Wednesday, August 4, 2010

Runsing tu sama tak dengan Confused?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Hari ni 4hb Ogos 2010, 23 Shaaban 1431, pukul 8:26pm local time.

Sebelum ni, bila masuk je bulan lapan me
sti start countdown to my birthday. Tapi tahun ni, ada countdown lain. Countdown to the end of practical. InsyaAllah esok last. Serius tak sabar. Bukan tak best. Tapi aku pun tahu rasa sunyi. Sebulan aku dok sini, sekali je yg aku ingat aku pernah gelak sbb aku mmg rasa nak gelak-masa Kak Ani, nurse kat peadiatrics cerita pengalaman dia berurusan dgn pesakit deaf and dumb, and masa dia cerita pasal orang nak bunuh diri kat Sungai Petani.

Setiap kali nak start blogging akhir2 ni, mesti mula dengan sebut nama Allah. Semoga ada la paling kurang pun satu huruf dalam blog ni yg Allah redha. Even aku banyak merapu tak tentu hala, tapi ada kesedaran yg aku dapat bila dah lepas spill tu. Jadikan sbg amalan ye. Jangan la akhir2 ni je Shiela eh. Eh? Eh?

Teringin nak pegi pantai. Lama dah diusulkan keinginan ni, tapi takde pun orang nak bawakkan? T__T

Sekarang tgh tak ketahuan hala lagi. Lepas berdiskusi ala kadar dgn Wani tadi, kami namakan mood ni sebagai 'sedih, tapi heartless'. Sedih, tapi tak rasa nak nangis. Rasa nak spill, tapi tak tahu macam mana. Rasa nak peluk orang, tapi tak tahu sapa. Rasa nak cerita dekat orang, tapi tak tahu nak cerita apa. Even Wani kat UPM, aku kat Yan, mood ni macam contagious, aku rasa, Wani pun rasa. Haihh.

Bukak je Facebook tadi nampak link yang Fadh and Kak Mima share. Link dari website Hilal Asyraf. Macam kena pada masa la pulak article tuh. So aku share dgn Wani. Hikmah Allah kan, tak kira masa tak kira tempat. Tapi Allah selalu bagi bersesuaian dengan keadaan dan situasi, so that kita lebih hargai. Kalau la terbaca article tu time tengah happy gelak lepak2 confirm2 la tak sempat habis baca aku dah tukar masuk website lain.

Pastu tadi to kill the time nak masuk maghrib sempat la tadabur Quran sikit. Terpikir, cmna la aku nak habiskan satu Quran tu sebulan kalau nak baca sehelai dua sehari pun aku dah ngelat bukan main? Kalau nak habiskan dalam sebulan Ramadhan tu kena habiskan satu juzuk sehari. Aigoo~ Camna Shiela??? Dan terjeling la dengan satu ayat yg dah berkurun aku tanda, tapi tak penahnya nak ingat dalam kepala otak. Otak penuh sangat dengan apa la agaknya, sampai ayat Quran sebaris dua pun susah nak amik tempat. Nak kata penuh dengan ilmu Anatomy pun, hari tu exam dapat atas pagar je. Dengan ilmu Biofizik toksah sebut ahh. Penuh dengan lagu2 Koreakah Shiela??? ^^

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat."- 2:186

Teringin jugak nak pegi air terjun Titi hayun tu!!! Tapi takut ahh, leptospirosis!! ^^

Allah tu dekat eh?? Memang la, kalau tak takkan la Allah kata Dia lagi dekat dengan kita dari urat leher kita sendiri kan. Urat dekat leher, yg ditranslate sbg jugular vein kalau baca tafsir Quran in English tu bersama dgn kita sejak sebelum kita lahir sampai la ke saat ni. Pi mana yg kita tak bawak jugular vein tuh? Macam tu la jugak Allah, keberdekatan Dia dengan kita, yg lebih dekat dari si urat tu, membuktikan yg Allah bersama kita setiap masa, tak pernah hatta sepico saat pun kita ditinggalkan sorang2. Tapi kebanyakan masa kita buat tak peduli, macam kita ni sorang2 je.

"Aku suka hidup sorang2. Rasa bebas nak buat apa pun." -Wani, kalau h
g dengaq aku cakap macam ni lagi, katok kepala aku guna M16 yg kita pegang masa PLKN dulu eh.

Ehm, time mood suwey tengah sedih tapi heartless ni, hati aku memberontak betul nak buat kerja2 yg boleh la dikategorikan sbg gila. Kalau kat Poland, rasanya dah lama aku pecut naik tram pegi entah mana2. Tak pun pegi lepak kedai kek kat Galleria makan kek tiramisu sampai sekilo. Tak pun tarik selimut tidur sampai la ada orang datang kejut. Tapi duduk kat Yan sorang2 ni even terpikir jugak nak buat kerja gila, tapi masih sempat dikawal dengan rationality akal. KIV kejap kerja gila yg aku terfikir ni, not tonight, malam esok maybe..??? Hahaha.

Apa yg lebih cantik dari ciptaan Allah? Subhanallah. Baru perasan yang aku pun cantik

6 comments:

Cid said...

x sama
runsing tak sama ngan confuse
runsing bla hg worried about something
confuse bla buat pilihan
kranya hg dua2 ah skang ni

Lemonades Of Life said...

hahaha. punya la panjang ak mengarang, yg tajuk tu saja yg hg komen eh! em, ak dua2 eh skang?? adoii..kesian ak. ^^

Cid said...

hbs tu...
ke nak ckp psl kencing tikus
bukit wang terbabit

Lemonades Of Life said...

haha. tak berminat nak cakap pasal kencing tikus. eeew~ hahah. kat sini pun ada patient lepto weh, tapi dia sihat je..??? secara zahir la. ^^

Cid said...

hbs...
yg ramai mninggal tu camna plak..
xtau diorang kena pnyakit tu

Lemonades Of Life said...

ha, tu yg ak pelik. ramai yg sampai mati, tapi patient kat sini siap boleh melawak lagi dgn doctors suma. huhu. ada byk stage kot