Monday, December 7, 2009

..::PeoPLe CoMe & PeoPLe Go::..

Takziah untuk Kak Dina atas pemergian insan tersayang. Saya tahu Kak Dina akan tabah menghadapi ujian Allah ini. Sebab Kak Dina bukan insan biasa. Kak Dina insan istimewa; istimewa di hati saya. Kerana Kak Dina adalah insan yg membuka hati saya tentang persaudaraan sesama Muslim. Kak Dina adalah insan yang menyedarkan saya ttg hubungan kekeluargaan sesama Muslim. Kerana itu Kak Dina adalah insan yg istimewa. InsyaAllah, akan saya upload gambar mereka yg menjadi keluarga saya di Bumi Poland ini; kalaupun tidak sekarang, satu hari nanti.

Dan apa yg terjadi buat saya terfikir sejenak. Dan sudah tentu mengingatkan saya pada seorang insan yg juga istimewa pada saya. Seorang insan yg juga sudah pergi menemui TuhanNya. Dan menyedarkan saya, kita tidak akan pernah tahu apa yg berlaku kelak. Walaupun dalam tempoh sesaat selepas ini juga kita tidak akan tahu apa yg bakal berlaku. Kita bukanlah makhluk yg mampu merangka dan melaksanakan segalanya, bukan? Kita makhluk lemah, yg memerlukan pegangan sbg rujukan. Dan bersyukurlah jika pegangan itu adalah islam, agama yg diredhai Allah.

Saya kurang berfikir ttg ini. Tetapi kejadian yg menimpa Kak Dina membuatkan saya terfikir ttg ini. Tentang 18 hari dari hari ini. Tentang 25hb Disember. Bukan sambutan Krismas, tetapi sambutan kelahiran ibu saya yg ke-55; jika ibu ini masih hidup. 8 tahun bukan? Rasanya baru sebentar ibu ini pergi, tetapi masa takkan pernah menipu. Saya sudah byk berubah sepanjang 8 tahun ini. Saya sudah dapat 5A dlm UPSR. Saya sudah dapat 8A dlm PMR. Saya sudah dapat 10A dalam SPM. Dan tiada satu pun yg saya sambut dgn ibu ini. Mungkin satu-satunya kejayaan yg saya sambut dgn ibu ini adalah PTS. Tapi, maafkan saya ibu, saya kecewakan ibu. Saya belum bersedia ketika itu untuk meninggalkan rakan2 sebaya.

Dan apa akan ibu kata pada hari ini jika ibu ini masih hidup? Banggakah dia dengan saya? Rindukah dia pada saya? Mungkin saban hari akan menangis teringatkan anak bongsu yg manja ini. Kerana itulah ibu ini. Mudah tersentuh. Mudah menangis. Penyayang. Ibu yg tak berpelajaran tinggi tetapi sanggup menemani anaknya sehingga ke pagi utk menyiapkan kerja sekolah Pendidikan Seni. Ibu yg memuji lukisan Mickey Mouse anaknya yg dilukis senget dan diwarna terlalu gelap. Ibu yg menyebelahi anaknya ini dgn menyokong N'sync dan bukan Westlife. Ibu yg menyanyikan lagu "Bangau Oh Bangau" sambil menyisir rambut anaknya yg tak suka menyisir rambut. Ibu yg berkata, "Kalau kita ambik satu hak orang, nanti Allah ambik 10 hak kita balik" ketika anaknya ini terjumpa syiling 10sen di tengah jalan. Ibu yg saban hari mencium pipi anaknya sebelum ke sekolah. Ibu yg saban tahun hadir ke sekolah melihat anaknya menerima anugerah. Ibu yg tolong memasangkan kelambu dan menemani anaknya lena. Ibu yg setiap hari Sabtu akan membelikan laksa dan ais kacang dari Nat Balai Baru. Ibu yg tahu anaknya suka makan sayur yg dinamakan gitu-gitu sebab anaknya minat Saiful Apek ketika itu.

Saya rindu masakan ibu ini. Saya rindu ciuman ibu ini. Saya rindu melihat keputihan wajah ibu ini. Saya rindu membelai rambut ibu ini. Saya rindu pelukan ibu ini. Saya rindu kata-katanya yg penuh kasih dan sayang. Saya rindu hilai tawa ibu ini. Saya rindu segala-galanya ttg ibu ini. Saya sangat rindukan ibu ini. Sangat sangat sangat.

Saturday, December 5, 2009

..::SeKePiNG WaRKaH BeRNaDa sYaHDu::..

If you are so badly want to know what is exactly happening to me, I'll tell you this. Do not get dissapointed. Because I don't actually know what is happening to me! In about 6 hours, masuk ni dah dua kali aku blogging. First one in my private blog and this is the second. From that, I can say that something is definitely wrong. Sebab aku tak senang2 nak blogging kalau tak ada something in mind. And two things je yg blh buat my mind filled up with something. 1st-bila aku dapat pengetahuan baru and I'd like to share that. 2nd-bila aku tak tahu nak turn to whom to throw out and spill. And in this case, it's the latter. *sigh* I've deactivated my Facebook. I deleted my Frienster and MySpace. Maybe I just need some space. Dan aku jugak rasa aku perlu explain. To Wani. If only she will ever come across this lah.

Wani, we are each other balloons; the analogy that you created. And my analogy; "If I am Meredith Grey, you are my Christina Yang." "If I am Johanna, you are Yaya." Confirm la hg macam blur2 je ntah sapa la yg aku sebut ni. Biarlah aku je yg tahu Wani. Biarlah aku je yg tahu how much you are important to me. You don't have to know the amount, cukuplah hg tahu that i appreciate your presence. Belon ak yg hg pegang bukan dah terlepas. Mungkin belon tu tergelincir sikit dari pegangan hg, tapi belum lg terlepas. Belon tu tak mungkin blh terlepas Wani. Never.

Jangan sedih sebab aku. Jangan nangis sebab aku. Live your live happily, and HEALTHILY please. (betul ke ak eja tu? hurm..) I'll be back. Tapi benarkan aku cari diri aku dulu. Benarkan aku cari tempat aku dulu. Sebab aku rasa aku messy sekarang. I need time. Nak baiki hubungan aku dgn Dia, nak baiki hubungan aku sesama manusia, nak baiki diri aku sendiri. And I'll be coming back fresh and new. InsyaAllah.

Tuesday, December 1, 2009

ReSaH..

When it's about hati, semua orang kata susah untuk berubah kan. Cth terdekat kawan2 kat sini. Even determined mcm mana pun, still akan rasa susah jugak. And they'll say, "Shiela, jagalah hati. Tak payah nak suka2 orang buat masa ni. It'll hurt you even more." But who says they are the only one having this kind of problems? I do have my own problem too. Mungkin bukan dalam situasi yg sama, tapi melibatkan benda yg sama; HATI.

Kenapa susah ye nak kawal hati ni? Adakah sebab saya manusia yg kurang azam? Saya mahu jadi wanita itu. Tapi kenapa ye saya rasa jauh sangat utk saya capai matlamat tu? Ya Allah, saya tak tahu. Apa perlu saya buat? Perlu menangiskah? Apa yg saya perlukan? Bagaimana harus saya bantu diri saya sendiri? Allah sayang saya,kan? Saya hanya perlu mengadu kepadaNya kan?

Shiela, you are rambling. Keep on track please.

Saturday, November 28, 2009

"Dan apabila manusia ditimpa bencana, dia memohon (pertolongan) kepada Tuhannya dengan kembali (taat) kepadaNya; tetapi apabila Dia memberikan nikmat kepadanya dia lupa (akan bencana) yang pernah dia berdoa kepada Allah sebelum itu."-39:8

Salam Aidiladha. Mungkin sambutan adiladha yang paling bermakna buat saya tahun ini. Kalau dulu kat Malaysia, raya haji samalah macam tak raya. Saya bangun pagi, kalau mampu solat sunat hari raya, pergi ziarah kubur, beraya dgn tok dan family yg ada kat rumah tok, kalau makngah buat laksa makan laksa, kalau tak balik rumah duduk depan tv sampai la masuk 11 Zulhijjah. Tapi tahun ni lain. Sangat berbeza. Satu, sebab 1st time beraya jauh. 2nd, sebab kesedaran ttg peristiwa 10 Zulhijjah itu lebih dari tahun2 sebelum ni. 3rd, saya dapat peluang bercerita ttg aidiladha dan haji kpd seorang lecturer warga Polish. 4th, saya nak belajar masak nasi lemak la! Hee..

Ini video #2. Enjoy..=)

Saya sangat suka muzik lagu ini. *baru mahu mula berjinak-jinak dgn lagu Sami Yusuf* =)

Thursday, November 26, 2009

Sehari Satu Video


Perbualan saya dan dia:

Dia: Saja nak bagi ko lagu yg aku suka.

Saya: Waaa... kenapa aku?

Dia: Sebab ko lah kawan aku dunia akhirat

Enjoy the song anda-anda. =)

"Kecuali orang2 yang beriman dan mengerjakan kebaikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran."-103:3

Wednesday, November 25, 2009

Ketika Cinta Bertasbih

Jun 2007. Kali pertama saya diperkenalkan dengan Habiburrahman el-Shirazy. Dan saya terus jatuh cinta dengan karya2 Kang Abik. Karya pertama beliau yg saya baca; Ayat-ayat Cinta. Dan saya terus mengikuti karya2 beliau yg seterusnya. Pesona Cinta Cleopatra, Di Atas Sejadah Cinta, dan tentunya Ketika Cinta Bertasbih 1 & 2.

Subhanallah. Banyak sebenarnya yg dapat sy belajar dari novel2 beliau. Dan bila saja saya tengok movie Ketika Cinta Bertasbih ini, bertambah lg ilmu yg sy dapat. Dan sy pasti impaknya berkali-kali ganda lebih besar dari movie Ayat2 Cinta. Mungkin sebab novel Ketika Cinta Bertasbih itu sendiri beri sy begitu banyak pengajaran.

It has been kinda truce. Between me and the novels i read. That i will not watch the movies adapted from my favourite novels. I didn't watch the Harry Potter series because i love the novels. I didn't watch New Moon because i love the Twilight Saga. And this time, ibaratnya sy perlu menjilat balik ludah sy sendiri. Kerana movie Ketika Cinta Bertasbih itu beri sy impak yg sama dgn novelnya.

Saya belajar; kalau dlm beribadat, sewajarnya kita mengutamakan diri sendiri. Contohnya, masa ISK. Saya dan rakan2 memberi laluan kpd rakan2 dari Warsaw utk berwudu' terlebih dahulu, kerana mereka perlu solat 8 rakaat sdgkan sy dan rakan2 Lodz hanya perlu qasar. Dan Allah tegur sy pada waktu itu juga. Akibatnya, sy dan rakan2 terlambat menunaikan solat dan perlu mengejar masa utk makan. MashaAllah.

Saya belajar; seorang isteri itu punya hak terhadap dirinya sendiri. Kata2 Rasulullah, jika seorang manusia itu blh menyembah manusia yg lain, baginda akan menyuruh seorang isteri menyembah suaminya. Betapa dalam islam itu telah diletakkan betapa tingginya darjat seorang suami terhadap seorang isteri. Tetapi, islam masih tidak mengabaikan hak seorang isteri. Subhanallah, tidakkah islam itu sebaik-baik agama? Lengkap dan sempurna. Subhanallah.

Saya belajar; persaudaraan dalam islam itu sangat kuat. Umpama tali yg tidak akan pernah terputus. Dan tali itu adalah islam. Selagi sy islam, sy bersaudara dgn muslim2 seluruh dunia. Kata2 Rasulullah, tidak sempurna iman seorang muslim itu jika dia tidak mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri. Ya Allah, mampukah saya? Mampukah saya mencintai saudara2 saya sebagaimana sy mencintai diri sy sendiri?

Individu Muslim. Untuk mencapai tahap pertama saja saya sudah rasa sesak. Mampukah saya? Terbukakah peluang untuk saya? Allah itu sifatnya Ghafur.

"Yang mengampuni dosa dan menerima taubat dan keras hukumanNya; yang memiliki kurnia."-40:3

Saya masih punya peluang bukan? Jika saya bersungguh-sungguh dan kuat azamnya. Jika saya benar2 mahu kembali ke pangkal jalan, ke jalan yg diredhai Allah. Kerana Allah itu sifatnya Ghafur. Kerana Allah itu sifatnya pemaaf. Kerana Allah itu sifatnya Rahim. Kerana Allah itu sifatnya mengasihi. InsyaAllah.

Tuesday, November 24, 2009

Saya Tahu Dan Saya Sedar??

Apa beza antara saya tahu dan saya sedar? Kalau saya tahu, maknanya saya juga sedar? Ke kalau saya sedar, maknanya saya tahu? Apa bezanya? Berdasarkan apa yang saya cari di Internet; Tahu itu "maklum akan keadaan yang sebenarnya, faham, mengerti." Sedar pula "tahu akan keadaan yang sebenarnya, tahu dan ingat, insaf." Jadi? Ada bezakah?

Sedar itu tahu dan ingat. Saya perlukan pengetahuan. Saya juga perlu ingat akan pengetahuan itu. Sedangkan tahu itu sekadar saya faham dan mengerti. Terpulanglah sama ada saya mahu ingat atau tidak. Saya tahu belajar itu penting. Terpulanglah pada saya sama ada saya mahu baca buku atau tidak. Saya tahu Allah melarang saya menghampiri zina. Terpulanglah pada saya sama ada saya mahu couple atau tidak. Saya tahu masa itu pedang. Terpulanglah pada saya sama ada mahu tidur atau buat latihan fizik. Saya tahu kata-kata itu doa. Terpulanglah pada saya sama ada mahu merungut tentang hari-hari saya atau tidak. Saya tahu dakwah itu wajib. Terpulanglah pada saya sama ada mahu berkongsi dgn rakan-rakan atau pendam sorang-sorang.

Saya bukan saja mahu tahu. Saya juga mahu sedar. Saya tahu saya perlu berusaha. Saya tahu saya perlu baiki diri sendiri. Saya tahu saya perlu niatkan setiap perbuatan saya demi islam. Dan kalau saya juga sedar, saya akan tanya kawan2 atau kakak2 atau siapa2 saja apa yg merunsingkan saya. Dan kalau saya juga sedar, saya akan lipatgandakan ibadah dan doa terhadap Allah di samping berselawat pada Rasulullah saw. Dan kalau saya juga sedar, saya tak akan lagi buat sesuatu tanpa ada tujuan yang konkrit. Kalau saya sedar, saya pasti akan ada hala tuju hidup yang jelas.

Sebagai seorang Muslim, memang saya perlu ada tujuan hidup yg jelas kan. Hidup saya demi akhirat. Perbuatan saya demi islam. Itulah hala tuju hidup saya. Semoga Allah permudahkan. Amin.

Monday, November 23, 2009

"Subhanallah. Apa yg Allah lakukan untuk aku tu adalah yg terbaik. Apa yg terjadi pada aku tu adalah yg terbaik. Allah mahukan yg terbaik untuk aku. Dan aku takkan sekali-kali pernah berhak untuk merungut atau mempersoalkan apa yg terjadi. Shiela, ingat tu. Sehari je ISK tu. Tapi impaknya, MashaAllah. Semoga aku istiqamah. Aku nak berada di bawah lindungan Allah. Aku nak jadi salah seorang kesayangan Allah dan Rasulullah. Aku tahu aku ada perasaan. Tapi apalah sangat perasaan aku tu kalau nak dibandingkan dgn rasa cinta yg sepatutnya aku rasa terhadap Allah, Rasulullah dan islam. Perasaan aku terhadap manusia tak akan pernah kekal. Aku milik Allah. Walau apa pun, satu hari nanti aku akan kembali pada Allah. Aku nak mengadap Allah dlm keadaan yg terbaik. Aku nak Allah rindu aku. Aku nak Rasulullah bangga sebab aku adalah umat Rasulullah. Aku nak jumpa Allah dan Rasulullah dlm keadaan yg terbaik. Ya Allah, aku pohon ya Allah. Kau peliharalah aku ya Allah. Dekatkanlah diri Kau kepadaku ya Allah. Biarlah pipiku basah kerana rasa rindu terhadapMu. Biarlah hatiku resah kerana rindu ingin bertemuMu. Janganlah kau biarkan aku menangis kerana hal2 duniawi ya Allah. Janganlah kau biarkan aku merisaukan hal2 dunia lebih dari kerisauanku ttg amal2ku terhadapmu ya Allah. Ya Allah, aku redha. Aku berserah diri terhadapMu ya Allah. Sucikanlah hati dan jiwaku ya Allah. Aku pohon ya Allah..."

Wednesday, November 18, 2009

Best rupanya rasa happy tu kan. Lama dah tak rasa happy macam ni. Bila sekali rasa tu, macam nak jerit bagitau semua orang yg ak sayang semua. Ahaha...

I've decided to let go. Let go the feeling that i've been holding so tightly for almost four years. Bukan before ni tak terfikir nak lepaskan, tapi baru sekarang rasanya I managed to gather the courage. Nak jadi macam Wani. Lepaskan yang lama, bukak peluang pada yg baru. Memang masa la the best healer even aku pun tak tahu how long will it take to heal completely. Tapi, as a start, aku akan cuba buat.

Aish, jiwang jiwang! Tak suka la mushy2 macam ni. Hee~ Brighten up, InsyaAllah, hidup ni panjang lagi kan. Ini baru permulaan. InsyaAllah. Melangkah la dgn yakin. Mulakan dgn mengingati nama-Nya. InsyaAllah, Shiela. Allah tu kan ada. (^_^)

Monday, November 16, 2009

A start

People need changes. So do I. Tu sebab blog ni ditukar layout jadi macam ni. Shiela banyak merepek. Shiela banyak merapu. Dan Shiela determines to change that. Merapu takkan bagi Shiela pass test Anatomy. Merepek takkan buat pak dekat Malaysia bangga dgn anak dia ni. So Shiela berazam nak berubah. Tapi not that I'm going to do that drastically. Sikit demi sikit. Things also change. Banyak benda yg bukan macam dulu dah. Dan Shiela perlu belajar untuk jadi flexible dgn keadaan. tekanan dari persekitaran. Manage that.

Friday, November 13, 2009

...LiVinG...

Ampun Fasha. Mmg ak janji nak upload gambar kan. Tapi malas la sekarang. Nanti2 la eh. Hee~

Selalu jugak terfikir kawan2 kat India. Rasa alangkah bahagianya kalau aku pun kat India. Kawan ramai, seniors ada, makanan halal senang, dgn Malaysia pun dkt la sikit compared to here. Yg plg penting pembelajaran dia. Fuh, tiap2 minggu dissection kot! Sapa tak mau kan?

Tapi bila fikir2 balik kan, learning from books ni just a part of life je. Kat mana2 pun blh belajar. Ilmu Allah tu merata2, sgt banyak, Allah cakap dah mcm tu kat dlm surah Luqman kan. Tinggal kita je nak usaha nak cari. Which means though ak rasa cam rugi la sikit aku belajar kat sini, sbb ak might not gain the same thing as theirs, tapi, ada jugak benda yg ak dpt dorang takkan dapat, kan?

Sebab life is not only about learning. Life is about living. Life is about experiencing. Life is about choosing. Life is about chances! Aku dtg sini. Allah tetapkan aku utk jadi antara 4 student bertuah dr Malaysia sbg pioneer kat sini. Ada sebabnya. Mungkin aku tak cukup kuat. Allah nak aku belajar survive. Allah nak aku jadik tougher. Allah nak bg aku peluang tgk the outside of Malaysia. Allah nak aku tgk budaya non-Muslim. So that aku akan compare. So that aku akan bersyukur. Aku dilahirkan dalam Islam dan masih kekal sbg Islam. Alhamdulillah. So that aku belajar kawal diri. So that aku belajar utk cuba tak terpengaruh. Sungguh la, aku mintak jauh dr semua tu.

This is my road not taken. This is one path yg bukan ramai akan lalui. Dan Allah pilih aku utk jadi one of the lucky. Aku tak mungkin dapat lari dari fitrah sebenar diri aku. Aku perempuan. Aku perempuan yg manja. Aku perempuan manja yg suka explore tpt baru. Aku perempuan manja yg diberi peluang utk explore tpt ni sepuas hati aku. Dan aku akan guna peluang tu sebaik mungkin. InsyaAllah.

Tuesday, November 10, 2009

Dear Mr Whoever

For those who keep reading, thanks. For those who do not care, also thanks. I appreciated your constant visit here; especially Kak Ili. You seem so far away, yet you are always close to heart. I can assure you that even if noone reads my words, I am still going to write. I'm not a writer after all, who writes so that people can read, who writes by creating a whole imaginary world. I'm just an ordinary person, who lives her life and sometimes needs to throw out and spill. And here, she found the spaces, and she will keep writing about her life, her feelings and her thoughts. No-Matter-What.

Seharian tak jumpa Wani. Sangat rindu dia. Especially bila aku perlukan dia. Bukannya dia tak warning awal2 yg dia akan jarang online. Tapi still berharap yang she'll manage to connect to the Internet somehow. Sangat rindu my Phoebe. Whoever reads Hlovate's 5 Tahun 5 Bulan will know who is Yaya to Johanna. And Wani is my Yaya. She's my bestfriend. She's there in my ups and downs. And I tried my best to be there in her ups and downs too. We share secrets. We share dreams. We share histories. As if our life will always be intertwined. I need her as mush as she needs me. I just know.

What makes kita rapat dgn someone tu? Chemistry? Similarity? Comfortability? The three things have their own contributions in my relationship dgn Zatil. Again, if I am 5 Tahun 5 Bulan's Johanna, she's definitely going to be Jebat. Inspite of the different gender, Zatil sangat2 similar dgn Jebat. Kawan yg aku blh buat melalut. Kawan yg aku blh buat teman belajar. Kawan yg takkan pernah kisah dan sensitif utk dgr pandangan dan pendapat aku. Kawan yg aku blh refer to bila ada something in mind. Kawan yg seems not really connected, but somehow aku tahu yg she cares and loves me the way I am.

Lelaki dan perempuan. Boleh ke nak jadi kawan baik? Orang cakap one of them mesti takkan dapat keep on track. Mesti akan tersungkur jatuh. But do I care? Nasir buat aku rasa dihargai. Dia layan aku sebagaimana a friend should treat a friend. Dia buat aku rasa dilindungi. Dan aku takkan tipu diri aku sendiri. Aku sayang dia. Aku sayang dia macam aku sayang Zatil and Wani. Dia percaya aku. Dan aku takkan betray kepercayaan tu. Sungguh, aku rindu dia hari ni. Even sebenarnya dia lagi muda dari aku, but he's my Abg Shah. Gurindam Jiwa's Abg Shah. Abg Shah to his Ju'a.

Apple. Nama ni just suddenly crossed my mind. He used to be the one I shared things a lot. If I am Rooftop Rant's Trisy, then he is Jade. Of course not in the wonderwall way, but the ranting thing. Aku blh tunjuk dia emosi sebenar aku. Aku menangis simply sebab dia tengah sedih. Aku gelak simply sebab dia happy. Dia bagi aku definisi sebenar seorang sahabat. You will always want the best for your sahabat. You will always want your sahabat to stay happy. A sahabat akan dengar sahabat dia merepek, sahabat dia menangis, sahabat dia gelak, sahabat dia jerit. A sahabat akan support sahabat dia, akan give opinions kat sahabat dia. A sahabat will stay by her/his sahabat's side no matter what.

Wani, I love you the way I love a sister. You are a part of me. I'm going to be broken without you.

Zatil, walk with me. Hold my hands. Stay by my side. I need your strength and courage along the way.

Nasir, I'm going to stand by you. Come hell or high water. I will never walk away. I promise.

Apple, get used to my constant presence. Get used to my shouts and tears and laughters. I'm not going anywhere else.





