Tuesday, September 25, 2012

#208 - nonsense

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.

Assalamualaikum wbt.

#np Planetarium-Ai Otsuka

Lagu slow and sentimental. Jadi faham-faham la, ini entry emo. Hehe. Tak baca pun tak apa. 

Rindu sangat dekat Nur Zatil Aqmar Abdul Wahid. Allah. Masa dia kat Malaysia, pernah je berminggu-minggu tak contact sebab kadang-kadang dia exam, kadang-kadang aku exam, kadang-kadang saja tak nak contact. Tapi sekarang lain. Sebab kalau dia kat Malaysia, bila teringat je nak contact, bila-bila pun boleh contact. I know she's always there. Tapi sekarang lain. Dekat Facebook ada je nampak kawan-kawan dia yang sama-sama ke India tu update status and stuffs, but dia tak pernah online. Or dia online, just tak contact aku? Entah. Allah ada untuk jaga dia, kan. She is fine. Though not always, I know at least once she must have thought of me. Haha. Goshh, makan kata-kata sendiri. Dulu aku jugak pesan dekat Zatil jangan rindu aku. Ni dah terbalik ni. 

***

Aku ada seorang sahabat baik. Dia ni payah sungguh nak cakap dia sayang aku. Kadang-kadang aku terasa jugak. Aku ni jenis yang kalau aku sayang, aku suka luahkan dan aku suka tunjukkan. Tapi sebab dia yang macam ni, aku sedikit sebanyak berubah jugak. Aku masih suka meluahkan dan menunjukkan, tapi aku dah takut nak buat. Takut orang rasa rimas bila aku cakap aku sayang. Tapi pernah satu kali tu, aku cakap aku sayang dia. Dia balas, dia tahu. Itu ja cukup untuk buat aku rasa lega. Kalaupun aku dah tak cakap, dia tetap tahu aku sayang dia. Persahabatan aku dengan dia ni semenjak akhir-akhir ni macam tak berapa nak stabil. Tak la akhir-akhir sangat pun, semenjak setahun dua ni? Sebab aku makin sayangkan dia, jadi aku cepat terasa dan jealous. Tapi aku rasa apa yang aku alami sepanjang dua tahun ni perlu. Sebab semua ni buat aku lebih matang untuk handle masalah aku. Kalau dulu, bila terasa je aku tunjuk aku terasa. Tapi sebab dia, aku membesar. Dia buat aku faham kat mana practicality di sebalik kata-kata "aku sayang hg sebab Allah". 

***

Haru sungguh aku merapu. Blog ni teman setia aku. Dia jadi saksi turun naik kehidupan aku. Malah, turun naik iman aku pun dia jadi saksi. Bila aku baca balik entry lama-lama, aku boleh recall balik masa tu macam mana keadaan aku. 

***

Kalau Nadirah Hasanah baca ni: aku terharu sangat bila hg ambik berat pasal aku. Thanks, sahabat. Cuma, jangan terlalu risaukan aku okay. Aku tak rasa aku layak untuk buat hg risau. Hg dah banyak memberi, dan aku takmau lagi menerima tanpa bagi balik apa-apa dekat hg. Terima kasih Nadirah Hasanah. 

***

When it comes to promises, ada beza tak antara janji orang lelaki dengan orang perempuan? Ada tak orang yang melafazkan janji with the intention of not fulfilling it? Aku tak suka orang beri aku harapan, berjanji itu ini, sebab itu buat aku ada expectations. Dan bila harapan dan janji tu tak ditunaikan, aku sedih. Dan aku bukan jenis yang mudah lupa. Mak pernah cakap, kalau something tu jadi, Shiela ni 100 tahun pun dia tak lupa. Aku takut aku berdendam. Aku takut aku benci orang yang melafazkan janji tu.

...................

Sunday, September 16, 2012

#207 Hari Besar Mereka.

Ehem. Ehem.

Dengan nama Allah, Tuhan yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.
Assalamualaikum wbt. 

Fuhh, it's been...about 2 months and 2 weeks since last post. Memang sungguh2 saya bercuti tahun ni, tak langsung melawat dunia maya untuk berceloteh sebagai satu cara escapism yang memang sebati dengan diri sendiri. 

