Tuesday, May 31, 2011

"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan. Dan kamu akan dikembalikan hanya kepada kami."-21"35

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.

Sesungguhnya Kau sahaja yang Maha Mengetahui betapa celarunya aku saat ini. Untuk meniggalkan Jahiliyyah bukanlah sesuatu yang mampu aku lakukan dengan rasa bangga, kerana Jahiliyyah itu sendiri bukanlah sesuatu yang aku bangga-banggakan.

Namun, aku yakin dengan kedudukan-Mu di sisiku. Niatku kini, aku ikhlaskan kerana-Mu ya Allah. Kau yang mendatangkan rasa gelisah ini, dan hanya Kau yang berkuasa untuk menariknya kembali.

Aku mahu menjadi sekuat hamba-Mu Umar al-Khattab; yang mampu meninggalkan jahiliyyah dan menjadi seorang manusia hebat dalam perjuangan menegakkan agama-Mu.

Ya Allah, tiada dugaan ini menimpaku saat ini melainkan kerana Engkau Maha Mengetahui bahawa aku mampu mengatasinya. Keyakinanku bersama setiap aturan-Mu yang maha sempurna. Kecintaanku bersama kasih sayang-Mu yang tiada tara. Ketenanganku bersama keberadaan-Mu di sisi setiap hamba di atas dunia. Kegembiraanku bersama keredhaan-Mu atas setiap tindakan aku sebagai seorang hamba.

Sesungghnya, hanya dengan mengingati Engkau jiwa ini mampu merasa ketenangan yang hakiki.

3 comments:

fadhlina said...

ehem. macam pernah tengok je karangan ni... ;P

Lemonades Of Life said...

jangan la kantoikan aku =.=

Cid said...

yea...