Thursday, January 6, 2011

Bila Berdepan Masalah... *sigh*

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengsihani.
06 Januari 2011, 02 Safar 1432, 0811.

Pagi lagi dekat Poland ni. Damai, walau aku sorang2 dalam bilik. Tadi Pidah ketuk pintu bilik, Pidah ingatkan kalau nak solat syuruk, boleh buat pukul 8:02 tadi. Biah solehah. Alhamdulillah, Allah letakkan aku dalam kelompok mereka yg cuba nak mencari redha Kau. Walaupun aku ni pun masih nak bertatih lagi.

"Hadis Abu Hurairah r.a, katanya:

Rasululullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t berfirman: Aku adalah berdasarkan sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam dirinya, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam diri-Ku. apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta, apabila dia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari-lari anak." -Riwayat Bukhari dan Muslim.


Sejak cuti tiga minggu ni, aku rasa yg kompas aku dah jadi gila. Astaghfirullahalazhim. Rasa tak tentu hala betul. Since balik daurah hari tu, memang melekat betul2 la dekat kepala ayat 9:24 tu. Tak pernah tahu pulak Allah tu boleh jadi cemburu kan? Untuk nak menyedapkan hati sendiri, tak apa la kalau hari2 pun rasa tak tenteram camni, tu maknanya Allah tengah dok menguji tu. Ha, lupa lagi Allah, ni la akibatnya!! Hiiiyaaaahhhh! Okay, mengarut.

Dan..banyak betul la benda yg jadik. Yg kat Lodz belum settle, datang pulak angin masalah bertiup dari Malaysia. Dan Pidah kata lagi, "Letakkan ukhwah tu yg teratas sekali." Ehm! Ukhwah tu penting. Jemaah tu sangat penting dalam kehidupan seorang Muslim.

Pesanan untuk diri sendiri, manusia dan emosi tak complicated pun. Allah menjadikan manusia ni dalam bentuk yg paling baik. Sempurna luaran dalaman, dan siapa kita sebagai makhluk nak mempertikaikan kejadian Allah kan? Semua yg terjadi, adalah sebagai ujian. Adakah semasa kita diuji tu, kita meletakkan pergantungan 100% terhadap Allah? Adakah semasa kita diuji tu, Allah adalah tempat pertama kita mengadu dan memohon pertolongan? Adakah semasa kita diuji tu, amal ibadat, mutabaah amal semua masih kita jaga betul2? Adakah semasa kita diuji tu, ingatan kita terhadap Allah tu sama intensity dgn waktu kita senang-lenang?

Masalah memang buat manusia serabut. Tapi manusia yg bergantung pada Allah, pasti akan berlapang dada walaupun masalahnya setinggi gunung dan seluas lautan sekalipun. Sebab masalah tu datangnya dari Dia, dan penyelesaiannya juga ada pada Dia. Seek for Him, you'll find the solution to any diseases ever existed.

"Kamu pasti akan diuji dengan hartamu dan dirimu. Dan pasti kamu akan mendengar banyak hal yang sangat menyakitkan hati dari orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan dari orang-orang musyrik. Jika kamu bersabar dan bertakwa, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang (patut) diutamakan." -3:186

"Dan sungguh, Kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu; dan akan Kami uji perihal kamu." -47:31


"Katakanlah, "Cukuplah Allah bagiku. Kepada-Nyalah orang-orang yang bertawakal berserah diri."" -39:38


"Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram." -13:28

6 comments:

Nur Yana said...

nice thought as always.. yg sll buat aku berfikir dalam banyak perkara.. moga Allah memberkatimu

zatil aqmar said...

ya Allah~ leka rupanya aku ni. ingatkan aku ye sahabat. ^^ cinta Allah jauh lebih besar dr cinta manusia. ^^ syukran.

SUHAIMI RAMLI said...

Tiap2 manusia ada masalah...so, mohonlah pada Allah agar diberi kekuatan untuk menghadapi segala masalah tadi...lagi satu, masalah kita sekarang mungkin jauh lebih kecil drp masalah di masa depan yg kita tak tau bagaimana rupa..contohnya dlm kehidupan berkeluarga semua..briefly, LA TAHZAN NARSHIELA SAAD.

Lemonades Of Life said...

as: thanks. amin.

zatil: afwan. kata kawan kan, kita sama2 la mengingatkan ^^

suhaimi: jazakallah. ^^

Cid said...

mana romania?

Lemonades Of Life said...

haha! romania's on the way insyaAllah...hehe