Sunday, December 25, 2011

#185-What's your bucket list?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.

Kalau kat Malaysia sekarang pukul 6.30am. Happy Birthday Mak. :) Birthday Mak yg kesepuluh lepas Mak meninggal, maknanya dah sepuluh tahun tepat Mak tak ada. Cepatnya dah sedekad dah rupanya. Hehe. InsyaAllah, adik cuma boleh kirimkan doa untuk Mak dari sini, semoga Mak berada dalam rahmat dan redha Allah.


Dulu masa Form 3, aku ada buat list impian yg aku nak capai sepanjang aku hidup. Entah apsal tiba2 hari ni teringat nak bukak balik benda tu. Ada yg alhamdulillah dah tercapai, ada yg belum dan insyaAllah akan dicapai, ada jugak yg mengarut entah apa2 je aku dulu ni. Dan masa tu aku suruh kawan2 aku list jugak impian dorang. Dalam banyak2 yg dorang list tu, salah satu impian Nora yang paling aku ingat. Nora nak islamkan sekurang-kurangnya seorang manusia. Entah macam mana la Nora sekarang ni, harapnya ko berada di jalan yg bakal memudahkan ko untuk mencapai impian tu. :)

Hm, tak salah kan untuk berimpian? ^^ Tadi baca artikel dari Langit Ilahi. Quoting Hilal Asyraf, he said; "Dari saya terus 'menghumban'kan orang ke dalam neraka, menyatakan mereka tiada harapan, saya lebih suka mengajak manusia pergi ke syurga Allah, dan memberikan mereka impian."

Yup, sedangkan orang yg berdosa pun masih Allah bagi ruang untuk bertaubat. Allah bukakan pintu taubat, agar mereka (dan saya dan anda) berimpian untuk diampunkan Allah, agar kita bergerak menunaikan ibadah untuk mencapai impian kita.

Uhm, sebagai seorang Muslim, kita semua ada ghayah yg sama kan? Matlamat/Destinasi akhir, yakni Allah. Matlamat kita keredhaan Allah, destinasi kita syurga. InsyaAllah. Tapi hadaf jugak penting. Matlamat jangka pendek. Matlamat dalam hidup yg kita cuba capai, yg kita harap ada nilainya dekat akhirat nanti. Matlamat dalam hidup yg semakin mendekatkan kita untuk mencapai ghayah kita insyaAllah.

Jadi, sebelum kita nak berimpian dan bermatlamat, clearkan hati dan perasaan..fikir betul2 apa hadaf kita. Bermanfaatkah impian kita untuk kegunaan dekat akhirat nanti? InsyaAllah, bukan setakat sembahyang puasa je dapat pahala. Menangis pun boleh dapat pahala. Tidur pun boleh dapat redha Allah, kalau kena cara dan hadafnya. ^^


Salji masih malu2 kucing nak turun tahun ni. Seronok la Mashi dengan Nada tour UK, snow tak lebat. Hehe. Semoga Allah permudahkan perjalanan korang, dan semua yg bermusafir mencari redha Allah winter break ni. Aku dengan Fadh je setia jadi penunggu Fatihah w Lodzi. Habis cuti 2 minggu, gemuk aku. Hari ni Fadh buat tiramisu and roti canai. Nanti katanya nak buat laksa pulak. Aku? Aku tolong makan je. ^__^

Saturday, December 17, 2011

#184 - Sahabat

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.

Hari ni sahabat tersayang dedicate lagu untuk aku. Allah, terkembang-kembang hati kejap. Bertambah-tambah sayang aku dekat dia. Hehe. Walaupun rasa macam aku tak layak untuk digelar seorang sahabat pun, tapi ketahuilah that song dedication means a lot to me, sahabat :)




Seorang Narshiela Saad ni, orang kata adalah orang yg sangat mementingkan persahabatan. Realitinya aku sendiri pun tak pernah tahu. Aku pernah menyayangi sahabat, dan aku pun pernah melukakan hati sahabat. Aku pernah menangis kerana sahabat, dan aku pun pernah bergaduh kerana sahabat. Aku dah rasa bukan yang manis2 je, yg masam pahit semua ada.

Walau pengalaman aku dalam arena persahabatan ni tak sehebat pengalaman orang lain, tapi tak ada orang pernah mengalami pengalaman yang sama macam aku, yg membentuk aku jadi aku macam hari ini.

Thanks Wani. Satu penghargaan untuk aku bila hg dedicate lagu ni utk aku. Serius happy sangat sangat rasa nak melompat2 je kalau tak memikirkan aku skrg dah jadi anak dara kan. :p Lama dah aku berkawan dgn hg, tapi apsal la bila dah habis sekolah baru aku kenal hg, baru aku rapat dgn hg. Ruginya perkenalan sejak darjah tiga dulu, sebab kalau aku sayang hg dari dulu the way aku sayang hg sekarang, mesti kita lagi banyak gaduh, yg boleh simpan buat kenangan. Hehe. But after all, tak kisah la. Percaturan Allah tetap yg paling baik. Walaupun terlambat sikit, Allah masih mengizinkan aku untuk hadir dalam hidup hg.

September 12th 2011, 11:46pm Malaysia time : I received a text saying, "U'll never lose me. InsyaAllah. Though I acted or sounded very angry towards u that doesnt mean i hate u ok?" Aku malas delete message dlm inbox sbb tu text ni ada lg dalam inbox. Tapi hari ni, I'm glad that I didn't delete it. Sebab aku percaya kata2 orang yg bagi text ni dekat aku. Bila aku rasa macam aku dah hilang hg, atau rasa aku dah makin jauh dari hg..aku baca text ni. Losing bukan bermaksud tak contact kan. Harapnya dalam doa hg aku masih wujud.

Normal la kalau berkawan tu mesti ada terasa hati tergaduh semua. Tapi dengan dia ni, memang aku penah bergaduh besar, yg sampai satu tahap aku rasa tak ada apa yg aku buat yg akan mend the situation. Tapi Allah masih mahu dia ada dalam hidup aku. :) I shall say, yg aku dan dia ini dah ada hidup masing2, tapi somehow..walaupun jarang contact, aku tetap kena tahu yg dalam hidup aku, seorang dia ini tetap kena wujud. Dia tetap kena jadi sebahagian dari hidup aku. Tak kira la dia ada peranan ke tak dalam hidup aku, dia tetap perlu ada. Tak kira la aku contact dia ke tak, dia kena jugak ada dalam hidup aku. No matter what :)

Sejarah persahabatan yg bagi aku, unik. Perkenalan aku dengan dia, bagi aku sangat sangat istimewa. Keluar je dari Jenan, aku cakap kat diri aku, "sampai aku tua sekalipun aku takkan jumpa sapa2 yg akan mengingatkan aku dekat dia ini, sebab dia ini one of a kind..satu dlm infinity." And she indeed is. Fikrah yg sama buat aku carik dia bila aku rasa down di atas jalan dakwah dan tarbiyyah. She's miles away, but somehow she's so close at heart.

Entry ni nampak macam pening. Sebab mmg entry impromptu. Aku taip tanpa fikir, and spontaneously and instantaneously. Bila Wani dedicate lagu ni kat aku, aku automatic teringatkan 4 orang sahabat yg sama2 membesar dgn aku dekat Jenan dulu. 4 paragraphs di atas adalah tentang dorang ^^ Yang first tu pasal Wani, yg kedua ketiga keempat tu saja tak sebut nama. Kalau tuan punya badan baca, maybe dia boleh discover sendiri yg aku sedang bercakap tentang dia. ^__^


Wednesday, December 14, 2011

#183 - Muse.

In the name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful.

Let's see. It's December 14th today, exactly at 2:35am right now. I am supposed to be studying for my pathophysiology test this coming Thursday and yet, here I am. Rambling. Nak buat macam mana, studying Diabetes up to its molecular basis is so not as interesting as blogging, so I'm saying. ^^

Well, since the mood is here, I am thinking of responding to this question.

"dan sepanjang pemuda ini tidur, rasa-rasanye lah kan ape dah berlaku kat tamadun tu? maksud saya ape jenis dakwah, revolusi, method atau ape saje cara sehinggakan islam tertegak dengan begitu indah? bagaimanakah perubahan itu berlaku sedangkan pemuda2 yang membawa risalah dakwah ketika itu telah ditidurkan di dalam gua. maka nak minta pandangan cik penulis." -by muse. (refer to the chatbox at the right side of this blog ---->)

First of all, I am aware of my status, that I am not alim enough (alim, as in berpengetahuan) to answer this question in a more solid and precise way. But still, I can go surf the internet looking for kitab ke tafsir ke apa, and I am pretty sure I'll find some sources that will give me an answer to this. But right at this very moment, I feel like answering this question using my own opinion. Hmm, more like sharing my own opinion rather than answering to this question kot. :D Please note that this entry is solely my opinion, and my opinion only. I do not refer to any kitab, articles or anything else except tafsir al-Quran for the verses. And so, this can be true and not be true, depending on the way people see it.

