Saturday, November 27, 2010

Makin besar makin sensitif. Sikit pun tak boleh dengar orang bercerita pasal mak masing2. Kalau tak, laju je air mata meleleh. Gedik la Shiela. Tapi, orang tak rasa macam aku rasa. Kawan2 kat sini semua ada mak lagi, semua ada family yg not as complicated. Tapi tak baik nak salahkan apa yg terjadi, okay Shiela. Its a part of your dugaan.

Astaghfirullahalazhim.

Monday, November 22, 2010

Update the Prologue

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.

Aku selalu macam ni. Time serabai sibuk serabut dengan exam, time tu la nak escape ke dunia blog. Time tu jugak la rasa ada menda nak menulih. Kalau tak, time hepi senang-lenang aku melagha buat benda lain. Aishh.

Ni nak habaq ja, nak janji kat diri sendiri. Kalau tak nanti sah aku tangguh2 aku tak buat. Nanti balik aku nak tulis blog. Sempena 21hb November, dan pasal Romania. Kuang3. Apekah? Tunggu la. Semoga Allah bagi keizinan untuk aku bercerita berjela-jela malam nanti walau esok test Histology. Tak leh tangguh dah! Aiyakkk!!

Syok tak lagu yg aku baru letak ni? Pasai apa aku pun tak berapa nak tau la, tapi jiwang gak ah maksud dia, tapi still aku suka melody dia.

Okay, nanti balik kena update blog tau Shiela!! Janji??

Doakan test Biochem aku. Rasa macam nak lari dari rumah. T__T Tensen dengan Biochem yg asik menyusahkan aku je kat umah sepanjang weekend ni. Hee.

Salam sayang untuk semua.

Monday, November 15, 2010

Aorta

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.
15 November 2010, 09 Dzulhijjah 1431, 09:14am.

Yeayy! Esok raya! Yeayy! Esok kuiz Histology! Yeayy! Lusa presentation Biochem! Yeayy! Sempat lagi pulak aku dok blogging! Haihh.


Sebenarnya tak tahu nak post apa pun. Tiba2 teringat pasal lab Physiology few weeks back. Kitorang cover cardiovascular system. Pastu cikgu kitorang ni, Dr. Gianluca Padula, seorang biomedical engineer tercakap pasal aorta ni.


Beliau kata, pressure kat aorta ni tinggi. Dah la sbb darah dalam keadaan bertekanan tinggi sbb baru lepas keluar dari left ventricle kan, sekali terus masuk aorta dan dalam aorta ni jugak darah kena buat u-turn untuk disupply ke seluruh badan. Cikgu Padula kata, kalau dalam engineering, tak ada engineer yg akan amik risiko to build such thing. Sebab keadaan aorta yg sentiasa high pressure tu bila2 masa ada risiko untuk pecah.


Dan, walaupun beliau bukan Muslim, tapi kata2 beliau tersebut membuatkan saya istighfar sekejap. Seorang pendidik yg tak tahu tentang islam telah menyedarkan saya tentang satu lagi kebesaran Allah. Berdasarkan tahap pemikiran manusia, we tend to do something less risky if we are given choices kan. Tapi, agaknya kenapa Allah bina sesuatu yg complicated mcm aorta, yg bila2 pun ada potensi utk pecah, tp selama berada dlm badan manusia ni, aorta tu tetap je dgn sunnatullah, melakukan apa yg Allah suruh sebaik mungkin?


Subhanallah. Aturan Allah tu sangat sangat sangat perfect kan. Kita tak boleh nak jumpa cacat cela pun sebenarnya. Okay, tak tahu apa yg nak disampaikan sebenarnya kali ni.


"Ketahuilah bahawa di dalam jasad itu terdapat segumpal daging, bila ia baik, maka baiklah seluruh jasad itu, dan bila ia rosak, maka rosaklah pula seluruh jasad, ketahuilah bahawa segumpal daging itu adalah hati." -Hadith 6.

Friday, November 5, 2010

Bapak Saya Nama......

Saya rindu bapak saya dekat Perlis.

Semua anak rasanya akan cakap bapak dorang la yang paling best. Aku pun!! Bapak aku la yg paling best dalam dunia, walau beliau keja motong getah ja. Walau beliau dah umur 65 tahun ni. Walau kawan2 aku yg beliau kenai Mizah dgn Wani ja. Walau beliau tak reti apa2 pasai teknologi ni. Jangankan nak tau pasal Facebook segala, nak guna henpon pun beliau tak reti. Nak suruh topup pun beliau tak reti macam mana nak sebut perkataan topup tu.

Agaknya bapak aku la yang paling kuno antara bapak2 rakan2 sebaya aku. Tapi bagi aku, bapak aku tetap paling masyuk! Boleh layan je aku dok cerita angan2 nak kahwin. Boleh lepen je aku dok cerita nak keluar dating dgn boyfriend. Boleh santai je aku cerita nak pi meronggeng travel mana hala sorang2. Boleh lepak je buat lawak bodo dengan aku sampai aku rasa aku tengah cakap dengan budak belum mumaiz. Ouh bapak~

Pak, Adik rindu ni ha. Biasa la, hari ni ada test Physiology. Kalau bagitau Pak pun bukan Pak tau natang apa Physiology tu. So Adik bagitau ja Adik ada periksa hari ni. Pak tolong doa ye. Al maklum la, walau dah berjuta-juta kali Pak pesan suruh Adik baca buku, masa Adik still banyak habis main komputer depan mata ni ha. Adik rindu gila kat Pak. Adik berani cakap kat blog ja, nak cakap depan2 tak berani, nanti Pak kata Adik buang tebiat, tak pun Pak kata Adik mesti ada buat salah apa2 sampai tiba2 cakap benda luaq alam ni.

