Wednesday, November 25, 2009

Ketika Cinta Bertasbih

Jun 2007. Kali pertama saya diperkenalkan dengan Habiburrahman el-Shirazy. Dan saya terus jatuh cinta dengan karya2 Kang Abik. Karya pertama beliau yg saya baca; Ayat-ayat Cinta. Dan saya terus mengikuti karya2 beliau yg seterusnya. Pesona Cinta Cleopatra, Di Atas Sejadah Cinta, dan tentunya Ketika Cinta Bertasbih 1 & 2.

Subhanallah. Banyak sebenarnya yg dapat sy belajar dari novel2 beliau. Dan bila saja saya tengok movie Ketika Cinta Bertasbih ini, bertambah lg ilmu yg sy dapat. Dan sy pasti impaknya berkali-kali ganda lebih besar dari movie Ayat2 Cinta. Mungkin sebab novel Ketika Cinta Bertasbih itu sendiri beri sy begitu banyak pengajaran.

It has been kinda truce. Between me and the novels i read. That i will not watch the movies adapted from my favourite novels. I didn't watch the Harry Potter series because i love the novels. I didn't watch New Moon because i love the Twilight Saga. And this time, ibaratnya sy perlu menjilat balik ludah sy sendiri. Kerana movie Ketika Cinta Bertasbih itu beri sy impak yg sama dgn novelnya.

Saya belajar; kalau dlm beribadat, sewajarnya kita mengutamakan diri sendiri. Contohnya, masa ISK. Saya dan rakan2 memberi laluan kpd rakan2 dari Warsaw utk berwudu' terlebih dahulu, kerana mereka perlu solat 8 rakaat sdgkan sy dan rakan2 Lodz hanya perlu qasar. Dan Allah tegur sy pada waktu itu juga. Akibatnya, sy dan rakan2 terlambat menunaikan solat dan perlu mengejar masa utk makan. MashaAllah.

Saya belajar; seorang isteri itu punya hak terhadap dirinya sendiri. Kata2 Rasulullah, jika seorang manusia itu blh menyembah manusia yg lain, baginda akan menyuruh seorang isteri menyembah suaminya. Betapa dalam islam itu telah diletakkan betapa tingginya darjat seorang suami terhadap seorang isteri. Tetapi, islam masih tidak mengabaikan hak seorang isteri. Subhanallah, tidakkah islam itu sebaik-baik agama? Lengkap dan sempurna. Subhanallah.

Saya belajar; persaudaraan dalam islam itu sangat kuat. Umpama tali yg tidak akan pernah terputus. Dan tali itu adalah islam. Selagi sy islam, sy bersaudara dgn muslim2 seluruh dunia. Kata2 Rasulullah, tidak sempurna iman seorang muslim itu jika dia tidak mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri. Ya Allah, mampukah saya? Mampukah saya mencintai saudara2 saya sebagaimana sy mencintai diri sy sendiri?

Individu Muslim. Untuk mencapai tahap pertama saja saya sudah rasa sesak. Mampukah saya? Terbukakah peluang untuk saya? Allah itu sifatnya Ghafur.

"Yang mengampuni dosa dan menerima taubat dan keras hukumanNya; yang memiliki kurnia."-40:3

Saya masih punya peluang bukan? Jika saya bersungguh-sungguh dan kuat azamnya. Jika saya benar2 mahu kembali ke pangkal jalan, ke jalan yg diredhai Allah. Kerana Allah itu sifatnya Ghafur. Kerana Allah itu sifatnya pemaaf. Kerana Allah itu sifatnya Rahim. Kerana Allah itu sifatnya mengasihi. InsyaAllah.

2 comments:

wani said...

ye shiela
klu kita kuata azam, insyaallah akn tlg
allah xpnah lupa kpd hambaNYA
shiela, selagi hng leh bimbing aku hng bimbing la
i realy need dat
share everything wif me

Lemonades Of Life said...

insyaAllah...
hg pun sama...
i need you~
tau??!!