Sunday, August 8, 2010

Morning!!

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
08hb Ogos 2010, 27 Shaaban 1431, jam 06:53am.

Saya sudah jatuh chenta tergolek-golek pada font Trebuchet ni. Sorry Verdana, nanti saya dah boring dengan Trebuchet saya kembali la pada awak balik. Blogging lagi. Gila rekod. 3 posts in less than 24 hours. Bapak ah Shiela. Nampak sangat memang weng ni. Haihh.

Hari ni nak pergi KL. Nak merempat kat tempat orang. Pastu nak pergi Pahang dengan Terengganu. Semoga bermanfaat, insyaAllah. Ada rezeki esok nak jumpa Jimah. Lusa nak jumpa Nada and Pidah. Hohoho. Panjang punya plan, semoga menjadi la kan. Tapi sekarang ni, sehelai baju pun aku belum packing.

Tiba2 je kan, out of blue teringat satu peristiwa masa kat Poland. Masa virus demam merebak dalam kalangan kitorang. Dari sorang terkena, berjangkit pulak dekat orang yg lain. Tapi yg pelik tu, even aku memang hidup dengan tiga orang manusia yg tengah sakit demam batuk selesema tu, aku boleh pulak sihat walafiat macam tak ada apa2.

Waktu tu, alhamdulillah je yg aku boleh cakap. Allah sihatkan tubuh badan aku waktu tu. Sampaikan dorang buat pakatan nak pegi batuk dan bersin kat dalam bilik aku, sebab pelik apsal aku tak terjangkit--jangkit. Hoho. Okay, teringat pasal ni tiba-tiba sebab aku tengah rasa tak berapa nak sihat ni. Sakit betul kalau rasa tak sihat lepas sebulan menjadi penghuni tetap hospital kan. Sebab macam2 penyakit terbayang dalam kepala otak. Denggi la, leptopsirosis segala ada. Duhh. Harap2 it's just me being overboard la.

Jom tengok anime nak tak?? Ekeke. Ntah apsal tiba2 terbukak cerita ni. Jom2 tengok2!!!



Dulu aku memang sangat minat cerita ni. Sekejap je buat marathon habiskan berapa belas episod dia entah. Hahahaha. Hero dia hensem! Heroin dia lawa! Okay, takde point! dari panjang aku mengarut entah apa2, baik aku pergi packing. Pak pesan suruh keluar awal, sebab kena pergi sendiri takd aorang nak hantar, dengan keadaan sikap aku sekarang besar kemungkinan aku boleh ditinggalkan bas. Uhh, tanak2. Okay2, go get ready! Macam agak yakin la i'll be back here very very very soon.

Sangat tidak bermanfaat. So biarlah aku akhiri dengan sepotong hadith dari koleksi Hadith 40 Imam Nawawi, so that tak ada la tak bermanfaat langsung post aku pagi2 ni. Hadith yg ke-19. Sebelum ni aku ada sentuh kan Hadith 42, yang sangat2 menyentuh perasaan tu. Hari ni kita tengok Hadith 19 pulak. Hadith ni agak panjang, so aku extract a few points jela eh, yg nak tahu penuh pergi cari sendiri.

Sedikit intipati dari hadith ni, Rasululullah bersabda, "Jagalah Allah, nescaya Allah akan menjagamu. Jagalah Allah, nescaya Dia akan selalu berda di hadapanmu. Jika kamu meminta, mintalah pada Allah, jika kamu memohon pertolongan, mohonlah kepada Allah. Andaikata ada sekelompok orang datang untuk memudaratkanmu atau memanfaatkanmu, mereka tidak akan dapat melakukannya melainkan apa yang telah Allah tetapkan untukmu." -ayat aku sendiri tau, yg sebetulnya sila rujuk mana2 sumber Hadith 40 Imam Nawawi.

0 comments: