Tuesday, May 1, 2012

#195-300412

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.


Sekarang pukul 1:53am, 1 May 2012.. Lagi less than one hour nak masuk subuh. Tadi mengantuk gila, tapi bila dah after pukul 12 tak tido, mata rasa segar. Baik tunggu subuh, lepas tu boleh tido. ^^


Exactly two months from now, insyaAllah i'll fly home. Back to Malaysia! Tadi abang tweet pasal Mak Teh buat sup tulang. Anak penakan Mak Teh yg sorang ni jangankan tulang, isi ayam pun dah lama tak terjamah. 


Rindu makanan kat Malaysia. Tu paling utama. Cendol pulut yg tak berapa nak minat tu pun dah teringin rasa, petanda memang dah gila nak makan makanan yg cuma ekslusif ada kat Malaysia. Dua, rindu keluarga. Keluarga. Pak. Tok. Adik-beradik. Rindu nak bercurahat lagi dengan kakak. Gap umur 12 tahun doesnt mean anything bila anda menjejak usia 20-an menjadi anak dara. Heheh. Dan rindu juga anak saudara yang bakal lahir selang beberapa hari sampai ke bumi Malaya. InsyaAllah, mohon doa semua yang membaca semoga Allah permudahkan segalanya. Oh. Tak lupa. Dah tentu rindu keluarga yg tak terikat dengan hubungan darah. Keluarga nombor dua. Wani. Zatil. As. Kirah. Nad. Keluarga Revo la senang cerita. 


Hari ini hari bahagia buat seorang Narshiela. Akhirnya berjaya memegang sekeping buku bergelar passport selepas 6 bulan jadi ala2 pendatang haram tanpa izin dekat bumi Poland. Heheh. Pengalaman. Kena warning awal2 dah dengan En Azman, "Bagi hilang lagi passport, next time ada penalti." InsyaAllah En Azman, saya jaga passport macam jaga nyawa sendiri lepas ni. Dapat je passport mata dah bersinar dengan segala plan ke bumi mana hendak diterjah nanti. 6 bulan terperangkap dalam Poland buat hati rindu pada suasana stranded dan terpaksa bermalam di airport. 


Oh, bahagia juga dengan kedatangan seorang sahabat ke kampung Lodz. Berjaya memaksa diri main go kart for the first time. Buat diri sendiri nak ada lesen kereta dan kereta secepat mungkin! :D Jelajah Port Lodz dan Manufaktura sampai ke tengah malam. Gembira. Minum coffee heaven buat kali ke-4 dalam empat hari berturut-turut. Memang kaya coffee heaven dapat customer ketagih macam saya. Banyak gambar, tapi mungkin entry yang seterusnya. Hmm, insyaAllah esok nak cari tasik yang boleh berkayak. Teringin nak river rafting lagi, tapi dekat Lodz tak ada. Kayak pun jadi la sebagai pengganti.


Jealous dengan Nina yang akan ke Zakopane esok insyaAllah. Haha. Nina, kau takkan baca kot post ni tapi, kau tahu kalau bab2 adventure kau nak berhiking bagai ni, aku la orang paling terkilan kalau kau hike tanpa aku. Hmm, mungkin satu hari nanti. Bila Allah melapangkan rezeki. 


Dah pukul 2:17am. Lagi 22 minit nak azan. 

0 comments: