skip to main |
skip to sidebar
Monday, November 23, 2009
"Subhanallah. Apa yg Allah lakukan untuk aku tu adalah yg terbaik. Apa yg terjadi pada aku tu adalah yg terbaik. Allah mahukan yg terbaik untuk aku. Dan aku takkan sekali-kali pernah berhak untuk merungut atau mempersoalkan apa yg terjadi. Shiela, ingat tu. Sehari je ISK tu. Tapi impaknya, MashaAllah. Semoga aku istiqamah. Aku nak berada di bawah lindungan Allah. Aku nak jadi salah seorang kesayangan Allah dan Rasulullah. Aku tahu aku ada perasaan. Tapi apalah sangat perasaan aku tu kalau nak dibandingkan dgn rasa cinta yg sepatutnya aku rasa terhadap Allah, Rasulullah dan islam. Perasaan aku terhadap manusia tak akan pernah kekal. Aku milik Allah. Walau apa pun, satu hari nanti aku akan kembali pada Allah. Aku nak mengadap Allah dlm keadaan yg terbaik. Aku nak Allah rindu aku. Aku nak Rasulullah bangga sebab aku adalah umat Rasulullah. Aku nak jumpa Allah dan Rasulullah dlm keadaan yg terbaik. Ya Allah, aku pohon ya Allah. Kau peliharalah aku ya Allah. Dekatkanlah diri Kau kepadaku ya Allah. Biarlah pipiku basah kerana rasa rindu terhadapMu. Biarlah hatiku resah kerana rindu ingin bertemuMu. Janganlah kau biarkan aku menangis kerana hal2 duniawi ya Allah. Janganlah kau biarkan aku merisaukan hal2 dunia lebih dari kerisauanku ttg amal2ku terhadapmu ya Allah. Ya Allah, aku redha. Aku berserah diri terhadapMu ya Allah. Sucikanlah hati dan jiwaku ya Allah. Aku pohon ya Allah..."
2 comments:
Alhamdulillah..=)
x thu adik kak dina der blog..hehe
kak dina!!!
mana kak dina tahu ni??
hee..blushing la saya..=p
Post a Comment