Saturday, October 8, 2011

#166-2

"Bukan kerana agama saya memilih awak. Lebih ramai akhawat yg dipandang punya asas akidah yg lebih mantap dari awak." Dia terjeda di situ, membuat Syuhada gelisah dengan keadaan sepi antara mereka.

Dari tadi Syuhada sekadar memandang jari kaki. Tidak sekalipun pandangannya teralih pada lelaki yg sedang berdiri di hadapannya saat ini. Namun, Syuhada tahu lelaki itu tersenyum menatapinya. Dan Syuhada tahu lelaki itu sedar akan kegelisahan hatinya saat itu. Syuhada menunggu lelaki itu menyambung bicara. Namun lelaki itu terus berdiam. Lantas Syuhada bergerak melepasi lelaki itu untuk keluar dari bilik yg terasa sesak dengan kehadiran si lelaki.

Syuhada tiba-tiba kaku saat tangan si lelaki merentap lengannya. "Tapi kerana cinta." Satu ayat ringkas yg menambah rasa tidak senang dalam hati Syuhada. Dia kaku di situ. Tidak mampu memberi respon, juga tidak mampu untuk terus melangkah keluar.

"Saya yakin kehadiran awak mampu menambahkan cinta saya terhadap Allah. Saya yakin kehadiran awak mampu menjadikan saya hamba yg lebih baik."

Syuhada sekadar terdiam. Sejenak, lelaki itu melepaskan pegangannya lalu melangkah keluar meninggalkan Syuhada sendirian.

"Harinya akan tiba, bila Syuhada perlu berdiri di atas kaki sendiri. Walid tak akan lagi berada di sisi Syuhada. Syuhada perlu berani untuk meneruskan hidup. Walaupun bersendirian, tapi ingatlah bahawa Syuhada bukan ditinggalkan berseorangan. Perhatian-Nya sentiasa terhadap hamba-hamba-Nya. Rintihan2 kita sentiasa Dia ambil kira. Cinta-Nya bukan sekadar cinta biasa. Cinta-Nya luar biasa. Carilah cinta Dia, dan Syuhada akan raih cinta makhluk-makhluk-Nya."

Walid. Syuhada teringatkan Walid. Kata-kata Walid. Nasihat Walid. Kasih sayang Walid. Perhatian Walid. Senyuman Walid. Kelembutan Walid. Hari ini kerinduan Syuhada terhadap Walid semakin membuak-buak. Hari ini Syuhada mengharapkan kehadiran Walid di antara tetamu yg mengerumuni majlis. Syuhada mahu berterima kasih pada Walid. Syuhada mahu menangis di bahu Walid. Syuhada mahu Walid mengganti Along menjadi walinya.

"Angah?" Along muncul di sebalik pintu. Syuhada senyum dalam tangisan yang masih bersisa.

"Along, Angah rindu Walid,"kata-kata itu terluah juga akhirnya.

Dan Along tersenyum tawar. Tangan Along pantas menggenggam tangan Syuhada. "Semua orang rindu Walid. Along pun sama. Dan Walid bukan ke mana-mana. Walid ada bersama kita. Dalam ingatan kita. Dalam doa kita. Dalam diri kita. Walid menunggu kita di tempat yg lebih baik dari ini, insyaAllah. Dan bila diizinkan Allah, kita akan bertemu semula dengan Walid. Pertemuan yg tak akan dipisahkan lagi."

Syuhada mengukir segaris senyuman. Kata2 Along menenangkan jiwanya yg sedikit celaru. Along benar. Walid berada di sisi Allah. Dan Walid sedang menunggu ahli keluarganya untuk bertemu semula.

"Along, Walid tahu hari ni akan tiba, kan? Walid pesan pada Syuhada untuk mencintai Allah. Dan hari ini, Syuhada bertemu dia yang ingin bersama Syuhada untuk sama2 mencintai Allah."

Along senyum lagi. Adiknya Syuhada sudah bergelar seorang isteri. Adiknya Syuhada sudah punya kehidupan sendiri, sudah punya tanggung jawab sendiri.

"Barakallahulakuma sayang. Along mendoakan yg terbaik untuk Angah. Tanggung jawab Angah semakin bertambah. Namun, jangan lupa matlamat utama kita sebagai seorang hamba. Mencari keredhaan Allah. Dan Allah akan sentiasa bersama mereka yg membantu agama-Nya."

Syuhada mengangguk. Mencari keredhaan Allah. Mencari cinta Allah. Mencari ketenangan dalam kasih Allah. Syuhada bukan sendirian lagi, Walid. Ingatan terhadap Walid, sokongan Along dan kasih seorang suami. Syuhada bukan lagi bersendirian dalam mengejar cinta Allah.

.......................................................

Ugh, been years since I last wrote something. This sounds lame. And uninteresting. And somehow out of the theme that I wanted to convey. Sorry about this. Shiela lost her interest in writing and she will be going for a hunt to get it back!

Well, basically I wanted to emphasize Walid's character in Syuhada's life. How someone who has passed away influenced those who are still living. The dead are dead. But they left behind something that made those who lived continue living. Then, it was about knowing consciously what our goal is. As an ustaz once said..we human has only one problem; which is we do not know whether we will end up in hell, or heaven. It's easy to say I want to live a life which is blessed by Allah. I want to be the one Allah loves. But to interpret it practically into daily life..gahh, trust me you need support to do that. I mean we need support to do that. And here comes the third theme, biah. Environment. An environment is very significant. I lost myself when the environment changed drastically, and so I knew how important biah is in one's life. It's true that we are what we eat. But do not forget that we are what our friends are as well. :)

0 comments: