Sunday, June 27, 2010

Balik jom!!

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Hari ni 27 Jun, bersamaan 15 Rejab 1431, pukul 10:35am. Which means dah dua minggu lebih tak blogging; seminggu sebab tak ada Internet, seminggu lagi sebab malas kot. Heheh.

Sekarang tengah membilang hari je. Ahad, Isnin, Selasa, Rabu. Allah, tak lama je lagi nak balik ni. Esok, lusa, tulat. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Semoga Allah selamatkan perjalanan Lodz-Warsaw-London-KLIA-Perlis ni. InsyaAllah.

Agaknya perasaan sekarang ni adalah perasaan yg sama dirasai oleh rakan2 yg lagi 3 orang. Excited tu satu kemestian, nak jejak Tanah Melayu, nak makan makanan yg kat Malaysia je boleh jumpa, nak bersalam peluk cium dengan family and kawan2. Tapi, at the same time, terselit jugak sedikit rasa takut. Takut akan tergegarnya hati dan iman bila jauh dari persekitaran yg dah sebati dgn diri sendiri.

Sungguh macam apa yg Kak Dina and Kak Wani selalu pesan, summer holiday ni ujian untuk kita. Satu, memang la akan rasa happy bila balik ke tempat asal. Tapi, bagi saya yg rasanya baru di level baby dalam hal dakwah dan tarbiyah ni, saya takut iman saya belum cukup mantap untuk mengukuhkan saya paling kurang pun untuk maintain dalam keadaan sekarang. Takut kalau2 terjerumus balik dalam zaman Jahiliyyah yg pernah saya lalui satu masa dulu.

Semoga Allah permudahkan. Baru lepas baca novel Sinergi online di Langit Ilahi, dan apa yg saya dapat, kita perlu beriman bahawa Allah itu membolak-balikkan hati dan perasaan manusia. Dan iman seorang manusia tu tak pernah static di satu level je, kadang2 iman meningkat, kadang2 iman menurun; semuanya bergantung kepada amalan kita.

Rasa terkesan sangat dengan novel ni even baru baca sikit. Olahan Hilal Asyraf terhadap dua watak utama tu buat saya rasa terkinja-kinja untuk memperoleh sahabat sebaik Irfan, sesetia Asid. MashaAllah, indahnya ukhwah yg berteraskan iman dalam mencari redha Allah. Saya nak jadi sahabat yg macam tu, dan saya mahukan sahabat sebegitu. Sinergi buat saya faham 1+1=3 is not just a simple mathematics equation that seems irrelevant.

Nanti dah balik Malaysia mungkin dah tak boleh selalu online. Tak ada access Internet kat rumah. Babai la Blogspot, babai la Facebook. Nak cuba wujudkan balik minat yg sejak fly ni makin terkubur, which is reading books. So for the last three days, saya nak merapu banyak2 kat sini.

Salam sayang untuk semua.

4 comments:

Nur Yana said...

salam sayang utk kamoo gak shiela.. welcome back home.. home sweet home.. insyaAllah di mana pown kita berada,akn terpeliharalah kita klu klu Allah tetap di hati kita. welcome home!! jom jln2..

Lemonades Of Life said...

hehehe. jom jln2?? ajak ak jln2 eh??? jommmm!! ^^

dr.corona0810 said...

dah sm'sia ke?? jo la jmpa!! ak cuti pnjg skrg.. tgh tgu result kuar jer.. hhehe

waniawin said...

shiela!
ni wat aku xsbar nak bali novel hilal asyraf neh!