Dan bila sudah lama berhenti menulis, mahu memulakan semula tu agak susah. Enjin dah berkarat. Mahu menulis, ada benda yang ingin diukirkan di sini namun tiada drive untuk menulis. Okay, itu semua alasan. 

Saat ini, 7:58am waktu Poland. Di Malaysia sana, seorang sahabat sedang kelam-kabut di LCCT. Sahabat yang bakal meninggalkan bumi Malaysia untuk bermusafir mencari ilmu hingga ke India selama lima minggu. Semoga Allah permudahkan urusan. Semoga perjalanan ini mendapat redha dan barakah Allah, dan semoga sahabat seorang ini pulang sebagai seorang manusia yang lebih baik dari segala segi. I wish I was there in LCCT. Saya pernah menjadi manusia yang meninggalkan mereka melambai di balai berlepas tapi saya belum pernah menjadi manusia yang melambai di balai berlepas. Satu hari nanti mungkin. Melambai anak yang bakal mengikut jejak ibunya belajar di luar negara? Cehh. Jauh berfikir. Namun, ameen. 


Meet my retarded bestfriend forever, fillah. Sayang banyak2 la dekat hg. For living up to my wavelength (haha). For all the arguments and the emotional days. For being you and accepting me the way I am. For being just as retarded. And for choosing medic so that I have someone to refer to in future.

Hari ini juga hari besar buat salah seorang sahabat yang rapat dengan saya. Tahniah untuk sahabat ini, akhirnya mengikat ikatan pertunangan dengan lelaki pilihan hati. Cewahh. More like, pilihan ibu yang akhirnya menjadi pilihan hati. Hehe. Style sangatlah bertemu jodoh macam ni. Orang yang bercinta dan kemudian berkahwin ni too mainstream, ye tak? And we are so not mainstream, aren't we? Eheh. Anyway, semoga Allah memanjangkan jodoh sehingga ke jinjang pelamin, seterusnya sehingga beranak-pinak, bercucu-cicit, bahagia sampai dah bongkok tua, dan terus-terusan bahagia sampai ke syurga.

Hari besar untuk dua sahabat yang banyak membantu saya menjadi saya yang sekarang. Tahniah sahabat-sahabatku. Berjaya menaiki satu lagi anak tangga dalam menjadi individu muslim yang lebih baik. InsyaAllah doa saya bersama kalian, sepertimana saya mengharapkan kalian untuk ingat menitipkan saya dalam doa kalian. 

Monday, July 2, 2012

#206 the journey home.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.


Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah! Rasa tak puas kalau cakap sekali, kena cakap 4x baru puas. :) Alhamdulillah dah selamat sampai KLIA, Malaysia tercinta. Happy sungguh dapat balik summer holiday even ini bukanlah kali pertama pun balik bercuti. Hehe.

Perjalanan pun belum selesai, still ada another flight to catch to Kedah in about 4 hours. Tapi nanti balik dah tak ada internet, jadi inilah masanya nak berblogging selagi masih berkesempatan. :D


Dalam train Lodz-Warszawa. The unintentional captured sunset.

In Warszawa Centralny, waiting for Thohirah.

Here Thohirah is. :) Plac Kultury, one of the significant symbols of Warszawa.

Frankfurt International Airport. Mata hanya mencari-cari apa2 yang berkenaan Malaysia. ^^

With Kak Syuhada of Germany. First time seeing each other, yet thank you Kak Syuhada for feeding me. Hehe.

Masih ada lebih kurang 6 jam sebelum sampai rumah. Semoga Allah permudahkan! Masih ada 6 jam hendak berdoa. Doa musafir ni kan powerful sikit kan. Hehe.

Thursday, June 28, 2012

#205 Happy Birthday Abang!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.

Happy birthday abang. :)

Abang dah 25 tahun. Kalau dengar cerita Pak masa balik cuti hari tu, umur 21 Pak dah ada rumah dan tanah sendiri. Abang E umur 22 tahun dah kahwin. Sultan Muhammad al-Fatih pulak menakluk Constantinople masa umur 21 tahun. 

Semoga abang saya juga dapat mencapai apa yang dia mahu. Semoga abang saya menjadi antara manusia yang disebut-sebut penduduk langit walaupun tak dikenali penduduk bumi. Semoga abang saya sentiasa berada dalam lindungan Allah. Semoga Allah terus-menerus memberikan petunjuk dan hidayah kepada abang saya. Semoga abang saya menjadi anak yang soleh. Semoga abang saya menjadi abang yang cool dan pemurah terhadap adiknya. (ini extra wish) 

Semoga abang dan saya mampu menjadi saham kepada arwah Mak. The only thing yang mampu saya dan abang buat untuk Mak sekarang hanyalah doa. Tapi Rasulullah kata, doa anak yang soleh. Maka perlulah untuk saya dan abang berusaha menjadi soleh(ah). InsyaAllah, semoga dipermudahkan. 

Semoga abang dan saya mampu menjadi anak yang menyenangkan hati Pak. His greatest treasure is the four of us. He loves us in his own way, the way that made us believe that he didn't care a thing about us. Semoga kita sempat balas jasa Pak yang dah menjejak usia 67 tahun tapi still bajet macho dan kuat itu. 

Semoga Allah memberi keberkatan umur ke atas abang saya. Semoga Allah memurahkan rezeki abang saya. Walau apa sekalipun yang ingin dilakukannya, semoga Allah bersama dia dan semoga Allah redha ke atas setiap perbuatannya. Ini ikhlas doa seorang adik yang baik hati. Hehe.

Ini abang saya masa saya belum lahir. ^_^

P.s 1: hari ini saya rindu seorang lelaki. Lelaki yang kehidupannya disibukkan dengan masalah manusia, dan akhiratnya kelak juga bakal disibukkan dengan masalah manusia. Sedih dengar Thohirah bercerita tentang syurga masa usrah semalam. Semoga saya dapat bertemu dengan lelaki itu di akhirat nanti. Amin.

P.s 2: *sigh sigh sigh* desktop penuh balik. =.= 

Wednesday, June 27, 2012

#204 - The Fourth Day

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani. 

Blogging puas2 sebelum balik Malaysia. Kat Malaysia nanti tahan la dua bulan tanpa internet, tanpa blogging. :) Sebenarnya hari ni tak ada niat pun mahu blogging pada asalnya, tapi pengalaman yg saya terima hari ni buat saya rasa saya mahu simpan di satu tempat yang saya boleh lihat semula pada masa2 akan datang. 

Hari ni saya belajar satu perkara. Usahalah dengan apa cara sekali pun untuk keluar dari comfort zone diri sendiri. Rasa macam sudah cukup dengan usrah seminggu sekali dan senarai2 mutabaah amal yang kita amalkan, tapi kita sekadar duduk dalam kelompok mereka yang berfikrah sama seperti kita. Bukan tak bagus, tapi kadang2 perlu juga kita keluar berhadapan dengan masyarakat.

Saya ke rumah Imam hari ni, dengan Thohirah dan kakak Mi Lena. Kak Mi Lena ni orang Polish yang ingin memeluk islam. Semoga Allah permudahkan jalan untuk dia. Ikatan antara muslim itu istimewa. Padahal baru pertama kali saya berjumpa Imam dan keluarga beliau, dengan kekangan bahasa yang pada kebanyakan masanya saya hanya mampu senyum dan ketawa, namun saya rasa dekat dengan keluarga beliau.

Ini hadiah istimewa dari beliau kepada saya dan Thohirah. 

Botol macho berisi air zam-zam. Abaikan si itik lampu kesayangan saya di sebelah. ^^

Gembira. Entah bila kali terakhir saya merasa air zam-zam, saya sendiri sudah tidak ingat. Hari ini, saya minum air itu sambil berselawat dan berdoa kepada Allah. Mohon keberkatan. Mohon dipermudahkan segala urusan. Mohon disucikan iman dari penyakit2 hati yang halus menusuk jiwa. Bukan senang untuk saya merasa air itu. Dan di bumi asing Poland ini, Allah memberi kesempatan.

"Apakah engkau mengira bahawa orang yang mendiami gua, dan (yang mempunyai) raqim itu, termasuk tanda-tanda (kebesaran) Kami yang menakjubkan?" - 18:9



Yang ajaib itu bukan air zam-zam. Yang ajaib itu adalah kebesaran dan kekuasaan Allah. Peace. v(^_^)v