Thursday, June 14, 2012

#200

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.


Semakin sayang Allah terhadap seorang hamba-Nya, semakin kuat ujian yang ditimpakan ke atas hamba-Nya itu. Lalu hamba itu akan menangis memohon kepada Allah agar diberi kekuatan dan keimanan yang teguh untuk menghadapi takdir Allah. Dan akan semakin bertambahlah kasih sayang Allah ke atas hamba-Nya itu, yang walau dalam keadaan susah dan sedih, hamba itu masih memikirkan Allah. 


Bertuahnya hamba itu. Diuji berkali-kali, namun tidak sedikit pun imannya tergugat malah imannya semakin bertambah. Semakin dekat dia dengan Allah, semakin cinta dia kepada Allah. Dia redha bila diuji. Walaupun dia menangis, hatinya cuma ada Allah. Dan Allah pasti akan terus mengujinya sehingga saat Allah mengambil nyawanya dan meletakkan dia di sisi Allah sampai bila-bila. 


Memikirkan situasi saya sekarang yang sedang berjuang dengan ujian dunia, sudah tentu saya mahu menjadi seperti hamba di atas. Namun, apa yang saya rasa adalah seratus peratus berbeza. Lulus exam, tak bererti lulus ujian Allah. Allah mungkin juga menguji dari sudut itu, sejauh manakah kita bersyukur, sejauh manakah kita meletakkan pergantungan ke atas Allah dan bukan semata-mata ke atas usaha kita?


Kita sedih bila gagal exam. Menangis. Dan kita sedar itu ujian dari Allah, maka kita beristighfar, melebihkan usaha, dan mendekatkan lagi diri kepada Allah.Sekurang-kurangnya kita sedar bahawa itu ujian. Bagaimana mereka yang lulus exam? Bukankah itu juga satu ujian?


Sejarah mengajar kita saat sesuatu yang menggembirakan terjadi kepada kita, dahulukan ucapan 'astaghfirullah' daripada ucapan 'alhamdulillah'. Kali pertama saya lulus exam, saya rasa: sweetnya Allah kerana membantu saya. Kali kedua saya lulus exam, saya rasa: ujian apakah ini? Masih pedulikah Allah pada saya, atau saya sudah tidak dipandang-Nya? 


Yakinlah. Lulus. Gagal. Menang. Kalah. Syahid. Semuanya di tangan Allah. Usaha itu perlu, namun niat dan pergantungan itu lebih Allah ambil kira. Sama ada kita ditimpa musibah atau nikmat, kedua-duanya adalah ujian. Berhati-hati. Dan berwaspadalah.


Entry saya ke-200 adalah peringatan kepada diri sendiri yang semakin berlari jauh dari Allah. Angan-angan dan harapan saya, saya mahu berpatah balik untuk mencari Allah. Saya mahu rasa kehadiran Allah di hati, fikiran, perbuatan dan seluruh pelosok jasad saya. 

3 comments:

ayuyusoff said...

saya rindukan Allah dan saya rindukan kamoo juga..hehehehe:)

emylase. said...

betul betul! kadang2 saya terasa bila lulus ujian exam, adakah Allah memberi ujian kepada saya atau apa. Kadang2 saya takut saya terlupa dengan urusan dunia astaghfirullah terima kasih kerna mengingatkan =)

Lemonades Of Life said...

mas: rindu awak jugak! ^^

emilya: sama2. peringatan untuk diri sendiri jugak ni. huhu.