Anyway, the first time I read what Muse wrote, one verse from the Quran came across my mind.

"Sesungguhnya, Kamilah yang menurunkan al-Quran, dan pasti Kami (pula) yang memeliharanya." -15:9

Kalaulah, hari ini Allah mematikan semua orang yang menyampaikan risalah dakwah, adakah itu membawa maksud islam akan terus hilang lenyap tanpa ada sebarang kesan? Kita hidup kerana adanya islam, atau islam itu ada kerana adanya kita? Tepuk dada, boleh tanya hati, ilmu, iman dan fikrah kita :)

Saya tak tahu apa jenis dakwah, revolusi atau method yang membuatkan islam tertegak sebegitu indah masa pemuda2 Kahfi tu terjaga dari tidur selama 900 tahun lebih tu. Tapi, saya tahu itu kehendak Allah. Allah yang Maha Hafiz menjaga pemuda2 Kahfi dari ancaman fitnah keimanan ke atas mereka. Dan pada masa yang sama Allah yang Maha Hafiz turut menjaga agama tauhid agar terus subur di atas muka bumi.

"Perangilah mereka, niscaya Allah akan menyiksa mereka dengan (perantaraan) tanganmu dan Dia akan menghina mereka dan menolongmu (dengan kemenangan) atas mereka, serta melegakan hati orang2 yang beriman." -9:14

Kemenangan yang dijanjikan Allah terhadap umat islam terjadi kerana itu kehendak Allah yang mahu memberikan kemenangan kepada umat islam. Kata Allah dalam ayat di atas, Dia akan menyeksa mereka dengan perantaraan tangan umat islam. Yang memerangi adalah umat islam, yang memenangkan adalah Allah. Kita boleh memerangi tapi kita tidak berkuasa untuk memberi kemenangan. Sedangkan Allah, tanpa memerangi sekalipun Allah mampu memberi kemenangan.

Allah mampu saja memelihara agama-Nya tanpa kita. Walaupun tanpa pemuda2 Kahfi yang membawa risalah dakwah, Allah berkuasa saja mendatangkan manusia2 lain yg turut beriman untuk menyebarkan islam. Kalaupun tidak dengan cara tu, ada banyak lagi cara yang Allah boleh datangkan untuk menegakkan islam di atas muka bumi. Kerana Allah itu Maha Kuasa.

Dan kita yang tak ada kuasa ni, sentiasa memerlukan rahmat Allah agar semasa Allah memenangkan agama islam, kita berada dalam kelompok mereka yang berusaha ke arah itu. Manusia ni ada empat kelompok. Yang main bola, yang tolong sorak masa tengok orang main bola, yang bakar banner dan buat demo protest team bola dan team yang lawan pasukan bola. Jadilah orang yang main bola, so that bila team bola tu menang, kita jadi orang yang menyumbang, bukan sekadar orang yang pegang pompom sambil bertempik sorak.

Summary pada apa yg nak disampaikan sebenarnya just: jadilah orang yang berusaha untuk menegakkan agama Allah sehingga ke UA. Walaupun usaha kita tu bukan faktor kejayaan yg bakal kita tempa, tapi usaha itu adalah apa yang bakal memberatkan timbangan kita. Allah tak suruh kita berjaya, Allah suruh kita usaha. Dan bila kita usaha untuk agama Allah, Allah pasti akan tolong kita (47:7)

I never really answer question correctly, sebab I keep on going out of the track. Forgive me for that, especially to Muse. But still, what I feel like sharing, I think I've said them all. What cause NIDDM? I'd better go back to my beloved Diabetic slides. ^_^ Salam sayang semua ^^

Oh anyway, rasa nak dengar Unintended by Muse. Lama tak layan.

Thursday, December 8, 2011

#182 - Luahan :(

ALERT: Ini entry emo dari si penulis. Tak perlu baca :) <--- (cuba untuk senyum)

Apa aku rasa sekarang? Aku rasa frust. Frust menonggeng. Frust gila2. Frust yang dari semalam bawak ke hari ni tak hilang2. Frust yg sampai terpaksa buat esei berkajang2 nak meluahkan isi hati dalam kelas Lab Diagnostics. Frust yang sampai orang kat Malaysia pun perasan aku emo lain sikit dari semalam. Frust yang sampai kena buat emergency contact ke Birmingham. Aku frust gila!

