Wednesday, September 22, 2010

Aku, Bulan dan...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.
Sekarang hari Selasa, 21 September 2010, 12 Shawal 1431, pukul 8:12pm.

Tengah tunggu masuk Isya' ni ha, pukul 8;31 japg. Telekung pakai solat Maghrib tadi tak tanggal2 pun. Haha. Ouh, kepada sapa2 yg selalu bukak blog ni dan internet dia laju mesti perasan yg aku letak lagu Sami Yusuf, Anything For You selama ni. Love song tu sebenarnya, lagu cinta Sami Yusuf terhadap isteri beliau. Sebab dah berbulan kot aku letak lagu tu, hari ni aku terasa nak tukar. Lagu baru ni tajuk dia Cry On My Shoulder. Aku baru nak suka lagu ni. Layannn~ ^^


Tadi lepas solat kat ruang tamu aku masuk carik stokin dalam bilik. Sebab nak ambik stokin je kan, aku pun malas la nak bukak lampu. Aku prefer test deria penglihatan aku dalam gelap tahap mana. Aku pun tiba2 terpandang la kat luar bilik, sbb aku tak tutup lg tingkap walhal time tu dah malam. Dan aku ternampak bulan yg dah nak bulat. Aku tgk tadi mcm dah bulat je bulan tu, tp sebab baru 12hb kan, aku anggap jela bulan tu baru nak betul2 bulat. Ceyh, aku ni mcm tak penah tgk bulan kan! Tapi dalam a few seconds aku tengok bulan tu sebelum aku tutup tingkap, aku macam rasa lain macam. Sedangkan kalau sebelum ni aku tenung bulan lama2 pun aku tak pernah rasa apa aku rasa dalam masa bbrp saat tu. Haa, kan ayat aku dah keling!


Apa aku rasa? Aku rasa bulan sangat cantik. Kat Poland ni jarang sangat la kan saja nak keluar malam2 tengok bulan ke bintang ke saja jalan2 ke, sebab sejuk. Dan even aku tengok dari dalam bilik aku je pun, aku rasa bulan, kat bumi bahagian mana pun cantik. Even bulan yang sebenarnya berlopak-lopak dgn kawah, dan tak dijadikan Allah sebagai makhluk yg dapat mengeluarkan cahaya, tapi bulan tetap dipandang cantik. Sebab Allah jadikan matahari sebagai teman kepada bulan. Matahari akan pinjamkan cahaya dia dekat bulan, so that orang kat bumi akan dapat kenal siapa bulan. Bulan mungkin tak sekuat matahari, tapi kita acknowledge existence bulan kan.

Sepanjang aku praktikal kat Hospital Daerah Yan dulu, one of the things yg aku belajar adalah "Dalam dunia ni, there's no such things as mistake. Because everything happened for a reason." Orang kata ada masa tu kita diberi peluang kedua untuk betulkan balik kesilapan masa silam kita. Bagi aku, peluang kedua bukan untuk betulkan balik kesilapan kita yang dulu2, peluang kedua adalah supaya kita buat yg lebih baik dari yg dulu. Kesilapan tak pernah berlaku sbb kecuaian manusia, kesilapan berlaku sbb itu adalah ketetapan Allah yang ada macam2 sebab kenapa Dia jadikan keadaan tu sebegitu.

Sebagai manusia, kita langsung tak ada hak untuk mempersoalkan apa yg terjadi. Walau kadang2 tu, kita tak dapat elak untuk tunjukkan sifat kita yg serba lemah. Kadang2 kita merungut dan mengeluh, kita mempersoalkan "kalau dari dulu dah mcm tu, mesti takkan jadi mcm ni skrg." For now, aku lebih suka jadi pemerhati. Pemerhati terhadap nasib sendiri. Bukan aku nak reject yg usaha adalah cara untuk mengubah nasib, tapi kalau usaha tu buat aku semakin hari semakin mempertikaikan keadaan aku sekarang, baik aku just follow the flow kan. Kang nanti kalau hasil yg aku dapat selepas berusaha tu tak mcm yg aku nak, dah tambah lagi satu benda dalam list
perkara2 yg aku pertikaikan. So baik tak payah!

Life is no Proposal Daisakusen. You can't change what you've done. But you can acknowledge them, so that you'll appreciate your present more and more. We are here because our past was how the way they were.

2 comments:

Cid said...

aku dah tgk proposal daisakusen thn lps..
aku suka lagu dia...
crita pun bleh thn..nak jgk try ubah bande yg dah jadi

Lemonades Of Life said...

aku borink kot tgk cita dia. aku tgk 1st epi, last epi dgn special je, haha