Monday, August 23, 2010

WeNg

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.
23 Ogos 2010, 13 Ramadhan 1431, 08:01pm local time.

"Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman."-3:139

Famous ayat ni. Asal sedih, mesti rujuk ayat ni. Kata2 pujukan Allah untuk hamba-hambaNya yang beriman. Tapi hari ni even ulang2 baca pun, hati tetap tak rasa lega. Lagi sedih ada la, sebab aku takut sangat aku tak termasuk dalam golongan yang beriman tu. Allah, mintak dijauhkan.

Tadi sempat tadabur Quran satu page je lepas Maghrib. Sebab aku tiba2 jadi sebak. Tiba2 ja air mata aku tak sabar2 nak keluar. Tiba2 je aku rasa nak menangis sangat2. Susah, kalau kat rumah ni nak menangis kena sembunyi2. Aku tak bagi bapak aku nampak aku menangis. So aku belaja la menangis bagi tak ada bunyi, senyap2 je sorang2. And skill ni buat aku terer meluahkan perasaan dekat diri sendiri. Tengah menangis tu, mulut aku pun takkan berenti membebel senyap2 kat diri sendiri. Dah habis membebel, air mata pun dah kering, aku lega la. Dah lama aku praktikkan kaedah ni, tak bergantung pada anybody's shoulder to lean on, anybody's hand to help wiping the tears away.

Tapi entah sejak bila time aku kat Jenan, aku belajar bercerita dekat orang. Aku belajar meluahkan apa yang aku rasa dekat manusia selain diri sendiri. Aku mula demand untuk ada orang nak pujuk peluk tepuk kalau aku menangis. Jadi akhir2 ni, bila aku macam kena meluahkan kat orang tapi tak ada sapa2 pun sekeliling aku, aku jadi tak senang duduk. Sebab dah biasa cerita kat orang kan, ni yang payah ni.

Tapi, ada satu masalah pada diri aku yang aku jarang cerita dekat orang. Jarang sangat2. Boleh kira dengan jari ah berapa orang yg tau, dan tak ada siapa pun tahu dengan detail pasal benda alah ni. Masalah ni dari satu sudut mungkin masalah yang mengajar aku membesar. Masalah yang mengajar aku telan instead of ludah. Masalah yang mengajar aku simpan instead of buang. Dan hari ni, aku hampir2 nak explode sebab masalah ni. Masalah yang aku tak boleh nak tengok jalan penyelesaian dia. Dan aku explode kat blogspot je ah. Nak cerita kat orang berani jamin ah tak ada siapa nak dengar.

Mungkin Tuhan nak mengajar. Mungkin. Mungkin Tuhan sedang buka jalan untuk aku belajar.

Mungkin Tuhan nak menegur. Mungkin. Mungkin Tuhan sedang tunjuk jalan untuk aku berpatah balik ke pangkal.

Mungkin Tuhan nak menghukum. Mungkin. Mungkin Tuhan sedang buka peluang untuk aku muhasabah balik diri aku.

Semalam aku mimpi buruk, pasal bapak aku. Bangun sahur celik mata je perkara pertama yang aku terfikir nak buat adalah peluk bapak aku. Even aku tak pernah pun peluk dia selain waktu aku nak fly tahun lepas. Aku nak sangat bagitahu dia aku sayang dia. Tapi jangankan nak peluk, aku duduk rapat sikit dengan dia tadi pun dah ada orang perli. Salah ke?

Allah. Aku betul tak boleh berfikiran waras ni.

2 comments:

amirahsamat said...

daddy's girl .
kenapa orang tu nak perli pulak .
peliknya .
jangan tension2 sayang .
ill always be here for you okayy

Lemonades Of Life said...

got no choice, tak sempat nak jadi mommy's girl, so terpaksa la jadi daddy's girl. haha.

hm, entah la orang tu. haihhh. =(