Sebab aku rasa aku tak cukup usaha untuk keluar ke persekitaran yang sebegitu. Aku selesa dengan biah aku sekarang. Duduk dengan orang yang berusrah, orang yang selalu mengingatkan bila2 terlupa. Orang yang berukhwah atas dasar mencari redha Allah. Aku selesa dengan hidup aku ni. Aku bersyukur sebab aku jadi orang yang dipilih Allah untuk terima dakwah dan tarbiyyah. Aku bahagia dengan tempat ni, aku happy bila Allah letak aku kat sini.

Dan langsung aku tak sedar, aku terima makanan rohani hari2 tapi aku langsung tak tolong menyumbang dan memberi ke luar! Apa guna kalau aku sorang2 jadi makin baik, tapi keluarga, kawan2 dan orang2 yang aku kenal kat luar sana belum dapat rasa kemanisan iman dan kesejahteraan islam the way aku rasa???

Kita, tak ada hak untuk menghakimi. Kita, tak ada hak untuk putus asa. Kita, tak ada hak untuk memberi keputusan dan menjatuhkan hukuman. Hak kita, hanya usaha. Berhasil atau tak usaha kita, bukan dalam kuasa kita untuk menentukan.

Hanya kerana sesuatu persekitaran tu tak bermanfaat untuk kita yang dah terima dakwah dan tarbiyyah, wajarkah kita tinggalkan orang2 lain yang turut ada dalam persekitaran tu? Dakwah dan tarbiyyah bukan macam sekolah. Murid2 pergi sekolah cari cikgu untuk dapat ilmu. Dakwah dan tarbiyyah tu multiple-ways interaction. Murabbi perlu jugak mencari orang yang mahu didakwah, bukan sekadar tunggu orang datang mintak didakwahi!

Aku frust. Aku sentap. Macam tu remeh sekali ke manusia pandang soal syurga neraka sekarang ni? :( Waktu2 macam ni, aku mesti teringatkan sahabat Nabi, Mus'ab bin Umair. Kuatnya beliau, persistentnya beliau. Mus'ab yang seorang mampu mengislamkan sebuah negeri Madinah! Aku? Apa aku ada? Jangankan sebuah negeri... :(

Sunday, December 4, 2011

#181 - Fitnah Dalam Gua part II

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.

Fuhh, entry tertunggak lebih seminggu. Blame it solely on Pharmacology, not my time management. Hehe. Oh, selamat hari asyura. :) Dah nak 10 Muharram. Jom2 rebut pahala puasa hari ni ^^ Ha! Pun tak wish lagi happy new year. Ada penghijrahan ke arah yg lebih baik untuk tahun baru 1433H ni? Lagi kurang sebulan nak birthday tahun hijrah. Yeay. :D
Link
Entry ni adalah sambungan kepada Cerita 1 sampai 4 yg dipost on November 25th dulu. Baca tu dulu before baca ni tau. First thing first, kena clarify dulu apa maksud fitnah sebenarnya. Kita selalu je cakap fitnah2 ni bila ada orang bawak cerita yg tak betul kan. "Eh dia tu fitnah belaka." Tapi maksud fitnah ni sebenarnya bukan tu je. ^^ Secara generalnya, fitnah ni adalah ujian. Ujian ni boleh jadi dua benda, ujian yg datang dari dalam dan ujian yg datang dari luar. Contoh, Munah ni free hair. Sebab apa dia free hair? Ada dua sebab. 1, sebab orang sekeliling dia pun free hair. 2, sebab dia rasa dia tak cantik kalau pakai tudung. Sebab 1 tu adalah ujian dari luar, yg kita panggil mehnah. Sebab yg kedua tu kita panggil fitnah, sebab datangnya dari dlm diri kita.

So, nak dijadikan cerita, seronoknya surah al-Kahfi ni sebab Allah bukan saja2 suka2 nak cerita kat kita pasai orang zaman2 dulu, buat bedtime story je. Bangun tido terus lupa. Ada fitnah yg dibawa dalam keempat-empat cerita ni. Ada empat jenis ujian yg boleh datang dari dalam diri kita, dan melalui cerita ni, Allah share dengan kita apa ujian2 yg selalunya kita terima dari dalam diri kita.

