ja Adik ada periksa hari ni. Pak tolong doa ye. Al maklum la, walau dah berjuta-juta kali Pak pesan suruh Adik baca buku, masa Adik still banyak habis main komputer depan mata ni ha. Adik rindu gila kat Pak. Adik berani cakap kat blog ja, nak cakap depan2 tak berani, nanti Pak kata Adik buang tebiat, tak pun Pak kata Adik mesti ada buat salah apa2 sampai tiba2 cakap benda luaq alam ni.

Pak, Pak la bapak terbaik yang Allah bagi untuk Adik. Okay, mode jiwang sudah perlu ditamatkan. Rindu tak rindu Physio tetap pukul 8 satg.

5 comments:

amirahsamat said...

saya pun ada bapak yg hebat !hehe

sHieLa said...

bapak kita semua hebat2 belaka. heee

Syamil said...

bapak hang kenal aku gak kowt! :(

sHieLa said...

ehh! lupa nak letak nama hg skali! okay2!! bapak aku kenal mizah, wani dgn syamil. hehe

waniawin said...

syamil nak jugak nma dia ada dlm blog hng. hahaha