Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.
Hari ni, 8hb Jun 2011.
Rasa macam dah lama aku tak berapa nak jadi diri sendiri dekat blog ni. These past few weeks macam agak depressed. Huhu. Dan alang2 musim final exam dah menjelma ni, time ni la mood blogging tu nak datang balik. ^^
Jumaat ni Microbiology. Pidah dekat sebelah aku sekarang tengah explain pasal B-cells dgn T-cells dekat aku yg tengah blogging sambil dengar mp4 lagu A Whole New Year Kyuhyun dengan Charice nyanyi. Tak sabar sungguh nak habis exam. Nak habis 2nd year dah, nak balik Malaysia. Nak makan keropok lekor, benjo, laksa dengan teh ais. Nak beli novel Hilal Asyraf dengan Hlovate. Nak jumpa kawan2. Nak tolong Pak buat rumah. Nak gaduh dengan abang berebut bilik.
Ok, memang merapu sangat la ni. Minggu ni tak usrah lagi. Tak sabar nak usrah, nak jumpa Kak Nana dengan Kak Moon. Kak Wani dah nak graduate 22hb nanti. A good thing jugak hari tu ada Physiology exam, kalau tak mesti nangis tengok Kak Wani dah bergelar Dr Siti Haswani MD. ^^
Berat aku turun untuk sepanjang tahun 2011 ni. Dulu 49kg, sekarang 39.2kg. =( Pidah pulak berat dia dulu 51kg, sekarang dah turun 49kg..tapi bila bangun pagi 47kg sebab kurang air dalam badan (Pidah paksa aku tulis ni sebab dia tengah duduk sblh aku skrg ni)
OK. Interview dari Pidah.
Pidah kate, "Aaaa, hari ini merupakan hari yg sgt tenang aman dan damai. Tapi di luaran sahaja. Dalam hati hanya Allah yg tahu betapa serabutnya bagaikan benang2 yg diserabutkan. Begitu byk skali dipendam kerana peperiksaan sudah dekat. Namun aku punya satu masalah, aku susah nak bg tumpuan, aku bingung, aku tak dapat nak dok kat meja study lama2, dlm kepala otak aku ada Totally Spies je. Tambahan pula dgn cita Yuyu Nora Elena. Ini semua salah Yuyu. (sambil Yuyu membalas dari dapur. "Mu hok tanye!") Lagi begitu byklah skali dugaannya ya Allah. Aku dok tahu la knape tp itulah masalah aku, aku susah nak bg tumpuan. aku bingung, aku bingung, aku bingung.....TAMMAT"
Macam melalut sangat pulak entry ni. Bak la aku salin hadith yg Kak Nana tulis dekat whiteboard rumah ni. Pesanan khas untuk mereka bergelar wanita.
Ibnu Umar r.a berkata bahawa Nabi SAW bersabda, "Wahai segenap kaum wanita, bersedekahlah dan banyakkanlah memohon ampun kepada Allah yakni istighfar kerana sesungguhnya aku melihat kalian adalah penghuni neraka yg paling banyak." Seorang wanita bertanya, "Mengapa kami menjadi majoriti penghuni neraka?" Rasulullah SAW menjawab, "Kerana kalian sering melaknat dan mengingkari hak suami. Selain itu, aku melihat tak ada yg lebih merata kekurangan akal dan agamanya dari kalian." Seorang wanita bertanya, "Apa maksud kekurangan akal dan agama?" Rasulullah SAW menjawab, "Kesaksian dua orang wanita setara dengan seorang lelaki dan wanita tak solat beberapa hari." -HR Muslim.
Nampak tak betapa randomnya post aku kali ni? Hehe. Nanti aku update lagi.
Lagi gambar random. Sahabat2 tercinta. MMuuuaaahhhh!!!
11 comments:
Aku igt tajuk hg sy dah pindah...rupa-rupanya sy dan pidah huhuhu
a'aa la.. kalau suhaimi xcakap aku rasa aku dok pikir aku dah pindah lg kot.. XD
aik? pelik apsal sampai dua org boleh terfikir benda sama ni? haha.
chemistry shiela chemistry.. hahaha.. tapi klau setakat aku ngan kau ni kira setakat physic je sebab aku memang expect pidah tu nama kawan kau. hehehe. btw kurusnya kau!
haaa, tau takpe asiah! ak pun risau sbb aku kurus sgt, dah hampir2 nak anorexic kot. isk isk. skrg tgh usaha nak gain weight. tahun ni je ak lost almost 10kg. T__T
lepas2 ni aku kena panggil hg shiela gemuk la. kata2 kan ibarat doa. hahaha
aku memang tau ada kawan ko nama pidah..haha
hahahahahahahaha. ni post paling lawak dan paling lama aku gelak!! XDDDD
Asiah: jgn la shiela gemuk! panggil shiela BMI normal XD
subaili: aku penah cakap ke? O.o
fadh: ko memang =.=
bukan post ko sblum ni ada ke sebut..ntah..tapi aku penah dgr la
Post a Comment