Fitnah 1

Fitnah keimanan. Pemerintahan yg kejam dekat negeri tempat pemuda2 Kahfi ni tinggal berlawanan dengan fitrah agama tauhid yg dorang anut. Keimanan dorang teruji. Patut ikut je ke pemerintahan tu untuk selamatkan diri, atau kekal dengan agama tauhid dan terima risiko bakal dimaki dihukum bagai? Kalau kita berhadapan dengan fitnah keimanan ni, Allah kata penyelesaiannya adalah keluar dari persekitaran yg membawa keburukan pada kita tu. Macam pemuda2 Kahfi ni buat. Untuk menjaga keimanan dorang, dorang keluar menuju ke sebuah gua. Kat sini kita nampak kepentingan biah dalam kehidupan seorang individu muslim. :)

"Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya." -HR Abu Daud.


Fitnah 2

Fitnah kekayaan. Si kafir dengan si mukmin ni dua2 ada kebun anggur. Dua2 ada harta. Tapi berbeza sekali cara dorang melayan harta dorang kan. Satu berbangga2 dengan apa yg dianggapnya diperoleh sebab hasil usaha dia sendiri. Bila kita ada harta, lagi2 yg kita peroleh melalui hasil usaha kita, senang untuk kita terkena fitnah kekayaan. Rasa macam kita kaya ni sebab kita yg rajin usaha semua. Jadi penyelesaiannya, anggap harta tu sekadar perhiasan dunia, yg terwujud sekadar dengan kehendak dan izin Allah. (MashaAllah, la quwwata illa billah). Harta tu bukan milik kita, tapi dipinjamkan Allah untuk kita. Harta boleh jadi benda yg bakal mendakwa kita di akhirat, boleh juga jadi benda yg membantu kita masuk syurga, terpulang pada cara kita mengendalikan harta kita. :)

"Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, untuk Kami menguji mereka, siapakah di antaranya yang terbaik perbuatannya." -18:7


Fitnah 3

Fitnah kebijaksanaan. Nabi Khidir itu seorang Nabi yg dikurniakan Allah dengan pengetahuan dan kebijaksanaan. Untuk orang yg bijak pandai ni pun mudah untuk jatuh dalam fitnah kebijaksanaan ni, bila kita anggap kita pandai dan lebih dari orang. Nauzubillahiminzalik. ;( Dalam cerita ni, cara Nabi Khidir ni mengelak dari fitnah kekayaan ni adalah dengan buat benda2 pelik. Hehe. Yeke? Dalam erti kata lain, beramal dengan ilmu. Hidup mengikut arus agama, bukan arus adat dan semasa semata-mata. Benda pelik ke tak pelik ke, kalau berdasarkan ilmu yg kita ada itulah yg Allah redha, perlu untuk kita buat.

"Ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah." -Saidina Ali r.a. (macam pokok cempedak mandul kat umah, last2 kena tebang je. huhu)


Fitnah 4

Fitnah kekuasaan. Ayat 86 surah al-Kahfi ni, Zulkarnain siap diberi pilihan lagi sama ada hendak menghukum atau berbuat kebaikan, sebab Zulkarnain ada kuasa. Orang ada kuasa ni mudah terjurus untuk menyalahgunakan kuasa. Sekarang ni lagi la kan, corruption semua. Isk isk. Untuk mengelak fitnah kekuasaan ni, si ketua perlu bergaul dengan orang ramai. Kalau zaman Khulafa' ar-Rasyidin dulu pun dah menjadi satu contoh untuk kita, mana ada khalifah yg rumahnya lagi mewah dari rumah rakyat2nya kan. Rasulullah sendiri pun lagi rela ikat perut dengan batu sbb berlapar. Zuhudnya hidup dorang kan.. Apa yg pemimpin2 ni dapat, adalah apa yg rakyat2nya dapat. :)

"Dan Kami jadikan di antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami selama mereka sabar." -24:32


Panjang entry ni. Ni tak menjawab lagi soalan Muse (rujuk chatbox). InsyaAllah post selepas ni akan diusahakan secepat mungkin. Minggu ni takdak exam boleh la berfoya-foya. Wahaha!

Em, harap si penulis dan si pembaca dapat ambik sedikit sebanyak ibrah insyaAllah. Gambar tak ada kena-mengena dengan cerita ye ^^

Selamat hari asyura semua! Love from Poland :)