Pak, Pak la bapak terbaik yang Allah bagi untuk Adik. Okay, mode jiwang sudah perlu ditamatkan. Rindu tak rindu Physio tetap pukul 8 satg.

Thursday, November 4, 2010

MIRACLE

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.
04 November 2010, 27 Dzulkaedah 1431, 4:52pm.

Miracle? Dah macam tajuk lagu Super Junior. Ops. Yeah, I did listen to some of Super Junior's songs. Haha. Okay, bukan miracle itu yang nak diutarakan pada hari ini, setelah berhari-hari tak update blog. Dan rasanya akan berterusan macam ni la, walaupun dulu tak selalu jugak update blog tapi sekarang ni macam akan semakin jarang. Maaf ye, kalau2 ada yg baca blog ni, maaf ye. ^^

Ada tak orang yg percaya pada miracle? Aku percaya. I believe that miracle does happen, tapi kita tak pernah tahu bila, dan pada siapa. Kadang2 kita mengharap miracle tu terjadi pada kita, dan kebanyakan masanya kita hampa dan kecewa. Kita punya la mintak doa bagi tak ada kelas hari ni, sekali siap ada extra class lagik. Tu contoh la kan. Kita percaya adanya miracle, tapi most of the times, kita sentiasa berfikiran realistik, tak terlalu anticipate akan datangnya miracle.

Lagi satu, miracle yang jenis selalu sangat terjadi sampai kita tak anggap tu sebagai miracle lagi dah. Contohnya, macam kelahiran. Miracle tu kot. Kelahiran manusia baru dari badan seorang manusia. Tak ke macam ajaib? Kan? Kan? Tapi sebab hari2 ada orang give birth, so sekarang ni kelahiran dah macam dianggap perkara biasa. Lagi, ibu dan ayah. Sangat la satu benda yg sangat ajaib. Ajaib sampai ayat aku pun dah macam keling2 sikit. Semua manusia dalam dunia ni ada satu je ibu dan ayah yang betul. Hilang sorang ni, tak ada la yang baru. Dan sebab semua orang dapat, ibu ayah ni pun tak dianggap ajaib lagi dah.. Tapi bila dah hilang, macam aku, baru la korang rasa. Baru la korang tahu macam mana rasa bila orang2 kat sekeliling korang sikit2 "Mak aku pesan macam ni, Mak aku kata macam ni, Mak aku cakap macam ni etc". Mak aku pesan apa? Macam la aku ingat. Muka Mak aku pun dah samar2 dah.

Lagi satu miracle yang buat aku jadi remang bulu roma sikit macam yang terjadi kat Ruben Abu Bakr masa beliau mula2 nak peluk islam tu. Famous kot cerita ni, korang konfem tahu. Tapi kot la ada yg buta kelam macam blur je sapa Ruben Abu Bakr tu, rajin2 la KLIK SINI. Agak2 ada dua reaksi la lepas tengok video ni kan. Satu, subhanallah, chanteknya aturan Allah. Dua, alah, entah2 kebetulan je kot. Suka saya mengingatkan ye, tak ada menda yg terjadi dalam dunia ni semata-mata kerana kebetulan. Ha, tapi walau apa pun reaksi orang, aku yang mula2 dengar dan mula2 tengok video ni rasa macam...bestnya kalau jadi kat aku. Bestnya kalau Allah cakap direct kat aku macam tu. Sekali bukak Quran, fuh...Allah pesan ni rupanya hari ni. Aku rasa macam payah je nak jadi dekat aku.

TAPI....macam aku cakap kat atas tadi, miracle does happen. Kan? Walaupun tak pernah la terjadi kat aku secara obvious, kot tiba2 aku bangun tidur tinggi aku bertambah 15cm ke..tapi kalau la kita observe betul2 setiap benda yg berlaku sekeliling kita, kita akan tahu yang miracle mmg terjadi. Okay, tak nak guna perkataan ajaib. Aku rephrase balik. Kalau la kita observe betul2 setiap benda yg berlaku sekeliling kita, kalau kita fikir betul2, kita akan tahu..ada organizer yg buat benda tu berlaku macam ni, bukan macam tu. Kita akan tahu yang Allah tu ada, wujud, dan sedang memerhatikan kita. Kita akan sedar yg Allah tu sedang mengaturkan sesuatu untuk kita.

Macam aku, tertadabur surah ni, dan terbaca terjemahan ayat ni.

"Demikianlah, Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan tempat kembali mereka, lalu Dia akan memberitahukan kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan."

Sekurang-kurangnya aku tahu dalam 5 kali aku berjumpa Dia tiap-tiap hari tu, hari ni Dia bercakap dengan aku. Aku tahu Dia ada setiap masa, tapi aku kan manusia. Kadang2 aku tersasar gak. Kot time tengah layan lagu Miracle Super Junior tu, aku lupa sat kat Miracle Allah kan. Allah tu..sweet tu mmg la, dan lagi Allah tu sangat baik. Faham tak apa aku nak cakap ni? Lantak la kalau kita tak bersyukur ke, kita tak ingat Dia ke..tapi bila kita perlukan Dia, bila kita mohon ampun dari Dia..Dia sedia mengampunkan kita.

Subhanallah. Aku malu dengan Dia. Serius.