Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Masih tarikh yang sama dengan previous entry, cuma masa sekarang pukul 9:36pm.
Ni la masalah kalau mood suwey, agak2 macam akan burst bila2 masa je. Blogspot ni akan tiba2 bertukar jadi tempat buang perasaan. Nak tulis apa pun tak tahu, tapi kalau tak tulis nanti jadi macam kucing kena pijak ekor oleh manusia, mengiau sampai sebatu dengar, manusia gelabah, si kucing tu pun naik gelabah sekali.
So rasanya biarlah nak tulis ikut apa yg tangan ni nak taip. Tanpa ada sebarang arah dan tujuan. Kepada yg sedang blogwalking mencari manfaat, sila berhenti baca setakat ini sahaja. Ini luahan hati orang tengah emo yang cuba nak menghilangkan rasa emo tanpa mencederakan mana2 pihak, jadi terpaksa dikorbankan blogspot. Biarlah blogspot sahaja yang tercedera.
Teringin sangat2 nak tengok pantai ni. Teringat movie tajuk apa ntah, The Notebook ke apa ntah, yg adapted dari Nicholas Spark's novel tu. Kisah yang bermula bila si heroin jumpa nota yg dihanyutkan dalam botol oleh si hero. Lepas tu aku pun pasang angan2 nak jugak la buat macam tu, tulis nota dalam botol. Erm, skrg bila fikir balik, taktau la nak kata aku ni childish ke sentimental. Huhu.
Waktu2 macam ni, sesuai la nak layan lagu jiwang kan. Aku asyik ulang2 lagu yang sama dari lepas solat Isya' tadi. Lagu ni bukan pasal cinta antara manusia. Tapi pasal a deep desire of a person yg nak achieve his/her dream, though the dream seems too far away, beyond reach. He/She keeps on being optimistic yg satu hari nanti the dream will no longer be a dream, and he/she will achieve it..somehow. Susah kan to keep on having faith, to keep on believing bila perasaan nak give up tu semakin menguasai diri. Ramai je yg tersungkur.
Tapi tersungkur is no big deal..asalkan kita gather the courage and the strength utk bangun balik. Successful people tu bukan orang yg tak pernah failed kan, tapi orang yg failed dan dorang tak jadikan failure sebagai satu alasan utk quit. Sampai dorang puas hati baru dorang stop! Haihh, Shiela. Typical betul thinking hari ni. Ada someone ni pernah cakap yg I'm not a typical type of girl, tapi aku deviant. Aku pun tak suka jadi typical, tapi aku rasa i'm being typical day by day. *sigh*
Pening dah fikir pasal hubungan dengan manusia, bila hubungan dengan Allah pun sebenarnya terlalu banyak lagi yg lopong yg perlu diperbaiki. Dengan kawan2, semakin hari aku rasa aku semakin demand, walhal yg sebetulnya aku patut demand pada diri sendiri dulu. Layakkah aku berdemand-demand dekat orang padahal diri sendiri pun masih jalan merangkak?? Layakkah aku berdemand-demand nak kawan yg ada characteristic macam ni, padahal diri sendiri pun masih berkengkang-kengkang??
Dengan parents, haihh. Boleh tak taknak komen je? Anak mana yg tak mengimpikan nak jadi kebanggaan pada mak bapak dia? Aku ni, jangankan nak jadi kebanggaan, lagi buat serabut kepala mak bapak ada la kot. Kesian bapak aku. T__T Baiki dulu hubungan tu Shiela, kalau tak macam mana nak ada famili sendiri, bila famili yg dah sedia ada ni pun kau tak jaga? Gulp. Okay, ada tanda amaran topik famili2 ni macam dah nak terkeluar sempadan, stop di sini je.
Dengan lelaki. Astaghfirullah. Istighfar la kau banyak2. Macam kau tak tahu, sedangkan memang sudah terang lagi nyata ala2 idzhar halqi yg dok belajar dalam kelas tajwid petang2 dulu nih.Kau tahu sempadan, tahu batasan, tahu limit (ouh, nak jugak guna bahasa inggeris even sama je limit=batasan kan), tapi SUUUUUUSAH betul la nak kawal. Cuba sikit2 la weh, fake it till u make it ahh. Ada moto, tapi tanak guna. Aisehh. Payah2.
Masalah betul bila time emo blogging ni. Tak reti nak stop. Tapi perlu stop dah kot ni. Haihhh, gaya penulisan aku yg semakin hari semakin berubah, perasan tak? Aku masih orang yg sama, matlamat hidup yg sama, punya keinginan dan kehendak yg sama, gaya penulisan je berubah sikit mengikut situasi dan level feeling aku ketika menulis. Lebih dynamic bagi aku. Lebih menunjukkan aku seorang manusia yg punya perasaan yg selalu tak stabil yg sedang cuba memperbaiki diri dari setiap sudut yg terzahir dengan mata kasar mahupun yg tersimpan kemas dalam jasad dan jiwa.
Shiela, peringatan untuk diri sendiri. Pandangan manusia terhadap kau ada dua jenis. Satu, yang bakal menjatuhkan kau. Dua, yg bakal menaikkan semangat kau. Tak kira la macam mana kau amik port terhadap kedua-dua jenis pandangan tu, tak ada satu pun yg akan bagi manfaat balik pada kau dalam tempoh jangka panjang. Sebab, the one yang matters; macam mana pandangan Allah terhadap kau.
0 comments:
Post a Comment