19 Ogos 2010, 09 Ramadhan 1431, 07:58pm waktu Malaysia.
Happy belated birthday dekat Anam. Semalam birthday dia. Even skrg dah lost contact tapi tak boleh nak lupa birthday dia, sebab exactly a week from my birthday. Hehe. Setinggi-tinggi tahniah jugak dekat Nada dan Mizah, bumi Britain dah di depan mata. InsyaAllah, semoga dipermudahkan jalan untuk ke sana. Result dah mantap kan. Hee.
Dulu-entah dah berapa bulan agaknya, masa tu kat Poland lagi-pernah cakap dekat Wani yg aku sangat suka satu ayat Quran ni, tercame across time tgh tadabur waktu tu. Then aku kata ingat nanti nak tulis pasal ayat tu kat blog, tapi sampai ke sudah tak tertulis-tulis. Hari ni tiba-tiba teringat balik ayat tu.
"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?"-61:10
Okay, apa yang best sangat pasal ayat ni? First time aku baca ni waktu tu, aku rasa tertarik. Mungkin sebab pendekatan yang sedikit berbeza bagi aku pada ayat ni. Selalu typical impression kita of al-Quran ni kan, mesti Allah kata "Dan laksanakanlah solat dan tunaikanlah zakat." Ayat2 berbentuk perintah, banyak kita jumpa kan dalam Quran. Tapi ayat ni, Allah tanya. Allah mulakan pendekatan dengan menyoal, nak ke tahu? Alah, macam kita jugak la kan. Time sembang2 dengan kawan, bila nak bukak satu cerita tu, mesti didatangkan dengan unsur saspen sikit2, "Weh, hg nak tau tak? Hari tu kan.." Kita tak start dengan "weh nak tau tak" tu sebab kita nak jawapan dari kawan kita kan. Kalau kawan kita kata nak kita cerita, kalau tak kita tak cerita. Sebab waktu kita start cakap "weh nak tau tak" tu memang kita dah tanamkan dalam hati kita yg kita sebenarnya nak cerita. Betul tak? Allah pun macam tu jugak. Allah tanya, bukan sebab Allah nak tahu kita nak ambik tahu ke tak nak, Allah memang akan bagitahu kita jugak..tapi Allah tanya tu sebagai perencah, sebagai intro kepada apa yg Allah sebenarnya nak sampaikan, supaya orang2 yang beriman (semoga saya dan anda termasuk dalam golongan ini) rasa tak sabar2 nak tahu apa la Allah nak bagitahu pulak kali ni.
So, apa sebenarnya yang Allah nak bagitahu? Yang Allah start dengan soalan berunsur ala2 saspen ni, Allah nak cakap apa sebenarnya? Kalau baca lagi tafsir selepas ayat tu, terjawab la soalan kita... Ayat 11, 12, 13. The exact ayat dan tafsirnya sila rujuk sendiri dalam tafsir Quran masing2, malas nak salin. Panjang sangat.
Basically, Allah bagitahu kita perdagangan yang dapat menyelamatkan kita dari azab. Menyelamatkan kita dari azab tu maknanya kita tak masuk neraka la kan. Bila dah tak masuk neraka, maknanya kita masuk syurga. Kalau kita tengok balik ayat 10 tu kan, Allah guna perkataan 'perdagangan'. Agak2 kenapa ye? Pada pemahaman aku, perdagangan ni berlaku bila adanya pertukaran yang menguntungkan kedua-dua belah pihak. Pertukaran yang berlaku atas dasar persetujuan semua pihak yang terlibat. Dan kalau kita tengok perdagangan yang berlaku kat atas muka bumi ni, pedagang memperdagangkan benda yg sama nilai. Tak ada orang nak berdagang kain batik dengan daun kering. Contoh la kan, sebab daun kering tak sama nilai dengan kain batik. Orang berdagang kain batik tukar dengan kain pelikat, baru serasi dan secocok kan. Tu kalau kita berdagang sesama manusia, kita mementingkan keadilan! Macam mana pulak perdagangan dengan Allah ni ye?
Intipati pada ayat 11: 1-Allah suruh orang2 yang beriman beriman pada Allah dan Rasulullah. 2-Allah suruh orang2 beriman berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa.
Intipati pada ayat 12: 1-Allah akan mengampunkan dosa2 orang2 yang beriman. 2-Allah akan tempatkan orang2 beriman di dalam syurga.
Okeh! Perdagangan yang adil! Dekat ayat 11, Allah suruh kita buat 2 benda. Dekat ayat 12, Allah bagi balasan dengan 2 perkara jugak. Adil la tu kan? 2 dibalas 2. Sama jela camtu berdagang dengan siapa2 pun kan. Keyword dia: sama nilai. Hm!
Lalu tiba2 kita semua meneruskan pembacaan pada ayat 13 pulak dengan sengaja tanpa sebarang prasangka.
"Dan (ada lagi) kurnia yang lain yang kamu sukai (iaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang mukmin."
Ops! Kenapa awal2 lagi Allah mengusulkan satu bentuk perdagangan yang membawa lebih kepentingan dan keuntungan kepada umat manusia ya? Fikir-fikirlah sendiri. Dah sejam aku menulis ni. Mengarut je lebih.
"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"
3 comments:
hpi blated birtday kat anam..
smoga pnjang umur n dmurahkan rezki
epy blated bsday kat anam.
woahh.
tajuk bes!\
ayat bes!
subaili and wani: nak wish besday anam habaq la kat dia. macam la dia baca blog ak. muahahahaha.
wani, yeke ayat bes? ak baca2 balik macam kureng ahh
Post a Comment