Sunday, January 15, 2012

#188-Belajar Bercinta..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.

12:29am.

Percaya tak ukhwah tu sangat sangat sangat indah? Bila mana hubungan itu terjalin berteraskan Allah and Allah only, maka tak ada apa yang mampu memutuskan ikatan itu. Memang. Words are easier said than done. Semua orang akan setuju mengatakan ukhwah fillah itu kekal sampai ke syurga, tapi untuk merasa kemanisan ukhwah fillah itu, it needs more than just saying "i love you fillah." It needs heart that feels and efforts.

Pagi ini saya menulis berdasarkan secebis rasa yg terhasil bila mana sedikit tempias kemanisan ukhwah fillah itu terkena pada saya. Dahulunya, saya cuba berukhwah kerana Allah. Bila saya menuturkan kata2 sayang, saya selitkan nama Allah. Saya katakan saya mahu menyayangi sahabat2 saya sampai ke syurga. Kadang2 saya selitkan juga nasihat2, saya kongsikan hadis2 dan ayat2 al-Quran yg menarik. Saya kira itu adalah bukti bahawa saya benar2 menyayangi sahabat2 saya kerana Allah. Saya berbicara tentang agama dan ketuhanan terhadap sahabat2 saya, kerana saya mahu menjadi sahabat yg apabila diingati, bakal mengingatkan mereka kepada agama dan Tuhan.

Namun, saya kira, pada Allah, bukti yg saya tunjukkan itu belum cukup kukuh. Allah datangkan ujian kepada saya dan sahabat2 yg kononnya saya sayang kerana Allah itu. Nah, sedikit ujian emosi meretakkan hubungan saya dan mereka! Saya terasa. Mereka terasa. Saya ego. Mereka juga ego. Saya lalu cuba bersangka baik dan merapat. Namun, bila mereka sepi tanpa respon, ego saya membakar dan saya berdiam enggan lagi berusaha memperbaiki hubungan. Atas dasar Allahkah ukhwah yang sebegitu? Di manakah kemanisan berukhwah kerana Allah bila sedikit emosi mampu menghalau pergi segala-galanya?

Bukan sekali ia berlaku ke atas saya. Allah mengajar saya berkali-kali tentang erti sebenar ukhwah kerana Allah. Pengalaman demi pengalaman. Sahabat demi sahabat. Hubungan demi hubungan. Saya belajar, dan saya matang dengan cara yang sebegitu. Dan akhirnya saya memahami sendiri. Berukhwah kerana Allah, bukan semata2 berkongsi hadis2 dan ayat2 al-Quran. Ukhwah kerana Allah itu memang tidak akan terputus, namun ukhwah yang tidak akan dapat diputuskan itu memerlukan kepercayaan yang setinggi-tingginya.

Datanglah ujian bentuk apa sekalipun. Perpisahan. Pergaduhan. Cemburu. Kepercayaan penuh bahawa dia turut merasa kemanisan ukhwah sebagaimana yang kita rasa akan dapat mengatasi semua itu. Kadang2 terbit juga rasa cemburu. Kadang2 saya juga terasa. Kadang2 saya juga lemas bila mana merindui sahabat yg jauh di benua berbeza. Namun ukhwah fillah yang terjalin atas dasar akidah dan perjuangan yang sama ini mengatasi segalanya. Saya percaya bahawa ukhwah itu manis, dan kerana itu saya merasa kemanisannya, dan ujian2 yang datang sekadar menambahkan rasa cinta dan keyakinan saya.

Allah itu juga manis. Sweet terhadap hamba2-Nya. Allah memberi. Allah juga mengajar. Lebih 4 bulan sebagai pelajar perubatan tahun ketiga, saya belajar bahawa pengalaman itu sangat berharga. Allah memberi saya ukhwah yg sekadar disandarkan pada nama-Nya tanpa dipaterikan sebenar-sebenarnya. Dan kemudian Allah mengajar saya mengenali ukhwah yang benar2 memaknakan hubungan itu kerana-Nya.

Saya belajar melalui dua pengalaman itu. Saya belajar menghargai. Saya belajar menyayangi. Dan saya belajar bercinta. Semata-mata kerana Dia.

8 comments:

alyaaliyana said...

shiela!!!!! assalamualaikum....nice words...well said....wah2...full of ideas my fren ni....kekalkan mengguna kaca mata Islam in every way ok?? luv ya!!

Cid said...

shiela..tukar comment jdi embedded..nanti ada button reply kat bwh komen..

Lemonades Of Life said...

haha. insyaAllah. doakan kita sama2 dapat terus tsabat alyaa ^^

Lemonades Of Life said...

dahhhh tukar. ^^

Haikal Fansuri said...

aha. baca entri nie betul-betul kena batang hidung sendiri.
Allah.

nice reminder anyway. thanks doktor

Lemonades Of Life said...

reminder untuk diri sendiri jugak sebenarnya. thanks jugak sudi baca.

Syamil said...

perghhh! ayat tajam! nice2!!!

Lemonades Of Life said...

tajam ke? dah habis bajet baik dah ni aku tulis. :p