Saturday, November 7, 2009

*sigh*

Salam. It's been a while since I last updated this blog. My own private blog has also been abandoned. Doesn't really sound like me. But now,here I am. Back-no idea for how long. *sigh*

Aku rindu Malaysia. Terasa dowh. Segala benda kat sini aku compare dengan Malaysia. No place like home~ Even orang tak tahu pun Malaysia tu kat ceruk mana, aku peduli apa. Yang penting, aku sayang Malaysia. Hee~ Sumpah aku tak tahu apa jadi kat Malaysia skang nih. Kalau kat Malaysia dulu pun aku jarang nak baca paper, jangan harap la aku mai sini hari2 aku nak bukak website Berita Harian. Nak harap berita TV3 jela. Tu pun sbb kat umah mmg wajib tgk berita pkul 8pm. *sigh*

Nak cakap tak pasal exam? Nak ke tak nak? Ada can tak bapak aku nak baca page ni? Confem la tak kan? Tapi tetap ada can abang aku terbukak dan terbaca post ni, pastu dgn bangganya dia pi bgtau kat pak. Tapi, dulu dia pun penah btau aku kan yg dia kena repeat?? In case la, kalau hg baca ni kan abang; "Anatomy is one fucking difficult subject!" *sigh*

Lima tahun aku kat Jenan, aku bukan la one person yg sangat2 semangat batch kan. Tapi bila aku kuar, aku baru sedar yg aku sgt rindu pd Jenan; especially Revo. Tapi to think again, sampai sekarang kalau aku ada masalah apa2, memang aku cari budak Revo to spill out. Untuk itu, Wani..thanks sangat2. Hg mmg bg satu impak besar dlm hidup aku. Zatil pun, selalu ada bila aku nak merapu. Padu and Tishu, entah la apsal, tapi aku sangat terhibur la merepek merapu menyakat dan disakat oleh hampa dua. Dan sangat rindu kat kawan2 kat Malaysia. Mashi especially, Nada mesti la kan.. Nasir pun... and Zul, u act like a big bro! hee.. and ramai lagi lahh!! Nak sebut sorang2 kat sini lenguh la aku nak menaip. But then, aku baru terfikir..yang aku tak boleh terlalu bergantung kpd sejarah kan. Revo was one of the best thing ever happened in my life, but it was still a past tense. I have to look ahead, aku dah tak ada masa nak turn back lagi dah,kan? Nak buat apa ni?? *sigh*

A statement from my friend's friend. Ahah.
"Ada perasaan pada seseorang tu pun dah kira salah."
Yeke? Tapi Allah jadikan kite berperasaan kan? Sedikit sebanyak mesti kita kan terpengaruh dgn perasaan tu jugak kan? And I don't think it's wrong. Unless la kalau kita salah gunakan perasaan tu. Speaking of salah gunakan perasaan ni, aku dah salah gunakan perasaan aku ke weh? Aku suka dia. Tapi aku tak bagitau dia. Tapi aku bagitau Wani, Zatil. Kiranya aku dah salah gunakan ke? Aku suka dia. Tapi aku tak pernah langsung berharap jodoh aku dengan dia. Tapi aku susah nak nafikan kewujudan dia. Kiranya aku dah salah gunakan perasaan aku ke? *sigh*

And now you are spending time talking about perasaan??? Hello Shiela! You have 21-pages of Anterolateral abdominal wall to finish before sunday okay. To think again; err, 21 pages?? Apa nak buat nehh? *sigh*

Sunday, October 25, 2009

What makes people share with you their problems???
1.The experiences you had.
2.The comfort you give.
3.The opinion you shared.
You tell me.

Sunday, October 11, 2009

OUH, BEGINI RASANYA...

aku tengah study ni haa. baca medical biology sikit. then, as always laa, pasti akan terdistracted. kali ni, rasa nak blogging. huhu. dah lama kan x upload gambar. ada je gambar2 baru, kitorang kua g Galleria, Tulipan, Piotrkowska St., Manufaktura, tp xrasa nak upload gambar lg skrg ni. conquered by the M-word. semalam, 9th oct sbnanya, seniors, timah, nina, dila, sofia datang dari Warsaw. banjirkan lodz dgn manusia2 bertudung. rasa happy yg amat2 sgt. tp tu laa,xpuas jgak sbb dtg sekejap sgt. Bila dorang blah dari Manufaktura tu, the same feeling waktu abg hanan, abg izmil, abg hamdan, kak dina, kak izzah balik hari tu terasa lg. sunyi. rasa x havoc. aku x kenal pun senior2 kat sini, xsempat nak kenal pun. yg kenal aku pun juz kenal setakat nama. tp aku tetap rasa bond yg lain macam. bond sbg student dari malaysia. bond sbg saudara, abg-kakak dan adik. aku rasa thrilled duduk lodz, challenge bila everything kena explore sendiri. bila apa yg kami ada just each other. bila aku tak blh lg pikir pasal diri sendiri je. bila aku rasa tanggung jawab utk saling mbantu among us 4. tapi at the same time, aku teringin rasa hidup bergantung pd orang lain. siapa kata anak bongsu ni semata-mata manja?? i am, tapi manja aku bukan manja yg semuanya nak kena orang tlg buat. aku manja bila aku rasa nak dimanjai. waktu yg lain, aku rasa aku lebih berdikari dr orang yg bukan anak bongsu pun. aku hepi hidup macam tu, hepi hidup atas usaha sendiri, tapi kdg2 aku jealous. aku nk hidup bergantung. aku nak rasa jadik adik kecik yg segala-galanya org yg tlg uruskan. people might say aku ni gila ke apa??aku ni dah 19 nak masuk 20, tapi walaupun aku impikan hidup yg ordinary, walaupun aku dah cakap kt diri aku sndiri aku tanak pilih the road not taken, nak tak nak aku dah pun lalui keadaan tu. hidup yg x biasa mcm most people have, dan aku dah pun pilih the path that i should not have chosen at the 1st place. bukan nak kata regret, jauh sekali! tapi just peringatan pd diri sndiri, aku bukan manusia biasa yg tunggu disuap dgn segala benda. aku perlu korek dan carik sendiri segala2nya. aku masih anak manja pak, tapi aku bukan anak emas dunia.

just to highlight another thing. padu and tisu. boleh pulak buat conference call kat skype semalam. adei. teringat pulak waktu apple-tisu-nasir-imran call pukul 2 pagi lebih last year. hari dorang anta padu n malek fly. hee. rindu sgt dah ni dkt REVO.

Thursday, October 8, 2009

jalan-jalan cari.......

Semalam adalah hari yang paling.......paling......paling....... undescribable. Ah-ha. Klas stat pkul 8am. Lepas bangun sahur pkul 4, subuh pkul 5, ak tdo blk dan terjaga pkul 6:30am. Kalat2 lah mandi dan siap2 dengan suara2 bising Pidah, Fadh and Yuyu suruh aku cepat. Alhamdulillah, sampai on time utk kelas Polish. "Dzien dobry. Mam na imie Narshiela. Bardzo mi milo. Do widzenia." Hee~

Then habis kelas terkejar2 cari toilet nak ambik wudu'. Takut nanti tak sempat sebab rehat antara anantomy lectures and class setengah jam je. Bergerak dgn trem ke Anatomy Building, aku spend most of the three-hours lecture buat hal sendirik. Ni la perangai budak medic ea?? Habis kelas pukul 2, terkejar2 lagi cari tempat tersorok nak solat. Terpaksa jama' terus, 8 rakaat sekali gus. Dan time aku tengah solat jugak la ada 2 mamat Polish nak lepak kat tempat tengah solat tu. Adoi, malu!! Tapi, Fadh kata, "Kita maintain je, senyum macam takda apa." =p

Time Anatomy lab kot baru aku rasa aku belajar Anatomy. Sebab kelas aku 8 org je, xcombine dgn kelas lain mcm waktu lecture, so senang la sket nak faham bila Dr Eukascz Dyl tu explain. Habis kelas dah pukul 6:15pm, teguk air Yuyu sket buat bukak puasa. Then terkejar2 lagik naik trem pergi Hallera Sq balik, nak carik jam Yuyu yg tertinggal kat toilet, Tapi, jam yg baru hidup 2 hari dgn Yuyu tuh dah selamat disambar entah oleh sapa.

Maghrib sembunyi2 lagik kat situ, then gerak dgn trem ke P Street. Yuyu teringin nak makan kat restoran yg Kak Dina promote, Sphinx. Dah la lighting dia sikit punya malap, bukak menu, terbeliak mata tgk segala jenis menu berasaskan pork ada. Grilled pork, steamed pork and apa2 je la lg. Kata Yuyu, "Makan puas2 tau malam ni, lepas ni sumpa takmo mai sini dah." Haih~ Kitorang order ikan. Aku order ikan bernama trout (yg bila balik umah baru tergerak ati nak search ikan apa laa trout tuh.) Sedap la jugak, aku abis...hee~ Simply sebab kitorang habis 144.50zl kat Sphinx tu je.

Time nak balik paling lawak. Masing2 macam blur tak tau mana nak carik bas. Dan kepala pun dak blur dgn nombor trem.
"No 12 ke no 9 yg pegi Radiostacja??"
"Kita nak berenti kat Niciarniana ke Chechoslowacka?"
"Sekarang ni nak carik bas kat Opera House ke Tramwajowa ke Kopcinskiego?"
Dan ditambah pulak dengan lawak suam2 kuku pidah tgk jadual bas 58. Dia cakap bas dah tak ada pukul 9mlm. Sampai pukul 7 je weekdays. Dan malam tu, bus and trem stop tramwajowa tu jadi milik kitorang. Kitorang lari ke belah kiri, then lari pulak ke belah kanan, smbil mengignore lampu isyarat berwarna merah pejalan kaki. Orang Polish tgk pun pandang pelik, "Pehal la minah 4 orang ni agaknya??gelak mcm tak peduli org lain."

Pidah cakap," Ni kalau seniors kat Warsaw tgk ni sah dorang gelak habis."
Yuyu cakap,"Macam mana la next year nak dapat junior nih??"
Tapi kitorang peduli apa. Ni cara kitorang nak survive 4 orang. Kitorang kena jadik tougher dari org lain. There are only 5 Malaysians here. Dan kami takda masa nak menung lama2 mengenang nasib kenapa Mara anta kitorang 4 kat sini. Life has to go on. Dan itu yg kitorg buat. Tak kira la mcm mana pun, pelik ke, lawak ke, ini cara kami survive. And we will keep on living for the next six years. Sure do.

Wednesday, October 7, 2009

tanya sama hati

Entah. Tiba-tiba rasa nak blogging. Fadh and Yuyu punya pasal laa. Tengah sedap2 meratah telur nak buat nasi goreng untuk dinner and sahur tadi, dorang bukak cite pelik2 pulak dah. Adoyai. Pasal kitorang yang empat. Pasal ketiadaan seniors seramai di Warsaw. Pasal hidup yang masih terumbang-ambing tanpa hala. Pasal study yang belum tahu nak expect apa. Pasal kesunyian yang kadang2 pasti akan melanda. Bila tengok gambar kawan2 Revo reunion kat SACC dulu, entah macam mana air mata boleh meleleh tanpa sedar. Sungguh sangat laa rindu nak bergelak ketawa dengan dorang. Nak kongsi segala cerita. Nak bergambar puas2. Dan aku tahu perjalanan hidup aku masih panjang sebelum aku bertemu balik saat2 sebegitu. Bila tengok gambar kawan2 dekat Warsaw, perasaan yang entah apa akan melanda. Rasa alangkah bahagia kalau aku adalah salah seorang dari mereka. Rasa cemburu kerana mereka dekat dengan abang2 dan kakak2 yg sentiasa ada.

Dan walau apa pun, aku tetap masih di sini. Aku masih di 909B, Mazowiecka ini. Aku mahu atau tidak, aku perlu belajar. Berdikari. Kuatkan azam dan hati. Aku ada keluarga jauh di Malaysia. Aku bukan anak orang berada. Aku perlu terus berusaha. Aku perlu tunaikan janji pada ayah tercinta. Aku mahu mereka bangga. Aku mahu dengar suara2 berkata, " Dialah anak bongsu arwah Rahimah." Aku perlu bangkit jika tersungkur. Lodz, aku sahut cabaran ini. Dan aku tak akan mengalah sehingga aku berjaya menggenggam segulung ijazah. Aku mahu jadi pengganti arwah Pak Ndak.

