Tuesday, May 3, 2011

Cinta Tuan Terhadap Hamba

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani, juga Tuhan yang Maha Pengampun. Tuhan yang Maha Keras seksaan-Nya, namun Tuhan yang sangat mencintai hamba-hamba-Nya.

Hari ni 3 Mei 2011, 29 Jamadilawwal 1432.

Selamat hari ulang tahun yang ke-21 buat sahabat yg sangat aku cinta, Fathi Nadirah Jamlus. Sahabat yang jauh dari mata, namun tetap dekat pada hati. Semoga Allah mencintaimu, semoga urusan hidupmu dipermudahkan, semoga ditempatkan bersama mereka yg beriman di sisi Allah kelak.




Pasang ni, pastu baru sambung baca. ^^


Sifat seorang manusia. Mereka lupa. Mereka lalai. Mereka alpa. Mereka futur. Dan mereka berbuat dosa.


Dan aku seorang manusia. Aku juga lupa, lalai, alpa, futur dan aku berbuat dosa. Astaghfirullahalazhim. Rasa terkena dengan diri sendiri saat Hadith 27 menjengah ingatan secara tiba-tiba.


"Daripada Nawas bin Saman r.a. Nabi s.a.w. bersabda, 'Kebajikan itu adalah budi pekerti yang baik, dan dosa itu adalah sesuatu yang menggelisahkan perasaanmu dan yang kamu tidak suka bila dilihat orang lain.'"- HR Muslim.


That was how I exactly felt. Takutnya kalau orang lain tahu. Kadang2 orang cakap pasal benda lain, tapi tiba2 hati yg dah sedia gelisah tu akan terasa dan akan buat assumptions sendiri. Rasa nak menangis, tapi tak ada air mata yg nak keluar. Rasa tak tahu kat mana nak sembunyi, lari ke mana pun malaikat yg dua di kiri dan kanan akan tetap mengikut. Sembunyi celah mana pun, Allah itu tetap sifatnya Maha Melihat. Rasa malu dengan Allah. Rasa malu nak bertaubat, entah Allah terima atau tidak. Rasa malu nak meminta pada Allah untuk mengampunkan dosa. Rasa malu dgn diri sendiri yg sanggup melakukan dosa, entah kat mana akal fikiran yg waras aku letak masa melakukan dosa tu.


Tapi, cinta Allah tu maha hebat, mana boleh nak disamatarafkan dengan cinta manusia yang penuh emosi.


"Daripada Anas bin Malik r.a. berkata, aku emndengar Rasulullah s.a.w. bersabda, 'Allah s.w.t. berfirman, "Wahai anak Adam, sepanjang kamu memohon kepada-Ku dan berharap kepada-Ku akan Aku ampuni apa yang telah kamu lakukan, Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, jika dosa-dosamu setinggi awan di langit kemudian kamu memohon keampunan kepada-Ku akan Aku ampuni. Wahai anak Adam, sesungguhnya jika kamu datang kepada-Ku membawa kesalahan sebesar dunia kemudian kamu datang kepada-Ku tanpa menyekutukan Aku dengan sesuatu pun, pasti Aku akan datang kepadamu dengan keampunan sebesar itu pula.""- HR Tirmidzi


Kita susah untuk memaafkan kesalahan seorang manusia. Kalaupun kita memaafkan, kadang kala kita susah untuk melupakan perbuatan tu. Walau hati sudah memaafkan dan meredhai, tetap juga ambil masa untuk melupakan. Tapi, Allah?


Aku tahu satu fitrah untuk manusia untuk rasa dicintai dan mencintai. Tapi, janganlah mencari cinta manusia semata-mata kerana merasakan hidup kita sepi dari rasa cinta. Cinta Allah itulah yang paling hebat. Cinta seorang Tuan terhadap hamba-hanba-Nya yang tak mungkin dapat dinilai dengan apa sekalipun.


Perlukah lagi kita cinta seorang manusia kalau Allah tidak mencintai kita? Mahukah lagi kita cinta seorang manusia kalau Allah sudah memalingkan wajah dari kita?


Aku mahu kejar cinta itu. At one point, aku tersungkur, tapi aku akan terus bangkit. Selagi aku masih bernafas, aku mahu kejar cinta Allah. Aku mahu kejar cinta suci itu sehingga satu saat aku mampu berhadapan dengan-Nya dengan rasa bangga sambil berkata, "Akulah hamba-Mu yang kerap mengejar cinta-Mu."


Aku manusia biasa yang tidak akan lepas dari berbuat dosa. Namun aku juga manusia luar biasa yang punya Allah sebagai kekuatan. Aku manusia luar biasa yang sekadar bergantung terhadap kuasa dan ketentuan Dia. Aku manusia luar biasa yang menjunjung tinggi agama-Nya di tengah2 lautan manusia yang kebanyakannya hanyut dalam syurga dunia.


Aku ada mereka, yang sentiasa memimpin aku. Dan aku ada Dia, yang sentiasa menunjukkan aku jalan untuk mendekati-Nya. Dan aku juga ada kalian, yang akan bersama aku berjuang di jalan ini...


"Katakanlah, "Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah yang Maha Pengampun, Maha Penyayang."-39:53

0 comments: