Tuesday, November 24, 2009

Saya Tahu Dan Saya Sedar??

Apa beza antara saya tahu dan saya sedar? Kalau saya tahu, maknanya saya juga sedar? Ke kalau saya sedar, maknanya saya tahu? Apa bezanya? Berdasarkan apa yang saya cari di Internet; Tahu itu "maklum akan keadaan yang sebenarnya, faham, mengerti." Sedar pula "tahu akan keadaan yang sebenarnya, tahu dan ingat, insaf." Jadi? Ada bezakah?

Sedar itu tahu dan ingat. Saya perlukan pengetahuan. Saya juga perlu ingat akan pengetahuan itu. Sedangkan tahu itu sekadar saya faham dan mengerti. Terpulanglah sama ada saya mahu ingat atau tidak. Saya tahu belajar itu penting. Terpulanglah pada saya sama ada saya mahu baca buku atau tidak. Saya tahu Allah melarang saya menghampiri zina. Terpulanglah pada saya sama ada saya mahu couple atau tidak. Saya tahu masa itu pedang. Terpulanglah pada saya sama ada mahu tidur atau buat latihan fizik. Saya tahu kata-kata itu doa. Terpulanglah pada saya sama ada mahu merungut tentang hari-hari saya atau tidak. Saya tahu dakwah itu wajib. Terpulanglah pada saya sama ada mahu berkongsi dgn rakan-rakan atau pendam sorang-sorang.

Saya bukan saja mahu tahu. Saya juga mahu sedar. Saya tahu saya perlu berusaha. Saya tahu saya perlu baiki diri sendiri. Saya tahu saya perlu niatkan setiap perbuatan saya demi islam. Dan kalau saya juga sedar, saya akan tanya kawan2 atau kakak2 atau siapa2 saja apa yg merunsingkan saya. Dan kalau saya juga sedar, saya akan lipatgandakan ibadah dan doa terhadap Allah di samping berselawat pada Rasulullah saw. Dan kalau saya juga sedar, saya tak akan lagi buat sesuatu tanpa ada tujuan yang konkrit. Kalau saya sedar, saya pasti akan ada hala tuju hidup yang jelas.

Sebagai seorang Muslim, memang saya perlu ada tujuan hidup yg jelas kan. Hidup saya demi akhirat. Perbuatan saya demi islam. Itulah hala tuju hidup saya. Semoga Allah permudahkan. Amin.

7 comments:

Anonymous said...

tau tu tau..tp nak buat tu ssh, liat nak buat...bila hg ubah title blog hg? sbelum ni prasan layout je...

wani said...

sy tahu sy sdah pening
sy sedar post ni amt berguna :)

Lemonades Of Life said...

subaili: err, aku ubah sekali dgn waktu aku ubah layout la..mmg hari tu aku ubah suma..ngeh3

wani:hee..ambik la apa yg blh dijadikan pengajaran dan renungan..(^_^)

wani said...

hahahaha. ok hunn!

Lemonades Of Life said...

melekat dah hunn tu jadik nickname baru ak..haishh...
(^_^)

wani said...

hahaa. comei ap nickname hunn. hehehe

Lemonades Of Life said...

takmo arhh!! geli kot..heheh