Dan Zatil.... anda tidak sedar sebaris kata2 anda sebentar tadi hampir2 membuatkan aku terus menutup muka dari berhadapan dengan dunia. Dan anda tidak sedar sepotong ayat itu membuatkan aku tersenyum sumbing tanpa perisa. Dan pertanyaanmu turut meluruhkan jantung aku hingga ke paras pinggang rasanya. Zatil... aku sayang anda. Aku manusia yang sangat menghargai persahabatan. Dan aku lebih pentingkan persahabatan ini dari perkara2 lain. Lelaki, perasaan...umpamanya.

Tuesday, October 6, 2009

Shiela Rindu Rumah.

Friday, October 2, 2009

**ayam!!**

ouh,kalo semalam aku emo,hari ni aku hepi. ha-ha. menda kecik je pun. tapi blh buat aku senyum lebar sampai ke telinga. boleh buat aku gelak sorang2 macam orang gila. boleh buat aku jadi rajin yg pada asalnya sgt mls nk tulis blog. segala2nya bermula bila aku diberitahu bahawa seniors dari warsaw nak datang lodz. perkara pertama yg aku pesan pada mereka, "BAWAK AYAM!!". maaf la abang dan kakak2 senior, adik2 juniormu ini mmg dah lama kot mengidam. haih. insyaallah, bak kata mereka, 4 ekor ayam yg akan dibawak ke sini. hailoh~ sedapnya. dan aku terus berconference dgn Fadh. nak buat masak lemak. nak goreng tepung. nak buat masak kicap. nak buat tomyam ayam. uuu la la la. once again, aku kalah pada kata2 ini "You Won't Miss The Water Until The Well Runs Dry." ye sangat lah tuu. bila dah macam ni, baru padan. yang penting, doakan kami akan dapat ayam esok ok. ayam, oh ayam~

Wednesday, September 30, 2009

i'm not in the mood of uploading any photos right now. but thank God, i still have passion in writing. i don't care if i'm writing blog every single seconds of my whole day. i don't give a damn if there's not any single eye who is willing to read it. i don't really want to care. i write for myself. i write for my own satisfaction. and i'm happy that way.

should i-like Johanna-have two blogs;one for the public and the other for herself?? i'm afraid i am not able to manage both, yet there are so many things i'd like to throw out and spill without hurting anyone around. uh-huh.

living together with Yuyu, there're at least three things she already told me about herself; 1-she forgot very quickly of what she's talking about if someone came on her way 2-she's perfectionist 3-she loves art. and i asked her, "haven't i tell u anything about myself?". and of course not. i don't even know what to tell about myself. maybe if only i'd really have to put in on the list, i'll say i love words. i read novels, but i chose the authors. i didn't watch movies adapted from my favourite books. and i am getting passion on the atlas, and people won't have any idea how much i regret for not taking my atlas here with me.

Minn once told Ked, "i'm not that ordinary type of girl-who loves pink, fashions, lipstick, flowers and stuff." so am i the ordinary type of girl?? i definitely hate pink. i don't even know about the latest fashions and how to dress myself except the way i used to. i don't wear lipstick, except the lipice to keep my lips from getting dry and bleeding. i have never got flowers from anyone, and i don't feel like buying it myself. so am i?? or am i not??

and i do get jealous sometimes-honestly-when friends keep talking about how happy they are;to have someone who care about them. they have someone to dedicate the Aguilera's I Turn To You whenever they are having hard times. and i??? except God, i only have my Phoebe. and of course, they keep telling me,"enjoy your single life, having someone with you is not always bright." yeah2, so why did you at the first place?? out of curiosity? or what?

sumpah aku cakap, aku blh terima orang yg kapel. aku blh terima orang yg kapel sampai bawak jumpa famili. aku blh terima orang yg kapel and ada planning pasal future, nak kahwin bila umur brapa.. tapi aku tak blh terima orang yg kapel yg keep repeating the word "rindu cinta sayang" every now and then. aku tak boleh terima orang yg kapel yg TALK about hugs and kisses all the time. aku tak boleh terima orang yg kapel yg menjadikan takdir dan ketentuan Tuhan sbg alasan dan sebab dorang kapel. aku tak boleh terima orang yg kapel minggu ni,clash minggu depan,mourning the other week,and kapel pulak dgn orang lain minggu lagi satu.

dulu, aku pernah ada sorang kawan lelaki, yg sekarang ni masih lg kawan yg baik dgn aku. ada masalah, aku contact dia, aku sedih aku cari dia, tp aku tak sedar, Matlamat Tu Tak Pernah Menghalalkan Cara. aku ckp kat diri aku,"alah,aku mana ada apa2 feeling pun kt dia, so xsalah kot kalau aku nk share things." sedangkan Tuhan dah cakap terang2 dalam surah al-Isra':32. dan ada jugak manusia yg putarbelitkan kenyataan ni. malas la nk komen pnjg lebar, sendiri mau ingat la.

aku bersyukur dgn diri aku sekarang. tak kisah la aku kapel ke x, aku hepi ke x, asal aku tau apa yg baik utk diri aku. aku sgt2 bersyukur aku ada Wani. aku ada banyak kawan lelaki. kawan lelaki yg aku boleh percaya. kawan lelaki yg sama2 belajar membesar 5 tahun kat Jenan. dan sungguh, apart from them, aku susah nak berkawan dgn lelaki lain, dari Msu, PLKN, mana2 jela. aku rimas dgn romantic and mushy words. i don't like people hitting on me. aku tak suka lelaki yg cakap berlapik2 dgn aku. aku nak kawan dgn lelaki mcm Apple. dia open je dgn aku, he even said the word b*** on me. duh~(jgn la contohi dia ye..) aku nak kawan dgn lelaki mcm Nasir. yg aku xpayah nak control ayu or what dgn dy, tgh mulut penuh dgn nasik pun aku taram je ckp dgn dia. aku nak kawan dgn lelaki yg anggap aku mcm kawan, bukan mcm perempuan.

aku nak kawan dgn orang yg dapat terima kekurangan aku. yg rasa salah, dorang tegur, tp bkn utk buat aku nmpak perfect pd pndgn orang lain. kekurangan aku adalah keistimewaan aku. Wani terima aku seadanya. As sayang aku the way it should be. Kirah terima aku walau aku byk sakitkn hati dia. aku tak tau point ak tulih mnda2 ni suma, juz a feeling utk luahkan apa yg aku rasa. it's enough a reason kan??? okey, maybe aku agak emo hari ni.

Tuesday, September 29, 2009

alhamdulillah. kenyang la jugak makan. menu hari ni: nasi goreng kampung dgn ikan bilis dan telur + serunding. huh~ sini susah nak dapat halal food. kak syifaa ckp kt lodz ni, satu je restoran halal, so jgn mimpi laa nak makan mewah2, daging ayam segala tuh. kak yana pulak kamis dpn baru blh dtg sini. x saba nak dpt ayam. haha.... bawak ayam byk2 ye akak~ tadi abg izmir call (ke izmil??apa ntah nama dy,xpat catch up). dia ingatkn pasal akaun bank, insurans, visa and some other stuffs. haih, risau jugak la psl bank ni...nt lambat masuk elaun...wuuu~ survey buku tadi pun dah dlm 500zl... *sigh*

hari ni 2nd day orientation. smlm pegi sightseeing tgk historical buildings + museum. kat museum tu blh pulak bwk tour pegi blaja pasal jewish. hailoh~ and it reminded me of the righteous man by sam bourne. then pegi manufaktura; which is also known as city within a city. sbb kat manufaktura ni sgala mnda ada. factories, park, shopping mall, smpai la ada kereta api yg bgerak within the city itself. sgt besa & sgt cantek~ hee...

hari ni pulak ada opening ceremony, dgn president of poland (whom i dunt giv a damn whats his name is). best laa,sbb aku dapat tido! lalala... pengalaman utk Yuyu sbb dapat face to face with the pres, and one thing yg aku dpt extract dari ucapan beliau dalam keadaan mamai tersebut adalah beliau menyarankan kami2 ini utk mengikut jejak langkah United States of America dalam hal2 pembangunan. apekah??? proamerikakah anda???then aku dgn sedapnya sambung tido balik....

dan dalam byk2 ari tu, kami mmg sntiasa ada masalah pasal mknn. terpaksa jadi vegetarian makan mnda yg perut aku mmg langsung tak dpt nak terima. dan malam2 mula la gila nak makan nasi dgn lauk itu ini. sungguh aku insaf. nasi yg sebutir tu pun aku tanak bg tumpah. hee~

asyik merepek je kan, mana gamba???haha...usha blog kat bawah okai...
APA YE KITORANG BUAT?????
out to Galleria..

dalam fitting room kat Galleria

Fadh, tgok pe ea??

with Lena yg baaaikk~

shopping shopping shopping!!
historical buildings-don't let me repeat all the facts and details~









in the museum..



menu for today-baca dan fahamkan~

this is it!

and this.

>> opening ceremony day<<


photograph of pride..


with Joy (USA)

Fadh & translatornya.

VIPs and lecturers

bila kami ke alam lain...=p

Yuyu (left) wakil Malaysia

first year students of MUL


Sunday, September 27, 2009

i am a girl who can't really survive with western food- or specifically i am only able to eat stuffs like nasik and lauk2 kampung to get my stomach satisfied. and when i first arrived here, i've already told myself; "if i don't want to get myself starved, i will have to get used to eating the western styles." but last night, it was heaven to have nasik goreng. gosh, you won't have any idea how blissful i felt at that time. we knew this one gurl, a muslim, zenab from pakistan. we made a deal with her; that we (well,yuyu exactly,not us all) are going to cook fried rice while she'll cook the fish. and it tasted very nice!! waa...rindunye...nk makan lagik. yuyu cakap, "x sangka on the 2nd day here aku dah pun masak nasi." huu~

>>yuyu's cooking-or pose sbnanye~


>>nasi goreng kampung~


>>ntah la ikan masak ape, tp sedap!!

>>khusyuknye kitorang....pose~ =p


>>taaa~
owh, by the way...semalam i bought a new handphone. punya laa dulu abang pesan beli blackberry la blueberry la ntah hape2 lagi, tp sbnanya hati aku dah lama gile berkenan nak sony ericsson cybershot. so td aku asyik nmpk that brand je, and i bought one for 889zl. haih~

Saturday, September 26, 2009

3 days in poland...

prof asbi yg baikk sgt...beg dy yg tlg agkt...*winx* officer mara; pn kamesa & pn mazuin

en khaizan yg besh gile...winduu...
boarding...
dlm flight, before taking off
welcome to charles de gauille?? airport




its 14 degree!!


seniors kat warsaw..

seniors from jagiellonian





dpn umah iffah hanum aisyah & aida b4 going to lodz

dlm train ala2 harry potter tuh~

medical university of lodz



last lunch b4 ditinggalkn~


to abang and kakak, i present you some of the pictures taken during the journey here. sumpah penat gila naik flight 12jam dari kl-paris. though MAS is kinda comfortable, makan pun sodap (^_^), dah serik kot naik flight lama2. hee~ abang, you better comment eh, kalo x tau la aku nak watpa. btw, i got poland phone number already. hmm,weather dia gila cold lah. my housemate, yuyu dah darah hidung on the second day here. kitorang ada pegi rumah puan duta, naik trem, metro and bus. i dunno how to survive the weather laa, baru autumn, gigil gila dah, nt winter tatau laa. the hostel is very nice, first day sampai lodz kitorang pikir nak cari internet je... esok stat orientasi, hari ni we are going shopping, with a 4th-year student from zambia,layna. the students here are very friendly and helpful, sgt2!! rasa terharu seh, kalo dorang takda, mmg stranded tatau nk watpa la kitorang 4... huu~ and a huge thanks to en khaizan-who is always there layan kerenah kitorang dari b4 fly smpai la skg...prof asbi, pn kamesa & pn mazuin-supportive as always...pn duta dari malaysia di poland-jamu kitorang dgn makanan mesia yg besh...abg saifullah-sanggup escort kitorang smpai ke lodz + angkat beg lagik...kak syifa-tunjuk ajar kitorang yg blur lg tatau pape nih...kak dayah, kak emy-ur time, ur explanation, ur kindness...iffah hanum aida aisyah-tumpangkan kitorang 1 malam kt umah korang yg best gile...seniors all over poland-welcome us with open hands and hearts...rakan2 seperjuangan-we only have each other kan...and mostly,family kat malaysia-ur support,ur help,ur unconditional love...